Sunday, June 19, 2011

RG2011... ~~~Tidak Mengharapkan Balasan dan Pertolongan~~~

image.png

Kita tidak perlu terlalu mengharapkan sesuatu perkara yang telah kita lakukan 
seperti balasan daripada pertolongan yang telah diberikan. Dan kita juga tidak 
boleh mengharapkan bantuan orang tanpa berusaha atau mengharapkan sesuatu 
yang tidak mungkin dapat dicapai dan dilakukan oleh manusia biasa.
Kita perlu memeliharan hati agar sentiasa berfikiran terbuka dan positif dalam 
kehidupan seharian antaranya adalah seperti berikut:

1. Tanpa mengharapkan balasan di atas pemberian atau pertolongan yang diberikan 
dan mesti menerima dengan hati yang ikhlas.

2. Memohon sesuatu atau berdoa kepada Allah S.W.T, mesti diiringi dengan usaha 
dan menyedari bahawa Allah S.W.T yang Maha Mengentahui dan hanya Allah S.W.T 
sahaja yang boleh memperkenankan permintaan dan harapan seseorang.

3. Jangan mengharap dan meminta bantuan orang lain semasa menghadapi masalah
sebolehnya cubalah sedaya upaya untuk menyelesaikannya sendiri masalah itu.

4. Jangan mengharap sumbangan atau ehsan daripada orang lain semasa mengalami 
kesempitan hidup sebolehnya mestilah berusaha untuk memperbaiki hidup.

Setiap sesuatu hanya akan berlaku dengan keizinan Allah S.W.T tetapi seseorang 
tidak boleh mengharapkan sesuatu tanpa melakukan apa-apa usaha. Oleh itu setiap 
manusia perlu berdoa, berusaha dan bertawakal. Begitu juga dalam menjalani dalam 
kehidupan seharian, jangan mengharap bantuan orang lain..

image.png

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



image.png

No comments:

Post a Comment