Hak Rakyat Dalam Perlembagaan Malaysia
Oleh : Jabatan Bantuan Undang-undang K.R.U.
By : K.R.U. Legal Aids Department
HAK ASASI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Hak asasi telah ditulis dalam Perlembagaan Malaysia dengan menggunakan perkataan Kebebasan Asasi. Salah satu bahagian yang terdapat di dalam Kebebasan Asasi tersebut ialah KEBEBASAN DIRI.
Kebebasan Diri di dalam Perlembagaan Malaysia disebut :
a) Seseorang itu tidak boleh diambil nyawanya atau dihapuskan kebebasannya melainkan mengikut undang-undang. Mahkamah berhak melepaskan dia, jika didapati bahawa penahanannya menyalahi undang-undang. Apabila seseorang ditangkap, maka ia hendaklah diberitahu sebab-sebab dia ditangkap dan hendaklah dibenarkan berunding dan dibela oleh seorang penasihat undang-undang yang dipilihnya sendiri. Tiap-tiap orang yang ditangkap hendaklah dibawa ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam dari mula tangkapan itu, melainkan dia telah dilepaskan sebelum habis tempoh.
b) Seseorang tidak boleh diseksa kerana telah melakukan perbuatan yang memangnya tidak menjadi kesalahan pada ketika ia melakukan perbuatan itu. Dan dia tidaklah pula boleh dihukum dengan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang pada ketika ia melakukan kesalahan itu. Seseorang yang telah dibebaskan dari kesalahan atau disabitkan kesalahannya, tidak boleh dibicarakan lagi atas kesalahan itu, melainkan kebebasannya itu telah dihapuskan oleh Mahkamah Tinggi dan bicara semula diperintahkan oleh mahkamah tersebut.
c) Seseorang warganegara tidak boleh dibuang negeri dari Persekutuan. Dan tertakluk kepada undang-undang mengenai keselamatan Persekutuan, keamanan awam, kesihatan awam, atau hukuman ke atas penjenayah. Tiap-tiap warganegara berhak bergerak di seluruh Persekutuan dan tinggal di mana-mana tempat dalam Persekutuan ini.
d) Seseorang warganegara ada hak dalam kebebasan bercakap dan menyuarakan fikirannya, berhak berkumpul dalam keadaan yang aman dan tidak bersenjata, serta berhak menubuhkan persatuan. Tetapi semua kebebasan ini boleh dihadkan oleh undang-undang jika difikirkan mustahak dan perlu demi kepentingan keselamatan Persekutuan, tali persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam dan keelokan akhlak awam.
Adalah menjadi sebagai tiang undang-undang jenayah negeri ini iaitu tiap-tiap orang dianggap tidak bersalah, melainkan setelah dibuktikan bahawa ia bersalah. Tiap-tiap orang juga tidak boleh dipaksa mengaku salah atau memberi keterangan yang menunjukkan bahawa ia telah melakukan kesalahan. Jika dengan jalan paksa, pengakuan salah atau kenyataan itu diperoleh, maka pengakuan dan kenyataan itu tidaklah boleh diterima oleh mahkamah. Untuk membuktikan sesuatu kesalahan, pihak yang mendakwa hendaklah mencari keterangan-keterangan yang lain.
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI
Di dalam dunia ini hanya negara Malaysia, Singapura dan Israel sahaja yang masih mengamal dan mempraktiskan Akta Keselamatan Dalam Negeri, iaitu akta yang membolehkan penahanan seseorang tanpa bicara.
Penahanan seseorang tanpa bicara hanya dibenarkan jika difikirkan mustahak demi menjaga keselamatan Malaysia, keamanan awam atau perkhidmatan yang penting (essential services) dalam Malaysia.
Oleh kerana kuasa menahan seseorang dengan tidak dibicarakan itu mungkin boleh disalahgunakan, maka perkara 151 Perlembagaan Malaysia telah menetapkan beberapa-beberapa syarat untuk mengesahkan undang-undang mengenai penahanan ini. Syarat-syarat ini ialah seperti berikut :
a) Seseorang yang ditahan hendaklah diberitahu sebab-sebab dia ditahan dan berhak mengemukakan hujah-hujah menentang penahanannya itu, dan berhak mengemukakan kenyataan mengenai penahanannya, melainkan kenyataan yang dianggap membahayakan kepentingan negara.
b) Seseorang warganegara tidak boleh ditahan lebih daripada tiga bulan, melainkan penahanannya itu telah disyorkan kepada Yang Di Perruan Agong oleh satu badan penasihat mengenai hal ini. Sebelum syor itu dibuat, badan penasihat tersebut telah mempertimbangkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh warganegara yang ditahan itu.
c) Badan penasihat tersebut hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli biasa. Pengerusi itu hendaklah orang yang layak menjadi hakim atau sudah menjadi hakim, dan perlantikannya dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong. Kedua-dua ahli biasa itu ialah orang yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong selepas berunding dengan Yang Di Pertua Hakim Mahkamah Persekutuan.
Syarat-syarat ini dikenakan untuk maksud supaya kuasa penahanan dengan tidak dibicarakan itu digunakan sehampir-hampirnya dengan peraturan mahkamah. Bezanya ialah perbicaraan itu tidak dibuka kepada orang awam, dan kesalahan orang tahanan itu bukanlah kesalahan jenayah, tetapi kesalahan politik. Pengerusi badan penasihat itu ialah orang yang layak menjadi hakim. Yang demikian terdapatlah juga peruntukan bagi memelihara kebebasan rakyat.
- Dipetik dan diolah dari buku "Kewarganegaraan Dan Hak Asasi". Buku ini telah ditulis oleh Tun Datuk Haji Mohd Salleh Abas, bekas Peguam Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Ketua Hakim Negara Malaysia.
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment