Thursday, June 30, 2011

Re: RG2011... Dituduh gigit kemaluan isteri

 

Setahu hambalah part tu adalah part yang paling sulit maka di katakan kemaluan dimana boleh membawa malu jika didedahkan TAPI ni sampai ke mahkamah MAKA bukan sulit dan bukan kemaluan kerana tak terfikir nak malu. TAPI jika mengaku suami isteri FAHAM fahamlah kerana part tu susuh nak buka jika di paksa Melainkan kerelaan senang di buka TAPI jika tak tahan menahan sakit dan TAK da malu dan sulit lagi LANTAK lah kamu.............DUNia DUNia.....hak konon. 


From: Judge <hairulndt@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, June 30, 2011 5:59:49 PM
Subject: Re: RG2011... Dituduh gigit kemaluan isteri

 

bukan ke dalam khutbah terakhir RasulAllah meninggalkan pesan supaya lelaki menjadi pembela perempuan dan suami berlaku adil......
kalau isteri penat dan di paksa melayan kemahuan suami, tidak kah suami bersikap tidak adil?
 
so, siapa yg tidak pergi kursus kawin?
 
dan satu lagi, hadis yg mengatakan isteri di laknat oleh malaikat sepanjang malam kerana tidak melayan kehendak suami adalah hadis daif........

2011/6/30 Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
 

Buat malu kaum saja sampai bawa ke mahkamah. Apa jenis isteri cam ni. Saya tak salahkan suami. Isteri tu patut2lah layan keinginan suami. Takkan tak faham. Tak pergi kursus perkahwinan agaknya.

2011/6/30 Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
 

Dituduh gigit kemaluan isteri

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment