Wednesday, June 22, 2011

RG2011... Hadis palsu tentang azab wanita-siapa yg untung?

 

Kisah azab wanita ini di cerita dalam peristiwa Israk Mikraj? Ia tidak palsu.

Salaam & Regards

Amri el Wahab

 

(Visit my Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com; http://fitrahislami.wordpress.com;Welcome to my Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com)




To: ingatan@yahoogroups.com; al-falaah@yahoogroups.com; SahabatTazkirah@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
From: assakynah@yahoo.com
Date: Wed, 22 Jun 2011 23:56:52 +0800
Subject: **Al-Falaah** Hadis palsu tentang azab wanita-siapa yg untung?

 
Kebelakangan ini terdapat keghairahan tukang forward menyebarkan hadis2 taghrib tentang azab kepada kaum wanita yang tidak mematuhi perintah Allah s.w.t. Kita bersangka baik dengan mereka kerana niat mereka mahu melihat kaum wanita patut perintah Allah s.w.t tetapi pada masa yang sama kita kesihan jika mereka tergolong di kalangan umat yg mendustakan Nabi s.a.w dengan memandai2 menyandarkan hadis kepada sabdaan nabi s.a.w.
 
Hadis2 palsu ini bukan sahaja akan mengundang perbahasan yg tak habis2 malah akan mengundang fitnah terhadap agama Islam . Mereka yang belum hadam ilmu agama (tentunya kita semua pelajar sepanjang zaman), tentunya akan menyangka bahawa Islam itu bias atau berat sebelah terhadap wanita. lebih2 lagi di dalam al-qur'an terdapat nas yg jauh lebih reliable yang menunjukkan keadilah Allah s..w.t  dalam menilai ketaqwaan hambanya. Orang yg bertaqwa adalah hambanya yg mengikut suruhan Allah s.w.t dan menjauhi larangan.   Tanpa mengira gender, kita semua akan dinilai berdasarkan perbuatan kita . Sungguhpun lelaki tidak diberatkan dengan aurat ttp mereka diberatkan agar menjaga penglihatan. Bukankah itu adil?
 
Janganlah asyik mengharap sebelah pihak melaksanakan hukum sedangkan sebelah pihak lagi menyediakan wadah untuk hukum dipermainkan. Contohnya , pengendali stesen TV yg bergama Islam melarang penyampai berita mengenakan tudung atau jika dibenarkan pun mesti mengikut etika yg diselaraskan untuk stesen TV .  Jadi bolehkan disalahkan pihak wanita sahaja. Apakah pak menteri dan semua lelaki yg pegang kuasa tidak akan di soal? jadi pikirlah sebelum mengikut emosi untuk mempropagandakan hukum.  

 

Hadith PALSU Tentang Azab Wanita didakwa dari al-Bukhari dan Muslim

Soalan:

Assalamu'alaikum..

Benarkah hadith ni riwayat Bukhari Muslim? Ada yg kata bukan. Saya tgk kat internet hampir bnyk yg quote kan riwayat bukhari dan muslim.. Minta jasa baik ustaz untuk tolong periksa..

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Jawapan:

Hasil pemeriksaan saya. Di dapati hadith ini merupakan keratan dari hadith yang panjang didakwa dari Sayyidina 'Ali bin Abi Tolib r.a. dan Fatimah r.a.. Hadith tersebut ialah:

عن الإمام علي بن أبي طالب قال: دخلت أنا وفاطمة على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فوجدته يبكي بكاء شديدا فقلت: فداك أبي وأمي يا رسول الله ما الذي أبكاك؟ فقال صلى الله عليه وآله وسلم: يا علي ليلة أسري بي إلى السماء رأيت نساء من أمتي في عذاب شديد واذكرت شأنهن لما رأيت من شدة عذابهن

رأيت امرأة معلقة بشعرها يغلي دماغ رأسها، ورأيت امرأة معلقة بلسانها والحميم يصب في حلقها، ورأيت امرأة معلقة بثديها، ورأيت امرأة تأكل لحم جسدها والنار توقد من تحتها، ورأيت امرأة قد شد رجلاها إلى يداها وقد سلط عليها الحيات والعقارب، ورأيت امرأة عمياء في تابوت من النار يخرج دماغ رأسها من فخذيها وبدنها يتقطع من الجذاع والبرص، ورأيت امرأة معلقة برجليها في النار، ورأيت امرأة تقطع لحم جسدها في مقدمها ومؤخرها بمقارض من نار، ورأيت امرأة تحرق وجهها ويدها وهي تأكل امعاءها، ورأيت امرأة رأسها رأس خنزير وبدنها بدن حمار وعليها ألف ألف لون من بدنها، ورأيت امرأة على صورة الكلب والنار تدخل من دبرها وتخرج من فمها والملائكة يضربون على رأسها وبدنها بمقاطع من النار، فقالت فاطمة: حسبي وقرة عيني أخبرني ما كان عملهن وسيرهن حتى و ضع الله عليه هذا العذاب فقال صلى الله عليه وآله وسلم: يا بنيتي أما المعلقة بشعرها فإنها كانت لا تغطي شعرها من الرجال، أما المعلقة بلسانها كانت تؤذي زوجها،

أما المعلقة بثديها فإنها كانت تمتنع عن فراش زوجها، أما المعلقة برجلها فإنها كانت تخرج من بيتها بغير أذن زوجها، أما التي تأكل لحم جسمها فإنها كانت تزين بدنها للناس، أما التي شد رجلاها إلى يداها وسلط عليها الحيات والعقارب فإنها كانت قليلة الوضوء قذرة اللعاب وكانت لا تغتسل من الجنابة والحيض ولا تنظف وكانت تستهين بالصلاة، أما العمياء والصماء والخرساء فإنها كانت تلد من الزنا فتعلقه بأعنق زوجها، أما التي كانت تقرض لحمها بالمقارض فإنها كانت قوادة، أما التي رأسها رأس خنزير وبدنها بدن حمار فإنها كانت نمامة كذابة، أما التي على صورة الكلب والنار تدخل من دبرها وتخرج من فمها فإنها كانت معلية نواحه، ثم قال صلى الله عليه وآله و سلم: و يل لامرأة أغضبت زوجها وطوبى لامرأة رضى عنها زوجها ...

Potongan yang saya garis dan hitamkan itu adalah potongan yang diterjemahkan dan didakwa diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Hadith ini TIDAK SAHIH ia adalah satu PENDUSTAAN, ia juga bukan dari hadith al-Bukhari mahupun Muslim. Sebaliknya hadith ini disebarkan oleh beberapa kitab Syiah yang sememangnya terkenal suka melakukan pembohongan atas nama Nabi s.a.w., seperti kitab 'Uyun Akhbar al-Ridha (عيون أخبار الرضا), Bihar al-Anwar (بحار الأنوار) oleh al-Majlisi (المجلسي) dengan sanad yang dipenuhi dengan para pendusta dan individu yang tidak dikenali. Di bawah ini kami datangkan beberapa fatwa dari para ulama:

1. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi. Jilid:17. Hal:165.

ترى اللجنة أن هذه النشرة – يعني التي فيها الحديث - مكذوبة على رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وعلى من نسبت إليهم روايتها عنه ، يستحق من اختلقها أو روَّجها الوعيد الثابت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، بقوله : ( من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار ) متفق على صحته

Maksudnya: "Pihak Jawatankuasa Fatwa melihat penyebaran hadith ini adalah satu PENDUSTAAN ke atas Nabi s.a.w., dan ke atas sesiapa yang dinisbahkan kepada mereka periwayatannya. Sesiapa yang mereka-reka dan menyebarkannya ia layak mendapat ancaman dari Nabi s.a.w. dengan sabda baginda: "Sesiapa yang berbohong ke atas ku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat tinggalnya di dalam neraka." hadith ini telah disepakati kesahihannya."

2. al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdillah bin Baz di dalam Majmu' al-Fatawa. Jilid:8. Hal:305, berkata:

هذا الخبر معروف ، يتداوله كثير من الناس ، وهو باطل ومكذوب على النبي صلى الله عليه وسلم ، وليس له أصل ، وهو من الموضوعات المكذوبة على النبي صلى الله عليه وسلم ، وعلى علي وفاطمة رضي الله عنهما ، وما أكثر ما يكذبه بعض الشيعة على علي رضي الله عنه ، فينبغي لمن وقع في يده شيء من هذا أن يتلفه ، ويخبر من حوله بأنه كذب ، والله المستعان

Maksudnya: "Hadith ini diketahui ramai, disebarkan oleh ramai orang, ia adalah hadith yang BATIL dan DUSTA ke atas Nabi s.a.w. Ia tidak ada asalnya, termasuk di dalam hadith-hadith PALSU yang didustakan ke atas Nabi s.a.w, ke atas 'Ali dan Fatimah r.a. Teramat banyak perkara yang telah didustakan oleh sebahagian Syiah ke atas 'Ali r.a. Maka hendaklah sesiapa yang sampai kepadanya hadith ini, untuk dia menghapuskannya dan memberitahu tahu kepada orang lain yang hadith ini adalah satu PENDUSTAAN. Allahlah tempat meminta pertolongan."

Pesanan: "Berhati-hati menerima maklumat dari Internet."
wallahu a'lam. bs

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment