Wednesday, June 22, 2011

RG2011... Apa Kata Survey

 
As Salam, Para Netter Semua!
 
Tak perlu cerita jauh, negara UK nun di sana....Lihat Indonesia yg dekat dgn kita...ketika "SPR" mereka mengisytiharkan pilihanraya, dalam tempoh berkempen contohnya semua parti bertanding boleh membuat iklan di TV Perdana pada setiap l/kurang 15 ~ 30 minit sekali, bergilir2 parti....ini kebebasan media ...mendapat padang yg sama rata..Sebarang perhimpunan aman dijaga oleh pihak polis juga secara 'aman' dgn mengawal aliran trafik dll...bukannya menghuru-harakan lagi keadaan...Ini berlaku selepas kejatuhan Presiden Suharto.
 
Terbaru, rakyat Singapura pula mendapat hak kebebasan yg sama dalam pilihanraya yg baru berlalu baik dr segi media & berhimpun dan lain2 perkara yg termaktub dalam Perlembagaan.
 
Nampaknya Malaysia sahaja yg belum mau berubah...
 
Result SURVEY drp Ther Star, iaitu 99% menyokong ini cukup mengambarkan majoriti rakyat mahukan KEBEBASAN BERSUARA, pilihanraya bersih dr penipuan, dan semua yg diminta dalam BERSIH2.
 
Tarikhnya 9.7.2011.
 
Wassalam.
 
 
........................................................................................................................
 
Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH
Jun 21, 11 3:45pm
Kongsi 2961
Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

No comments:

Post a Comment