HARGA SERELUNG KESABARAN
Cerpen@TH | Oleh: Riesna Zasly
Dia tak tahu bagaimana dirinya terasuh dengan kata sabar yang maha dalam. Seluruh teman-teman mengaguminya. Mereka bilang sukar mencari manusia yang sesabar dirinya. Dia tidak mudah melenting marah. Dia juga tidak pernah memercikkan emosi tidak terkawal. Bahkan dia begitu mudah memaafkan setiap kebuatan yang takdirnya terpaksa di tempuh.
Dia bukan nabi. Biarpun setiap orang yang mengenal dirinya bilang kesabarannya persis khalifah mulia itu. Dia insan biasa. Punya perasaan sakit hati bila terluka dan kala tertempuh takdir yang buruk. Punya hati yang boleh merasa kecewa, gundah dan lara. Mungkin sudah ditakdirkan dirinya mudah menyejuk untuk menempuh setiap kesakitan. Tidak berhambur emosi tak tentu hala. Sukar memendam dendam.
Dalam galur keluarganya, tiada yang seperti dia. Ayahnya terkenal baran. Sedikit kesalahan yang mengganggu mindanya, buat tangan ayah tidak diam bertindak. Mungkin semarak merah darah yang mengalir dalam diri ayah yang bertahun-tahun dalam tentera membuatkan kemarahannya cepat marak. Ayah juga dari susur galur keturunan pahlawan yang terkenal satria. Mudah mengogah jika hasadnya terusik. Di desanya, seluruh penduduk menghormati ayah dengan penuh gerun. Ayah tidak senang berbicara, tapi mudah menghangat emosi kala telinganya berdesing. Justeru itu semua orang yang mengenal ayah harus menjaga susila dan ucaptama. Hati-hati agar tidak menunggah sengketa.
Ibu pula dengan dirinya bagaikan langit yang bertatang biru dengan tanah merah yang melata di bumi. Begitu kontra berbeda! Hanya raut cantik ibu yang tertanam pada dirinya. Mata bundar ibu yang beralis tajam, bibir berulas tipis dengan lesung pipit pemanis yang membenam di pipi kanan, diwariskan padu dalam diri. Hanya perwatakan mereka yang terlihat kontras. Ibu terkenal tidak ragu berperang kata. Setiap peristiwa yang menguris hati, ibu tidak gusar meledak garang. Begitu mudah bertinggi suara justeru kadangkala mudah melontar apa yang tercapai di sekitarnya. Setiap perkara yang merunsing emosi, ibu takkan mampu bersabar untuk lancang berterus terang. Bibirnya takkan mampu mengempang segala luahan benak hati. Biar halwa telinga yang mendengar berasa sakit, asal segala kata kesat bibir yang terluah mampu menghindar sakit luka hati sendiri.
Ibu selalu mendepankan aksi pelindung di kala dirinya yang selalu pasif bertindak. Setiap kali ada kecaman dan ancaman pada dirinya, ibunya akan bertindak melindungi. Sejak kecil ibu selalu membantu dia menempuh cabaran demi cabaran dalam hidup. Jika dia dibuli orang, ibu akan bertindak memarahi orang itu. Mulut ibu yang bercikcok mampu mengerunkan sesiapa saja.
Ibu juga sering mengomel tentang sikap dirinya yang penyabar ini. Kata ibu, orang akan memijak kepalanya jika dia terus bersikap mendiam diri dan bersikap sabar tidak bertempat. Orang juga akan dapat menilai kelemahan dirinya lantas amat mudah untuk diambil kesempatan. Ibu sering menyuruh dia agar tegas memelihara pendirian. Namun dia tetap begitu juga. Biar bagaimana pun ibu membebel pada tingkahnya, kesabaran padu dalam diri buat semuanya tak lut dalam jiwa. Akhirnya ibu behenti mengomel kerana penat bercakap dengan dia. Di desa mereka, hanya dia saja yang dapat mematahkan pedas ungkapan ibu.
Menurut ibu, sikap pasif yang ada pada dirinya mungkin diserap dari sikap gemulah eyang yang terkenal sabar juga. Eyang sepanjang hidupnya sering menyepi diri dari dunia luar untuk menggelak sengketa. Eyang sentiasa menghindar diri dari setiap aktiviti yang mengundang nilai-nilai negatif dalam jiwanya. Selalu berbaik sangka dengan orang lain, serta tidak mudah melatah dengan riak jahat di sekitarnya. Itulah sikap murni eyang yang dikenal orang sampai ajalnya tiba. Tiada bermusuhan.
"Hidup kita tidak lama, cu. Pejam-celik mata, usia dengan mudah sudah berinjak tua. Untuk apa kita saling membuat sengketa dengan orang lain demi menghirup nafas yang singkat ini. Jika kita beralah, tak semestinya nilai diri akan kalah. Yang pasti, maruah diri akan terus dihormati."
Ungkapan berulang-ulang eyang bergiang-giang di halwa telinganya di waktu kecil. Seakan menanam amanat dalam jati diri. Masih terbayang dimatanya, wajah gemulah eyang yang damai menyentuh rasa. Mata eyang yang bersinar abu-abu kecoklatan seakan sinaran nilam yang terbias tenang dalam air jernih tidak tercemar. Dalam pikunnya, eyang terlihat awet muda. Mungkin hasil ketenangan jiwa mengurangkan kerutan yang ada. Raga
Sejak kecil, sikap sabarnya membina tabir-tabir kehidupan diri yang tidak terhitung banyak. Dia mudah beralah, membuatkan dia sering dibuli. Biar pun dia yang paling bongsu, tapi sikap beralahnya membuatkan kakak-kakaknya tiada pernah memberi muka padanya. Masih diingat kalau ayah memberikan hadiah kepada mereka adik beradik. Biasanya dia hanya dapat mengambil pilihan yang terakhir. Malah pilihan akhir itu adakalanya dengan rela ditukar ganti pada yang lain jika ada di antara kakak-kakaknya yang berniat meminta. Dia tetap tersenyum walaupun hadiah yang terpaksa diterimanya tidak secantik dari yang lain. Hatinya begitu polus meredhakan.
Dari segi berkawan juga, dia sering suka beralah. Selain itu, sikap pemurah dan tidak banyak berbicara, menimbulkan rasa terasing menyempadani setiap susur persahabatan untuk kekal dengan dirinya. Teman-teman suka berkawan kerana sikapnya yang tidak banyak karenah dan mudah diambil kesempatan bila perlu. Setiap kali, ayah menitipkan permainan dan gula-gula, biasanya semuanya itu akan berganti tangan pada teman-temannya yang lain. Pantang ada yang menadah minta, pasti dia beri. Malah kebanyakan permainannya hilang terus kerana tiada yang memulangkan. Dia sering dimarahi oleh ayah dan ibu kerana itu. Namun seperti selalu, kemarahan mereka mudah sirna apabila melihatkan wajahnya yang persis boneka comel penuh simpati itu. Paras sendunya menuntun hati mereka.
Dia meniti zaman remajanya seperti gadis lain. Tubuh dan wajahnya berbias cantik sempurna. Dia juga pintar di alam sekolah. Namun sikap polusnya tetap berkembang sama. Dia ramai berkenal kawan dan tiada bermusuh, namun tetap bersendiri
Alam remaja yang penuh gelora cinta turut dilaluinya dengan normal seperti gadis lain. Dia teringat kali pertama dia bertemu dengan Hafiz. Pemuda hitam manis bertubuh tinggi jangkung itu begitu pendiam orangnya. Kumis yang digaya tipis menyerlahkan kekakuan bibirnya meluah bicara. Hafiz memang unik berbanding teman-teman sejurusannya yang lain di universiti dulu. Bersikap mengucil diri dan tampak anti sosial. Tingkah pasif yang sama membuat mereka serasi berdua.
Hafiz anak kepada seorang petani miskin dan dia amat jatuh kasihan padanya. Sering dia membantu Hafiz dari segi kewangan untuk menyusuri dunia kampus yang tertera banyak mengorban biaya. Selain berkongsi buku-buku rujukan yang tak mampu dibeli. Mereka sering belajar bersama serta serasi dengan minat yang juga sama; bersikap anti sosial, berulit buku ilmiah sepanjang waktu, dan terkucil dari dunia remaja yang penuh warna. Kebersamaan mereka makin terasa perlu bila melihatkan teman-teman yang lain sering meminggirkan mereka kerana sikap mereka yang sedingin salju justeru membosankan. Mereka berkawan sehingga dunia kampus mereka berakhir nyaman.
Setelah beralih ke bidang kerjaya, hubungan mereka tidak pernah terlanjur putus. Dia bertugas menjawat eksekutif korporat di Shah Alam. Hafiz pula memeta langkah di
Seperti aturan, setiap petang Sabtu, jam 3 petang, mereka bertemu sejam dua di sebuah restoran Starbuck di pinggir
Masa berlalu bagai tidak menunggu sesiapa. Dia sudak menginjak usia 29 tahun. Ibunya yang makin menua sering mencikcokkan keadaan dirinya yang masih terus sendiri.
"Ibuku ada menyoal tentang kita, Hafiz. Kau
Hafiz terpana. Dia resah. Dia seakan rela dalam terpaksa untuk mengungkapkan soal jodoh itu pada Hafiz. Namun dia tahu, ibunya benar.
"Berikan aku masa ya. Nampaknya kehidupan aku di sini tak menginjak rezeki yang membaik. Aku mahu bertukar angin ke Pulau Pinang. Mengumpul wang dan menyalur janji jodoh kita"
"Berapa lama?"
"Tiga tahun. Dan aku akan terus menyunting kau setelah itu"
Dia akur. Tempoh tiga tahun itu dirasakan mampu untuk dia harungi tekad sabar lagi. Sementelah makna kesabaran itu sudah berbati dengan dirinya sekian lama.
Dua minggu kemudian, Hafiz memulakan corak hidupnya di Pulau
Di kala berjauhan, mereka tidak pernah berputus hubungan. Perbualan mereka sering berlegar bisu disela sms-sms yang terus berbalas-balas. Selain faktor menjimatkan biaya, mereka juga saling akur dengan sikap bisu mereka. Mereka sama-sama buta kosa kata. Dan seperti selalunya, dia sering menghulurkan ringgit sehelai dua untuk membantu Hafiz memulakan kerjayanya di
"Makcik nak tahu apa kesudahan kisah ini, Hafiz! Apa kepastiannya!"
"Saya masih belum bersedia, makcik. Maafkan saya,beri saya waktu"
"Kata ini muktamad! Pastikan bersedia.. atau tamatkan semuanya.. dan jangan lupa, pulangkan semua yang kau sudah ambil dari anak makcik. Dia telah banyak berkorban.Makcik akan pastikan dia tak terkorban!"
Ternyata ungkapan tegas ibu mengusarkan Hafiz. Hafiz terperangah. Hafiz menghubungi dia untuk bertemu di tempat biasa sehari kemudiannya. Dia akur.
Mereka berjumpa di restoran Starbuck yang sama di pinggir
Hafiz tampak serba salah. Pancaran matanya yang suram dengan wajah yang terus menunduk mengisahkan kekesalan diri. Hafiz memohon maaf padanya. Hafiz bilang dia gagal memulakan hidup berkerjaya di Pulau utara yang masyhur itu. Tujuh kali bertukar kerja dan masih belum menjumpai kerjaya yang benar-benar serasi. Gagal! Gagal mengumpul wang untuk jodoh mereka. Gagal juga untuk membayar kembali segala himpunan hutang padanya.
‘Setelah
Dalam
Perkahwinan mereka berlangsung dengan seadanya. Lengkap segala adat diadakan seperti yang diimpikan oleh ibu. Berinai, bersanding, bermakan jamah, memotong kek bertingkat dan selainnya. Ibu jadi seorang yang paling gembira di hari itu. Senyum manisnya menyeri sentiasa. Dibalik mata ibu yang menyinar haru, wajahnya tampak cerah bagai sinar mentari muda di sela-sela awan. Dia bersyukur dapat mengembirakan hati ibu. Biarpun hanya dia sahaja yang tahu semua kelengkapan perkahwinan ini dari sumber kocek simpanannya. Termasuk mas kahwin yang dipinjamkan bulat-bulat. Hafiz seakan mencuci tangan dan kaki untuk menikahinya. Dia tahu tindakannya agak keterlaluan. Mungkin melanggar hukum perkahwinan. Tak apa lah. Baginya pengorbanan besar ini adalah demi cinta mereka. Dia redha!
Kisah hidup rumahtangga mereka, berlangsung seperti orang lain. Dia bekerja seadanya di syarikat yang sama. Bahkan terus melompat dari satu tangga jawatan ke satu tangga jawatan yang makin meninggi. Dia tampak senang naik pangkat kerana sikap kerja keras dan kesabarannya mempesonakan sesiapa saja. Majikan begitu mengagumi dirinya.
Tidak seperti suaminya! Hafiz masih terus terkial-kial dalam mencari kerjaya. Masih sering bertukar tempat kerja. Dia sendiri tidak begitu memahami pendirian suaminya itu. Apakah takdir buruk yang mencengkam Hafiz? Atau Hafiz yang mencengkam takdirnya sendiri hingga terus memburuk? Dia tidak mengerti. Dan dia terus menjadi pengemudi utama kapal rumahtangga mereka, termasuk menyediakan semua biaya. Membiarkan suaminya yang masih terus berkebil-kebil, mati kutu. Sehinggalah dia melahirkan Alya, anak pertama permata hati mereka. Hafiz tetap begitu. Tak apalah. Dia masih mampu bersabar!
Alya membesar menjadi gadis cilik yang lincah dalam usia mekar 6 tahun. Kulitnya putih mulus. Bermata bundar. Bermulut belahan delima yang diserikan lekuk dalam lesung pipit manis di pipi kiri, seperti dirinya. Alya lincah dan pintar berkata-kata. Sesiapa sahaja yang melihatkannya, pasti tertawan.
Dalam tempoh enam tahun yang panjang itu, Hafiz terus rapuh meniti hidup. Setelah tahun demi tahun berkial-kial mencari tapak kerja, Hafiz mulai berubah jadi tidak berusaha untuk bekerja langsung. Sudah bangga memikul gelaran pengganggur sepenuh masa. Hafiz mula berjinak-jinak membuat niaga projek kerja bersama rakan-rakannya. Setiap kali dia juga terus akur meminjamkan modal untuk itu. Dia bersabar. Biarpun semua projek niaga itu musnah terbengkalai tidak lama kemudiannya, bersama modal dari titik peluhnya.
"Apa nak jadi dengan kau ni, Ida! Sepatutnya sejak dulu kau bertegas dengan suami kau yang tak guna tu. Suruh dia cari nafkah. Bukan kau yang terbeban untuk memelihara dia. Bertegas lah, nak!"
Wajah sayu ibu dan ayah yang makin menua membayang di layar mata. Ayah yang masa mudanya bercekak garang, kini berwajah haru dalam pikun diri melihatkan getir kehidupan dia. Ibunya juga sudah tak banyak bercikcok lagi. Hanya bersuara tenang meminta dia bertegas dengan hidupnya yang ada. Seakan sudah lelah menyemat nasihat.
Jiwanya retak. Nada hampa ibu dan ayah membuatkan dia patah hati yang cukup selara. Dia malu pada ibu. Bersalah pada ayah. Bersalah membuatkan hati mereka tidak tenang memikirkan dirinya. Dia tak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu terus bersabar. Mampu berdoa agar takdir suaminya berubah. Dia pasrah!
Petang itu, hatinya yang tersedia ruwet dikejutkan dengan panggilan Mak Tom, jiran di susur kiri rumahnya. Mak Tom bilang Alya jatuh pengsan dan telah dibawa ke hospital. Hatinya kacau. Bukankah suaminya yang sepatut menjaga Alya saban hari di rumah selama ini? Dimanakah suaminya?
Wad kanak-kanak, Hospital Besar Kuala Lumpur itu diredahnya bagai orang yang kalah dengan perasaan. Ya! Dia seakan sudah kalah dengan takdir. Dia memeluk ibu yang turut ditemu di sudut ruang menunggu. Dia berisak dalam pelukan ibu yang menenangkan. Memaut damai dalam hati dari usapan lembut ayah dibahunya. Ketenangan itu tidak lama. Dia terpaku bila mendengar penjelasan doktor bahwa Alya diperkosa. Anak kecilnya dicabul! Dia panik! Dan ibunya terus rebah, terkejut parah di sisinya. Dia meraung! Suami, Dimanakah kau?
Ibu dilanda nazak. Jantungnya tidak mampu menahan takdir kelam yang meragut Alya, cucunya. Suasana sendu menyelubungi ruang keluarga. Rumah ibu penuh dengan tangis haru. Sudah beberapa hari dia jadi lugu. Dia tidak keluar bekerja. Dia tak kemana-mana kerana ibu ternyata tak tega melepaskan dia dari sisi. Dia terus teguh di samping ibu. Hanya sekali-sekala melarikan waktu melihat Alya yang tersadai lemah di wad hospital. Alya masih koma. Dan suaminya terus menghilang tanpa berita. Hafiz! Dimanakah kau?
"Masyallah! Bukakan hatimu, nak! Adakah sampai ke tahap ini kau masih mampu bersabar lagi? Setiap perkara ada hadnya, Ida. Ibu tahu dia lah durjana itu! Dia lah syaitan yang merosak Alya! Ibu yakin! "
TIDAK! Dia tak percaya! Sebenarnya dia tak mahu percaya. Dia yakin pada cinta Hafiz kepada mereka. Dia yakin kesabarannya takkan dibalas tuhan dengan takdir tuba. Hafiz! Dimanakah kau… Pertahanlah dirimu. Katakan semua ini dusta!
"Setiap perkara ada hadnya, Ida. Nanti setelah sampai masanya, kau akan tahu yang batas sabar itu akan mengolak diri kau juga. Percayalah ibu, nak!"
Ibu pergi jua. Meninggalkan dia dalam wajah terdera. Meninggalkan dunia penuh menduga yang tak sanggup dilihat-tempuhnya lagi. Meninggalkan amanat yang terus memupuk kaku di ruang fikirannya. Kata-kata ibu bergiang di cepu kepala. Bergulir ke semburat hatinya yang mendingin beku. Dia pasrah dalam kelam.
Kehidupan ditempuhnya tabah meniti hari. Bukankah dia seorang yang amat sabar selama ini? Dia takkan beralah pada takdir. Dia bekerja seperti biasa dan sesekali berkejar waktu melawat Alya di hospital. Tak putus juga menziarah ayah yang sudah tinggal sendiri di rumah pusaka. Dia keliru dengan Hafiz. Suaminya terus menghilang tanpa pesan. Panggilan juga tidak berjawab. Apakah ertinya semua ini, suamiku!
Suatu malam, dia dikejutkan dengan kehadiran Hafiz di rumah. Tubuh suaminya kurus melidi seakan menyimpan derita jiwa yang parah. Bersibak wajah yang suram tidak terurus. Hafiz kelihatan kelam kabut mengemas pakaiannya dari perut almari bilik mereka. Hafiz bilang dia ada kerja di luar daerah. Dia bertanya apakah hafiz tahu yang ibunya telah meninggal dunia, dan Alya yang terkedang sakit di hospital. Pertanyaannya terus dibiar sipi. Dan dalam gemersik kelam malam itu, Hafiz berlalu pergi lagi setelah meminta sedikit wang belanja darinya. Dia masih tega memberi. Biarlah! Mungkin Hafiz mahukan ketenangan di luar
Tiga minggu di hospital, Alya sudah beransur sihat. Cuma Alya harus terus di tahan di wad prestraktri kerana masih dinaungi trauma. Kadangkalanya si kecilnya itu menjerit-jerit ketakutan.
Doktor memanggil dia untuk menjelaskan keputusan DNA perogol Alya. Alwah ibu yang mengesa ujian itu dibuat sebelum menghembus nafas akhir. Ibu ingin tahu siapa yang merosak Alya. Dia akur pada saranan ibu. Dengan kalimat Allah, sampul keputusan DNA itu dibukanya penuh redha. Dia tergamam. Nafasnya sangkut-sangkut menahan desah hati. Masyallah!
Dia terduduk lemah di bangku ruang menunggu hospital. Matanya yang dibasahi airâ€"air bening memandang suram ke pintu bilik Alya. Batinnya menggigil keras. Seakan semua situasi ikut berhenti melihatkan kekakuan dirinya. Dinding-dinding putih di kiri-kanan seakan mengejek dirinya dalam haru. "Masyallah! Mengapa ini yang harus ditempuh anakku!
Dari jauh, di ruang koridor itu, dia nampak tubuh Hafiz yang berjalan menghampiri dirinya. Bersela dengan seorang jururawat yang membawa troli peralatan hospital dibelakang. Hafiz beriak selamba menghampiri.
"Ida, abang nak mintak wang belanja sedikitlah. Boleh berikan tak?"
Nada selamba Hafiz yang tidak berperasaan seakan mengaum-gaum di cuping telinga. Seperti mengejek harga kesabaran diri. Wajah Hafiz masih beriak senang tanpa riak bersalah. Ya Allah! Inikah suami tercintaku!
Dia teringat wajah sendu Alya yang hilang masa depannya. Dia teringat air mata penderitaan alya ketika meronta-ronta dinaungi trauma. Berpusar dengan wajah arwah ibu yang bertatap sendu. Mata ayah yang bersinar haru. Dan wajah tenang gemulah eyang yang tulus mengukir tekad tabah didada ingatannya
Dia bangun mendekati Hafiz. Airmata yang melemas di seluruh wajah tak diperdulikannya lagi. Dia merentap sebilah besi kecil berbentuk gunting bedah tajam dari atas troli jururawat yang menyaingi susuk kanan diri. Tiba-tiba, dengan tangan yang ringan, benda tajam berkilat kecil itu di ayun melayang ke sasaran.
Zupppp…..
Darah berkecai menyimbah lantai. Bersibar merah ke dinding yang putih. Mencela seragam jururawat yang menjerit nyaring ketakutan di sisi kanannya. Dan merecik ke wajahnya yang tetap beralur tenang seperti air putih suci tidak tercemar.
Dan ternyata,
….. dia tidak sesabar nabi…
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment