PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN HAK ASASI MANUSIA
Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen perundangan utama Malaysia yang mana telah didrafkan pada 1955 oleh sesbuah Jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh perwakilan British, penasihat-penasihat Majlis Raja-raja dan ketua-ketua ahli politik. Draf itu kemudiannya telah dihalusi oleh Suruhajaya Reid yang membawa kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Hak asasi manusia telah disenaraikan di dalam Bahagian II Perlembagaan Malaysia dan mempunyai sembilan fasal. Antaranya adalah;
Fasal 5: Kebebasan individu
Fasal 6: Larangan perhambaan dan buruh paksa
Fasal 7: Perlindungan dari undang-undang retrospektif and perbicaraan berulang-ulang
Fasal 8: Kesamarataan
Fasal 9: Larangan buang negara dan kebebasan bergerak
Fasal 10: Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpesatuan
Fasal 11: Kebebasan Beragama
Fasal 12: Hak kepada pendidikan
Fasal 13: Hak Terhadap Harta
Melihat dari senarai di atas, dapat kita sebutkan, secara dasarnya Perlembagaan Persekutuan menyebut mengenai hak asasi manusia dan menjadi rujukan utama kepada hak asasi manusia di Malaysia. Dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan perlanggaran atau penafian hak-hak ini, dokumen asas perlembagaan negara inilah yang acapkali digunakan oleh pengamal-pengamal undang-undang.
Keadaan ini seolah-olah negara kita terikat kepada hanya satu dokumen dan menolak tepi dokumen-dokumen antarabangsa yang lain, sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara ahli dan menerima pakai dokumen seperti Perisytiharan Universal Hak Asasi Manusia, Konvensyen Anti Diskriminasi terhadap Pendidikan, Konvensyen Hak Kanak-kanak mahupun Konvensyen Penghapusan Diskriminasi terhadap Wanita. (Prof Aziz Bari)
Kewujudan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dilihat sebagai institusi penting dalam mempromosikan pendidikan hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia. Badan itu juga perlu lebih proaktif dalam menjalankan program pendidikan hak asasi manusia supaya rakyat, terutamanya masyarakat di luar bandar dapat memahami hak-hak mereka.
NGO-NGO yang bertunjangkan hak asasi manusia juga perlu memikul tanggungjawab mendidik hak asasi manusia kepada masyarakat. Justeru itu, ERA Consumer Malaysia, dengan pembiayaan oleh Yayasan Friedrich Nauman, telah menerbitkan sebuah manual bertajuk "Perlembagaan Persekutuan: Buku Panduan Untuk Warga Malaysia" yang memberikan pengetahuan tentang Perlembagaan Persekutuan. Manual ini boleh didapati oleh peserta-peserta program "Bengkel Perlembagaan Persekutuan" yang diadakan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Azwa Abdul Rahman
Bahagian Hak Asasi Manusia, ERA Consumer Malaysia
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment