Saturday, June 11, 2011

RG2011... SEMASA : Taat bukan lesen halalkan penderaan

 

Taat bukan lesen halalkan penderaan



Isteri tidak sama pekerja seks kepada suami

SEJAK beberapa hari lalu kita digemparkan dengan penubuhan Kelab Taat Suami yang dikatakan sudah mempunyai 1,000 ahli terdiri daripada kalangan wanita kelas atasan, minda terbuka serta golongan intelek.

Kelab itu juga juga sedang memperluaskan cawangan ke negara Eropah, Britain, Perancis, Itali dan Jerman. Pengasas kelab itu adalah bekas pengikut kumpulan Al-Arqam. Antara mesej kelab itu seperti dinyatakan Naib Presidennya, Dr Rohaya Mohamad adalah :

  • Supaya isteri bersedia untuk patuh dan memenuhi keperluan seks suami demi mengelakkan suami berlaku curang atau mencari pelacur.
  • Seorang isteri adalah pekerja seks yang baik bagi suami.
  • Penderaan suami terhadap isteri adalah ujian daripada Allah kepada isteri dan isteri perlulah tetap mentaati suami.
  • Membenarkan suami berkahwin lain sebagai ketaatan isteri terhadap suami.
Sesungguhnya, perkahwinan adalah suatu akad yang menimbulkan hak serta tanggungjawab antara suami dan isteri. Seorang suami mempunyai hak untuk ditaati oleh isteri setakat dibenarkan hukum syarak manakala isteri mempunyai hak nafkah yang wajib disediakan oleh suami selagi isteri mentaati suaminya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "... Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka." (Surah al-Baqarah ayat 187)

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu tinggal menurut kemampuan dan jangan kamu memudarat mereka untuk menyusahkan mereka." (Surah at-Thalaq, ayat 6)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, "Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki dan perempuan sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya sedikitpun." (Surah al-Nisa', ayat 124)

Ayat menunjukkan kesamarataan antara lelaki dan perempuan di sisi Allah, yang membezakan hanyalah ketakwaan kepada Allah. Ayat di atas dinyatakan dengan jelas bahawa suami dan isteri mempunyai hak sama dalam hubungan seksual mereka. Justeru, tidak timbul isu hanya isteri diwajibkan mentaati suami, sebaliknya suami juga mentaati perintah Allah dalam melayan isteri. JELAS, ini bercanggah dengan kenyataan Dr Rohaya bahawa isteri yang taat harus memberi layanan seperti pelacur kelas satu bagi mengelakkan suaminya mencari keseronokan di luar.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan Seksyen 60(2)(a)(b) dan (c), seseorang isteri boleh diisytiharkan sebagai nusyuz atau tidak taat kepada suami tidak layak mendapat nafkah daripada suami. Apabila isteri menjauhkan diri dari suami, apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suami, apabila isteri enggan berpindah bersama suami ke satu rumah atau tempat lain tanpa sebab yang sah menurut hukum syarak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Takutilah Allah dalam urusan kaum wanita, kerana kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan nama Allah. Bagi mereka atas kamu rezeki makan minum dan pakaian."

Imam Syirazi mendefinisikan nusyuz ialah isteri yang menderhakai, angkuh serta ingkar terhadap apa yang diperintah oleh Allah kepada mereka mengenai tanggungjawab perlu dilaksanakan terhadap suami. Prof Dr Harun Din dalam bukunya Manusia dan Alam menyebut nusyuz adalah tindakan isteri yang menentang kehendak suami tanpa sebarang alasan syarak.

Isteri bukanlah pekerja seks yang baik bagi suami, penderaan suami terhadap isteri dilarang oleh Allah dan sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri. Justeru, isteri tidak sewajarnya membenarkan diri didera oleh suami semata-mata demi untuk mentaati suaminya.

Layanan pelacur lebih hebat berbanding isteri... jika ada suami yang berkata demikian, maka kita tahulah bagaimana akhlak seorang suami tersebut. Tetapi jika seorang isteri pula yang tahu bagaimana hendak melayan suami seperti seorang pelacur kelas pertama, maka sudah pastilah ada sesuatu yang pelik di situ... Apa-apapun tanggapannya, ketahuilah, Mujahid Rahimahullah berkata: "Ketika perempuan menghadap ke depan (datang), maka syaitan duduk di atas kepalanya lalu menghiasinya untuk orang yang melihat dan ketika perempuan itu menghadap ke belakang (pergi), syaitan duduk di belakangnya lalu ia memperindahnya untuk orang yang melihatnya." (Al-Qurtubi, al-Jami'li- Ahkamil Quran)

Cuba kita renungi ayat di atas, sebenarnya layanan pelacur kelas atasan tidak seindah yang digambarkan, hanya nafsu syahwat, janji dan angan-angan kosong yang dibangkitkan oleh syaitan terutamanya untuk lelaki yang tidak mengamalkan ajaran Allah. Syaitan lebih suka melihat hubungan suami-isteri putus dengan godaan dari perempuan yang haram disentuh, walhal jika seorang pelacur dijadikan isteri belum tentu mereka dapat menjalankan tanggungjawab sama seperti si isteri.

Terimalah kekurangan isteri seadanya kerana merekalah yang bersama kita ketika miskin, ketika sakit dan ketika dihari-hari tua kita, bahkan pelacur hanya melayan apabila si lelaki berduit. Bukankah lebih baik duit yang disalur untuk melanggan pelacur digunakan untuk membeli baju dan perhiasan si isteri ketika diranjang.

Firman Allah SWT bermaksud, "Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut yang kamu suka dan kehendaki." (Surah al-Baqarah ayat 223)

Daripada ayat di atas, pengajaran kepada suami-isteri. Jangan malu untuk melakukan persetubuhan dengan pelbagai cara dan posisi selagi ia tidak melanggar syariat dan adab. Hubungan suami-isteri adalah halal, malah mendapat pahala jika menyalurkan syahwatnya pada jalan yang halal. Sifat manusia mudah jemu dan tidak puas dengan apa yang ada, semuanya bergantung kepada diri sendiri untuk mengembalikan kemanisan hidup bersama.

Saranan supaya isteri melayan suami untuk meningkatkan hubungan intim memanglah baik tujuannya. Ini selaras dengan tuntutan agama supaya suami isteri saling menghormati untuk mewujudkan kemesraan dalam menikmati keindahan hidup berumahtangga. Perkataan pelacur sangat kurang ajar dan melampau kerana membawa persepsi negatif apabila isteri dikehendaki melayan suami seperti pelacur kelas pertama. Jika dikatakan isteri melayan suami seperti wanita kelas pertama atau suri rumah kelas satu tentu tidak mengundang kritikan begitu hebat, malah mungkin ada yang bahagia menjadi isteri hebat kerana berjaya menambat hati suami.

Membenarkan suami berkahwin lain sebagai tindakan ketaatan isteri terhadap suami juga fahaman salah yang perlu diperbetulkan. Hanya seorang lelaki yang benar-benar boleh berlaku adil dan mempunyai kemampuan menyara isteri dan anak saja boleh berkahwin lebih daripada satu menurut hukum syarak.

Firman Allah yang bermaksud: "Maka kahwinilah perempuan yang kamu sukai dua, tiga dan empat, tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil hendaklah kamu berkahwin seorang saja." (Surah An-nisa', ayat 3)

Berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadis, nusyuz tidak hanya berlaku dalam kalangan isteri kerana suami juga nusyuz. Nusyuz boleh ditakrifkan sebagai suami atau isteri yang cuai dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap pasangan seperti yang diperintah oleh Allah.

Dewasa ini berapa ramai suami yang nusyuz terhadap isteri apabila tidak menyediakan rumah kelamin, tidak menanggung makan minum, tidak membelikan pakaian isteri, tidak memberi nafkah batin kepada isteri, melakukan penderaan fizikal mahupun mental dan menghilang diri menyebabkan isteri digantung tidak bertali.

Semua ini boleh dilihat berdasarkan kes difailkan oleh isteri di Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. Penubuhan kelab ini dilihat sebagai suatu langkah ke belakang dalam usaha mengiktiraf martabat dan maruah wanita Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Penubuhan Kelab Isteri Taat dan kelab seumpama ini tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.

Usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali perlu menjadi agenda utama kerana lelaki pemimpin kepada perempuan.

Rujukan : Peguam Syarie Marlina Amir Hamzah di BHarian 08/06/2011 dan tambahan sendiri.

Capaian entry berkaitan :
Peguam Syarie bidas Kelab Isteri Taat
'Layan macam pelacur'
Kelab Taat Suami galak poligami
Isteri taat suami makin tak hormat

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment