Sunday, July 31, 2011

Re: RG2011... Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia


Siapalah kita untuk menghukum seseorang..semoga kita &arwah diampun Allah Taala di atas semua kesalahan kita..

--- On Sun, 7/31/11, rohaidi shafie <rohaidi68@yahoo.com> wrote:

From: rohaidi shafie <rohaidi68@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sunday, July 31, 2011, 12:18 PM

kita hanya mengetahui sedikit sahaja berdasarkan berita yg disampaikan... hanya Allah Taala yg mengetahui segalanya dan hati kecil hambanya ini yg lemah... semoga Allah mengampunkan kesilapan dan dosa (jika ada) arwah dan kita semua ... amin dan AlFatihah utk arwah...

--- On Sun, 31/7/11, newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com> wrote:

From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
Subject: RG2011... Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia
To: "TemanHidup@yahoogroups.com" <TemanHidup@yahoogroups.com>, "Malaysianews" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>, "ReSpeKs2008" <respeks_group@yahoogroups.com>, blalang_group@yahoogroups.com
Date: Sunday, 31 July, 2011, 12:18 AM

by DRS. KHALIL IDHAM LIM
28 Syaaban 1432H. [MOD] -


http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/Ashraf-@-Aleesha.jpg

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Apapun kepada kisah yang menggemparkan negara itu dilihat dari sudut penampilan almarhum semasa di mahkamah didapati dia tampil dengan pakaian muslimat yang boleh mencuit hati kaum hawa yang masih tidak bertudung.

Al-Fatihah

p/s: siapa pun dia,harap2 selepas ketiadaanya kita jgn lah mencela dia...
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment