Tuesday, June 28, 2011

RG2011... ~~~Kesabaran Dalam Menahan Gelora Nafsu~~~



Maksud " SABAR " di dalam konteks  amalan hati  ialah menahan 
 nafsu  daripada 
dipengaruhi  oleh  sebarang  gelora atau  kegemparan  hati  atau  perasaan  atau 
rangsangan  yang  menimbulkan  rasa marah atau  memberontak,  resah gelisah, 
tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman kesusahan, 
ketidak selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau diingini. Kesabaran 
itu harus meliputi empat tindakan iaitu : 

1. Tabah dan tekun di dalam melakukan taat 
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran 
3. Memelihara diri dari godaan dunia, nafsu dan syaitan. 
4. Tenang atau teguh hati menghadapi cobaan musibah 

Sabar  adalah  satu tuntutan agama dan satu perisai untuk menahan diri daripada 
fitnah nafsu yang bergelora. Orang yang gagal bersabar akan gagal di dalam hidup 
dan akan  rugi di dunia dan akhirat.  Antara tujuan kita di suruh bersabar itu ialah: 

1) Supaya dapat mengerjakan ibadah dengan tenteram dan dapat kesempurnaan 
dan seterusnya mencapai matlamatnya. 

2) Untuk  kita  berfikir  dengan  lebih  matang.  Apabila nafsu telah menguasai akal, 
akal tidak dapat berfikir secara rasional di dalam  menghadapi tindakan yang akan 
dilakukan. Segala yang dilakukan itu hanya betul mengikut ukuran nafsu. Akibatnya 
apabila  terjadi  kerosakan  atau  kecelakaan  disebabkan tindakan itu, diri manusia 
sudah tidak dapat mengelak, jadilah manusia itu terbelenggu disebabkan perbuatan-
nya sendiri. Kerana itu di dalam menangani  nafsu yang bergelora, sabar itu sangat 
perlu. Di samping kita disuruh untuk bermujahadah (berperang) dengan nafsu yang 
jahat. Sabda Rasulullah s.a.w: 

"Sejahat-jahat musuh kamu iaitu nafsu yang di antara dua lambungmu." - 
(HR Tarmidzi)

Selain daripada itu, sifat taqwa perlu  diusahakan dengan  menanamkan iman di dalam 
diri. Untuk mendapatkan sifat taqwa, kelemahan diri perlu diperbaiki. Bagi mereka yang 
berusaha  memperbaiki  dirinya,  hati mereka akan sentiasa tenang dan bahagia. Bukan 
kerana kaya atau berada, tetapi kerana puas kepada apa yang ada. Sentiasa bersyukur
dengan pemberian Allah.
--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


No comments:

Post a Comment