Monday, June 13, 2011

RG2011... ~~~Kenapa kita perlu taubat~~~



Taubat tu adalah pengaduan kita kepada Allah swt supaya Allah swt  ampunkan dosa-dosa kita 
yang lalu serta mengharapkan keredhaanNYA. Taubat bukannya dengan kita hanya pergi ke- 
masjid dan mengucapkan Astaghfirullah. Sebaliknya ada beberapa syarat-syarat  dia yang kita 
kena patuhi supaya taubat kita tu diterima oleh Allah swt.

Kenapa kita perlu taubat...
Kerana kita perlukan pengampunan Allah swt  atas segala kesilapan dan dosa yang dilakukan. 
Allah swt itu Maha Pengampun, tapi hanya sekiranya kita minta dari Allah tetapi kita sombong 
mahu meminta dengan Allah maka Allah takkan bagi keampunanNya kepada kita.

Apakah bukti kita bertaubat kepada Allah swt...
Adakah dengan hanya meminta keampunan atas dosa2 lalu ? Bukti kita bertaubat kepada Allah swt  
adalah dengan kita berhenti melakukan dosa2 tersebut dan tidak lagi melakukannya lagi pada masa 
akan datang.

Kenapa kita perlu bersegera bertaubat...
Kerana kita tidak tahu bila kematian akan datang kepada kita. Mati akan datang kepada orang tua, tapi 
ingat, mati juga datang kepada orang2 muda. Dan, supaya hati kita masih boleh menerima hidayah Allah 
swt , Kalau seseorang itu buat dosa, akan melekat satu titik hitam dalam hatinya. Dan titik hitam itu takkan 
hilang melainkan sekiranya dia bertaubat kepada Allah swt. Sekiranya seseorang tu menangguhkan taubat-
nya, maka makin banyaklah titik hitam sehingga penuhlah hati dia, berkarat dengan titik hitam. Maka masa 
tu tidak ada ruang untuk nur hidayah masuk ke dalam hati. Hati akan menjadi tidak lut dengan segala jenis 
ayat-ayat  al-quran, hadith-hadith Nabi dan nasihat-nasihat. Sebab itu kita kena bertaubat selalu supaya hati 
kita sentiasa bersih daripada dosa.

Firman Allah swt
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". 
(Surah At-Tahriim ayat 8)

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


No comments:

Post a Comment