Monday, June 13, 2011

RG2011... Hari Ibu Versus Hari Bapa....

 

 

Hari Ibu

Tiada tarikh khusus mengenai hari ibu tetapi ianya mendapat sambutan hebat serta diraikan dengan meriah secara komersial diseluruh dunia. Penjual kad ucapan, penjual bunga & hotel2 di serata dunia mendapat keuntungan yang banyak sempena hari ibu.

Ahad minggu ke 2 pada bulan Mei disambut di kebanyakan negara di seluruh dunia kerana terdapat versi lain mengenai hari ibu yang dikaitkan dengan acara pemujaan dewi yang bertentangan dengan kefahaman agama Islam.

 

 

Hari Bapa  

Hari bapa pula dicetuskan di Amerika sejak tahun 1910 oleh seorang wanita bernama Sonara Dodd bagi mengenang jasa ayah beliau, William Smart yang telah membesarkan beliau 6 beradik secara bersendirian setelah ditinggalkan oleh ibu mereka.

Ahad minggu ke 3 pada bulan Jun disambut di kebanyakan Negara di seluruh dunia sebagai hari bapa tetapi ia kurang mendapat sambutan walaupun ia tiada kaitan dengan apa-apa acara pemujaan yang bertentangan dengan kefahaman agama Islam.

 

Ibu Versus Bapa

Perkara yang baik biasanya akan dikaitkan dengan ibu. Anak2 juga lebih patuh kepada ibu kerana ibu ada kuasa veto iaitu 'syurga di bawah tapak kaki ibu'.

Perkara yang tak baik lazimnya akan dipersalahkan kepada bapa seperti ungkapan 'bukan salah ibu mengandung' atau 'anak bapak'. Bila anak buat perangai tak baik, biasanya ibu akan tergamak berkata kepada suami iaitu kaum bapa, 'ikut perangai awaklah tu' tetapi bila anak berjaya ibulah yang akan terlebih bangga untuk menghadiri konvokesyen anak2.  

Anak2 bila dah ada kerjaya akan hulur kepada ibu sahaja & bapa hanya melihat sahaja walaupun bapa yang bersusah payah menyara keluarga, lagipun itu sudah menjadi tanggungjawab bapa sedangkan kini ramai ibu yang bergaji lebih dari bapa.

Anak2 akan terasa lebih kesunyian kalau ibu mereka tiada kerana biasanya ibu memang suka berleter tetapi bapa lebih diam dari ibu. Mungkin kerana itulah bapa yang selalunya pergi dulu mengadap Illahi kerana tekanan perasaan.

 

Kini usia hari bapa sudah menjelang 101 tahun kerana ia disambut sejak 1910 lagi walaupun hambar. Hargailah bapa anda & sekiranya mereka mereka masih ada, luangkan sedikit masa dengan mereka. Jika bapa telah tiada, selalulah doakan agar dosa mereka diampunkan & semoga mereka mendapat tempat di kalangan mereka yang diredhai Allah.

 

 

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment