mertua saya duk kat kg melayu sg danga, memang nampaklah singapurapura tu, pastu bunyi bising pesawat diorang bleh dengarlah hari2... macam nak beperang, kekadang ade bunyi meriam latihan dioarng lah tu..memang diorang kiasu macam sedara dia kat penang tu ...
From: mr padli <billionman09@ymail.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thu, 30 June, 2011 5:21:21 PM
Subject: Re: RG2011... ARTIKEL : Seriuskah Singapura berbaik dengan kita?
aku duk kat pasir gudang....pagi tadi ada satu pesawat tentera besar punya warna hijau lalu...nampak gayanya macam dari arah singapore...cuma tak pasti itu pesawat malaysia or singapore...
From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To:
Sent: Thursday, 30 June 2011 2:59 PM
Subject: RG2011... ARTIKEL : Seriuskah Singapura berbaik dengan kita?
Pencerobohan ruang udara, penyeludupan pasir jejas maruah negara
NAMPAKNYA Singapura berterusan saja melakukan hal yang tidak menunjukkan ia mahu berbaik dengan kita sebagai jiran terdekatnya. Dalam tempoh seminggu dua ini timbul lagi masalah yang berterusan dilakukan jiran kiasu ini yang menggugat kita.
Pertama tanpa sedikit pun rasa bersalah jet pejuangnya terus saja menceroboh ruang udara kita hingga mengganggu penduduk kampung di selatan Johor dengan sengaja terbang rendah di ruang udara kita. Sungguh mengaibkan apabila Menteri Pertahanan mendedahkan sejak 2008 hingga Mei lalu, pesawat pejuang republik itu telah menceroboh ruang udara kita sebanyak 2,508 kali iaitu pada puratanya dua kali pencerobohan setiap hari.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya boleh menyatakan kita telah pun membuat bantahan diplomatik ke republik itu. Menakjubkan sungguh kerana pencerobohan berterusan saja berlaku walaupun bantahan telah dibuat. Bagaimanapun, Zahid tidak pula menjelaskan apakah bantahan dibuat setiap kali pencerobohan dilakukan atau hanya sekali saja dalam dua, tiga tahun.
Apa kesimpulan yang boleh kita buat daripada sikap Singapura itu? Kita saja yang bertoleransi tetapi republik itu tidak sedikit pun mahu menghormati kita dan kita pula memberi isyarat seolah-olah tidak bermaya untuk bertindak. Oleh itu, republik itu tidak sedikit pun menghiraukan bantahan atau mahu menghormati kita. Mungkin mereka berpendapat bantahlah sebanyak mana pun, kami akan terus menceroboh ruang udara kamu. Apakah kita tidak boleh melepaskan tembakan amaran apabila mereka menceroboh? Ini akan menunjukkan kita serius mahu pertahankan kedaulatan kita.
Sebaliknya, jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menceroboh masuk ruang udara mereka, apakah republik itu akan berdiam diri? Inilah gambaran yang boleh disimpulkan daripada perlakuan ini. Persoalannya, apa kita tidak boleh lakukan lebih daripada membuat bantahan diplomatik saja? Kita bukannya mahu berperang dengan mereka tetapi apakah republik itu akan berdiam diri saja kiranya pesawat kita memasuki sedikit saja ruang udaranya? Apa agaknya tindakan yang akan ia lakukan kiranya kita berbuat demikian?
Tentunya mereka akan kerahkan pesawat pejuangnya untuk 'scramble' menemui pesawat kita. Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian? Bukankah kita juga mempunyai jet pejuang yang canggih walaupun tidak secanggih apa yang mereka ada, berkat sokongan padu kepada pulau itu oleh Amerika Syarikat.
Berikutan bantahan diplomatik kita, apakah republik itu pernah mahu mengadakan perbincangan dengan kita mengenainya? Zahid dalam penjelasannya kepada Parlimen tidak pula memberitahu hal ini.
Jelas republik itu mahu berterusan tidak mempedulikan bantahan kita dan terus saja melakukan provokasi terhadap kita. Kita seharusnya meneliti kenapa mereka berbuat demikian. Diketahui, republik itu tidak melakukan sesuatu tanpa sebab.
Isu kedua ialah mengenai penyeludupan pasir ke republik itu yang berlaku seolah-olah ia mendapat restu puak tertentu di Johor. Sebuah akhbar Inggeris minggu lalu mendedahkan bagaimana kegiatan ini berulang kembali setelah dibongkar tahun lalu yang mana tindakan telah diambil ke atas pelakunya oleh pihak berkuasa, itu pun setelah pendedahan mengenainya dimuatkan oleh akhbar itu.
Tetapi apakah pihak berkuasa kita akan bertindak hanya apabila berlaku pendedahan di akhbar? Apakah mereka tidak boleh melakukan pemantauan secara berterusan supaya penyeludupan itu tidak berterusan. Apa gunanya diadakan peraturan mengharamkan penjualan pasir negara ini ke republik itu kalau perlombongan pasir dan penghantarannya ke Singapura berterusan?
Dikatakan penyeludupan kali ini dilakukan oleh syarikat yang diberikan lesen untuk melombong pasir di Sungai Johor hanya untuk kegunaan tempatan bukannya untuk dieksport keluar kerana eksport pasir masih diharamkan.
Oleh sebab syarikat yang diberi permit melombong pasir di Sungai Johor jelas melanggar peraturan, apakah pihak yang mengeluarkan permit tidak boleh membatalkannya serta menyenaraihitamkan syarikat serta keseluruhan pengarah dan pegawai kanan syarikat tidak patriotik ini.
Dikatakan syarikat itu hanya dibenarkan melombong pasir di Sungai Johor pada siang hari. Tetapi syarikat itu melakukan kegiatan haramnya pada malam hari untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Pasir yang dihantar ke Singapura adalah dengan 'barge' yang ditarik tongkang dan menyusuri perlahan ke Pulau Punggol Timur republik itu.
Apakah semua pihak berkuasa termasuk kastam, pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi maritim tidak boleh bekerjasama menahan dan menutup terus operasi syarikat itu dan membawa semua mereka ke pengadilan termasuk merampas tongkang dan barge yang dikatakan didaftar di republik itu berserta malim dan awak-awaknya?
Diharapkan apabila dikemukakan ke mahkamah, pengadil akan kenakan hukuman seberat mungkin dengan pengarah serta semua yang terbabit dipenjarakan. Sekiranya tiada peruntukan untuk menghukum penjara mereka itu, ia perlu dipinda bagi membolehkan hukuman demikian dijatuhkan ke atas mereka yang tidak patriotik dengan harapan tidak akan berlaku lagi kegiatan haram ini.
Penulis, Rejal Arbee [rejal@mcoba.org] ialah Felo Kanan UKM.
Petikan : BHarian 30/06/2011

Seriuskah Singapura berbaik dengan kita?

__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment