SUbsidi tu duit sapa Bro lu ada pikir ke? Duit sapa yg kena tenyeh. Gomen tau kata subsidi kerajaan. Lu kena igt balik Kerajaan tu sapa. kalau lu pokr camtu. kerajaan hari ni yg wa nampak bila nak pilihanraya je baru nk jenguk sana sini. pastu bila org lain buat yang lebih baik di kutuk dan caci. Satu malaysia nampak la broo. Jangan nak tegakkan benang yg basah. X pe la lu x kena sbb lu selesa dgn kedudukan lu. tapi kami yg lain ni tertekan dan ditekan oleh kerenah birokrasi kerajaan sendiri. Kata je negara aman. tapi nak menyuarakan pendapat x boleh. apa citer ?. kalau Kerajaan telus semua perbelanjaan tu kena publish baru betul. sebabbbbbbbbbbb. Kerajaan tu guna duit rakyat . LU ADa INGAT & PIKR KE BRO. Rasanya Lu X pernah pikir pun org macam lu memang mudah tuk menerima idea kerajaan tanpa usul periksa. Esok2 kalau company Lu kata gaji lu kena potong then baru lu nga-nga la Brooooooooooo.
From: A. Bakar b. Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, July 22, 2011 3:17 PM
Subject: RE: RG2011... Christchurch sebagai contoh negara berkebajika
"Together We Create Value Towards Sustainable Success"

Lagi elok cakap...Bagus Arab Suadi...buat kereta api untuk kegunaan orang Islam di Mekah...Lebih baik puji Kerajaan Malaysia caj school fee yang ciput..lebih baik cakap Kerajaan Kelantan buat bazaar dan tak caj sewa pada peniaga di Kelantan...lebih baik cakap, Negara Russia dan China bagi hasil Negara secara sama rata kat rakyat dia...lebih baik puji sekumpulan orang2 yang pi ke Gaza nak sampaikan bantuan kepada Rakyat Palestine....Lebih baik cakap Pi hospital kerajan caj rakyat dia kos yang ciput....
NZ bantu dia baru perabut dna kelengkapan dah nak ambil iktibar dan puji melangit.....kerajaan bagi rakyat Malaysia subsidi berbillion2 tak terima kasih pun....semua orang merasa dari lahir sampai nak masuk kubur pun kerajaan bantu sana sini....
Kerajaan bagi makan kat pelarian dan illegal immigrant yang beratus ribu dengan kos sehari Rm10 pun tak da sapa nak puji...bukan kebajikan ke tu?
Kerajaan bagi makan kat peserta Bersih dengan RM25 sorang pun Haji Hadi sahaja yang berterima aksih...
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of othman_mat_ali@toshibatec-tim.com.my
Sent: Friday, 22 July, 2011 11:59 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Christchurch sebagai contoh negara berkebajika

Itulah masalahnya orang melayu mengaku Islam ......... saya bersependapat
ngan saudara madi , di manakah toleransi berbilang bangsa kita ....jika
bangsa atau si penganut lain menolong di katakan ada udang di sebalik batu
dan mungkin di sebalik mee atau keaw teaw ............. buka minda sikit
bro........... !!! bukan semua yang orang kafir buat tu salah atau tak
baik atau berselindung ................. macam sesetengah puak bila tiba
masa nak mengundi bermacam kazanah alam masuk kampong ....baik kain pelekat
jarang , beras , gula , tanah , pasir ... kain kapan , dan ini pun termasuk
dalam katogori ada udang sebalik batu .... !!!
Tolonglah buangkan pemikiran begini ......... yang akhirnya , mengharapkan
bangsa sendiri tak kesampaian , bangsa lain yang kedepan !!!! kesian
melayu kalau pemikiran cam saudara A.bakar ...........maaf jika terkasar
tapi hakikatnya untuk menyedarkan sesama Islam dan sesama makhluk
Allah ....!!!
(Embedded image moved to file: pic06249.gif)
From: madi asmadi <asmadi_munawar@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: 07/22/2011 11:29 AM
Subject: Re: RG2011... Christchurch sebagai contoh negara berkebajika
Sent by: respeks_group@yahoogroups.com
Itu la masalahnya org kita bila yang kafir menolong dikatakan ada udang
sebalik batu. sedangkan yang muslim pun ramai yang macam tu. jangan selalu
beranggapan negatif. Masalahnya org melayu kita ni (minta maaf jika terasa)
terlalu mudah beranggapan negatif .Fikir-fikirkanlah
From: A. Bakar b. Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, July 22, 2011 11:07 AM
Subject: RE: RG2011... Christchurch sebagai contoh negara berkebajika
Jgan lupa setiap pertolongan orang kafir tu ada motif disebaliknya...it
seems like NZ had successfully show you that their NZ is better than
U...Christian Country is better then Muslim country....
Tak payahlah nak ambil contoh dari orang kristian....Hadis nabi sudah cukup
untuk mengajar kita....dan banayk lagi contoh kebajikan orang Islam dan tak
perlu dihebah2kan...
Kalau sedekah tangan kanan, sorokkan tangan kiri tu....
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]
On Behalf Of halawah shop
Sent: Friday, 22 July, 2011 10:55 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Christchurch sebagai contoh negara berkebajika
Salam...
Kenapa bila kita bandingkan2 negara kita dengan negara yang lebih baik dari
sudut kebajikan dengan harapan kerajaan kita mengambil pengajaran
darinya... kita sering diberikan jawapan seperti di bawah???
Bukankah nabi sendiri pernah menyebut negeri cina...??? Bukan kah negeri
cina juga negeri bukan Islam!!!... Salahkah kita mengambil contoh pada
perkara2 kebaikan...
Huhu... soli ma...
From: "A. Bakar b. Attan" <a.bakar@smebank.com.my> a.bakar@smebank.com.my
Date: Thu Jul 21, 2011 7:31 pm
Subject: RE: RG2011... Christchurch sebagai contoh negara Send MessageSend
berkebajikan Message
Edit MembershipEdit
Membership
Eloklah pindah jer duduk NZ kalau dah senang terima bantuan orang kafir
double......tak payah kenang2 Malaysia....

Sent: Wednesday, 20 July, 2011 1:01 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com;
melayucyber@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com;
uitm-melaka@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Christchurch sebagai contoh negara berkebajikan
Christchurch sebagai contoh negara berkebajikan
Dr. Ubaidullah Mustaffa
Pengenalan
Saya dan keluarga tiba di New Zealand semasa musim luruh. Pada waktu itu cuaca tidak begitu sejuk lagi. Kerajaan New
Zealand melalui agensi-agensi kebajikannya telah menemui saya di sebuah masjid di New Zealand untuk menghulur bantuan
sebagai persiapan menghadapi musim sejuk.
Saya memberitahu mereka bahawa saya baru sahaja tiba dari Malaysia dan rumah saya kosong tanpa perabut, katil dan
tiada peralatan dapur. Tiga hari kemudian badan kebajikan milik kerajaan New Zealand telah menghantar ke rumah saya
satu set sofa ruang tamu, dua unit TV 24", tiga unit pemanas rumah, empat katil dan tilam lengkap dengan cadar,
bantal dan selimut, peti ais, micro-wave oven, pinggan mangkuk, sudu, pisau dan bermacam-macam lagi.
Tidak pun sampai seminggu rumah saya lengkap segala-galanya secara percuma pemberian kerajaan New Zealand. Mereka
membantu manusia tanpa mengira bangsa atau agama.
Terkenang saya pada negara sendiri. Tidak pernah saya menerima bantuan dan layanan seperti itu walau pun di negara
sendiri. Kerajaan kita banyak bercakap tentang konsep negara kebajikan tetapi pelaksanaannya mungkin tidak sama
dengan konsep yang dicanangkan.
Elok juga kita mengkaji New Zealand sebagai salah satu model negara kebajikan terhadap rakyat. Oleh kerana New
Zealand agak luas maka saya akan memilih bandaraya Christchurch sebagai contoh dalam perbincangan model negara
kebajikan.
Christchurch
Christchurch adalah sebuah bandaraya terbesar di Pulau Selatan New Zealand dalam Daerah Canterbury. Jika dibandingkan
dengan seluruh New Zealand Christchurch adalah bandaraya kedua paling ramai penghuni di New Zealand iaitu hampir 864
orang setiap kilometer persegi.
Perbualan saya dengan penduduk tempatan Christchurch mendapati kejadian gempa bumi bukan perkara biasa di sepanjang
kehidupan mereka di Christchurch. Walau pun New Zealand berada dalam garisan lingkaran api bersama-sama dengan
Indonesia dan Jepun tetapi Christchurch tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga kejadian pertama gempa bumi pada
bulan September 2010.
Bantuan kerajaan
Kerajaan New Zealand membantu secara konsisten setiap rakyat mereka yang ditimpa bencana gempa bumi. Mereka membina
rumah-rumah di luar kawasan gempa bumi dan mempelawa rakyat mereka untuk menyewa dan terus membeli rumah-rumah
tersebut dengan harga yang sangat berpatutan iaitu lebih rendah dari harga pasaran semasa.
Rancangan penempatan semula disusun dan dikawal dengan rapi. Tidak ada individu atau syarikat yang cuba mengambil
kesempatan membuat keuntungan dengan menangguk di air keruh. Harga rumah akan melambung tinggi sekiranya terdapat
ahli politik atau kroni mereka yang mendapat kontrak untuk membina rumah-rumah penempatan semula gempa bumi.
Mari kita perhatikan apa yang telah berlaku di negara kita semasa bencana tsunami dan banjir dahulu. Bantuan lambat
sampai dan proses bantuan tidak konsisten. Bantuan yang dihulurkan berbentuk jangka pendek sahaja dan tidak
menyeluruh. Kerajaan Malaysia menganggap bencana alam negeri-negeri di bawah pimpinan pembangkang bukan tanggungjawab
mereka.
Kerajaan New Zealand sanggup melupakan segala perbezaan politik apabila menghadapi bencana alam. Kerajaan New Zealand
sangat sayang setiap rakyat mereka tanpa megira ugama atau bangsa. Kewujudan perasaan kasih sayang ini adalah
perbezaan besar di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan New Zealand di dalam merealisasikan sebuah negara
kebajikan.
Apabila wujud perasaan kasih sayang terhadap rakyat maka negara kebajikan akan diterjemahkan dalam setiap tindakan
yang dibuat oleh kerajaan. Tanpa kasih sayang terhadap rakyat maka negara kebajikan hanya wujud sebagai konsep
sahaja. Kerajaan akan menindas rakyat secara sah dari segi perlembagaan dan perundangan seperti mana di buat oleh
penjajah semasa zaman penjajahan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat kita pada hari ini dijajah dan ditindas oleh rakyat negara kita
sendiri yang telah dipilih melalui sistem pilihanraya. Setelah mereka diberi kuasa melalui pilihanraya mereka akan
mula menjajah dan menindas rakyat yang telah memberi mereka kuasa. Sikap ini mungkin berlaku secara sedar atau tidak
sedar atau kedua-duanya sekali. Maka perlu ada satu sistem check & balance supaya kerajaan yang dipilih tidak akan
menjajah dan menindas rakyat mereka sendiri.
Pada 4 September 2010, Christchurch digegarkan oleh gempa bumi berukuran 7.1 iaitu hari Sabtu pukul 4.35 pagi waktu
tempatan. Gempa bumi ini tidak menyebabkan kematian kerana pusat gempa adalah 40 km di luar bandaraya Christchurch,
hanya kerosakan sistem paritan, paip air, jalanraya dan gangguan bekalan letrik sahaja.
Hospital Christchurch terpaksa menggunakan generator kerana bekalan letrik terputus pada waktu itu. Darurat dan
perintah berkurung telah diistiharkan untuk menjaga keselamatan dan kerja-kerja pengosongan bangunan di sekitar
bandaraya Christchurch. Lapangan terbang antarabangsa Christchurch ditutup sementara menanti pemeriksaan keselamatan
jalan pendaratan dan perlepasan kapalterbang.
Dalam tempuh 48 jam selepas itu terdapat tiga lagi gempa bumi berukuran 5.2 berlaku di Christchurch. Mengikut
pengalaman saya, gempa bumi 5.2 adalah cukup kuat untuk merasai seluruh rumah bergegar dan cukup kuat untuk
mengejutkan saya sekeluarga dari tidur yang nyenyak.
Selalunya gempa bumi datang bersama-sama dengan bunyi yang kuat seperti bunyi keretapi kargo membawa muatan berat.
Perbezaannya ialah bunyi gempa bumi amat menakutkan kerana bunyi itu dikaitkan dengan kebinasaan dan kematian. Jika
gempa bumi lebih kuat berlaku kita akan terdengar bunyi letupan kuat seperti letupan bom berlaku serentak dengan
gegaran bumi.
Gempa bumi yang berlaku beberapa saat mungkin tidak sempat meruntuhkan sebuah bangunan kuat, tetapi jika berlaku
beberapa minit maka bahan binaan bangunan akan menjadi longgar dan runtuh. Kadang-kadang mentol lampu gugur dari
siling ke lantai setelah beberapa hari gempa bumi berlaku.
Penduduk tempatan memberitahu saya, jika gempa bumi berlaku melebihi 10 saat, lebih baik mengajak ahli keluarga
berlindung di bawah meja untuk mengelak dari ditimpa bahan binaan yang runtuh. Elok juga menyediakan lampu suluh
selalu kerana jika bekalan letrik terputus, mangsa gempa bumi tidak tinggal dalam kegelapan. Saya tidak menyediakan
lampu suluh kerana telefon bimbit saya memang mempunyai lampu suluh. Gempa bumi berukuran kecil selalu dapat dirasai
di Christchurch.
Gempa kedua
Gempa bumi yang kedua berukuran 6.3 berlaku di Christchurch pada 22 Febuari 2011, jam 12.51 petang. Dari segi ukuran
gempa bumi ini tidak sekuat gempa bumi pada bulan September 2010 iaitu 7.1 tetapi gempa bumi inilah yang banyak
meragut nyawa serta memberi kerosakan yang teruk pada Christchurch.
Gempa bumi ini kena tepat pada pusat Bandar Christchurch dan sekaligus meranapkan pusat Bandar Christchurch yang
menjadi pusat utama ekonomi dan pelancongan Christchurch. Yang tinggal hanyalah bandar-bandar kecil yang dahulunya
menyokong bandaraya utama Christchurch seperti Riccarton, Tower Junction, Addington dan Bush Inn.
Gempa bumi ini kuat kerana pusat gempa bumi berlaku sangat dekat dengan bandaraya Christchurch iaitu di Lyttelton
yang terletak hanya 10 km dari bandaraya Christchurch pada kedalaman hanya 5 km dalam perut bumi. Kesannya ialah
gegaran yang sangat kuat sehingga menyebabkan bangunan runtuh menghempap dan menimbus manusia hidup-hidup.
Persatuan Islam
Persatuan Islam Canterbury yang berpusat di Masjid Annur menghulur bantuan tenaga dan wang ringgit untuk kerja-kerja
menyelamat di tempat runtuhan. Kebetulan pula Masjid Annur terletak dalam kawasan pusat perdagangan utama
Christchurch iaitu di Deans Avenue bersebelahan Hagley Park yang menjadi kebanggaan penduduk Christchurch.
Kalau penduduk di London berbangga dengan Hyde Park maka penduduk Christchurch sangat berbangga dengan Hagley Park.
Kawasan Central Business District di Christchurch terletak dalam kawasan yang di kelilingi oleh Bealey Avenue,
Fitzgerald Avenue, Moorhouse Avenue dan Deans Avenue.
Masjid Annur mempunyai tanah kosong lebih kurang setengah ekar yang dicadangkan untuk membangun bilik-bilik sewa
untuk musafir Islam yang merantau ke Christchurch dan juga pusat pengajian Quran, Hadis dan Tahfiz. Setakat ini
Masjid Annur sedang menanti sumbangan tempatan dan juga antarabangsa untuk membuat pembangunan tersebut.
Apa yang menarik dan istimewa ialah Masjid Annur memberi izin kepada mangsa gempa bumi untuk mendapat perlindungan di
tanah kosong masjid dengan mendirikan khemah-khemah serta menyediakan makanan percuma pada mangsa. Harga makanan siap
di Christchurch adalah agak mahal tetapi hasil sumbangan derma umat Islam Christchurch dan mereka masak sendiri untuk
menjamu mangsa gempa bumi membuatkan kos makanan rendah serta ramai mangsa mendapat manfaat tanpa mengira ugama atau
bangsa.
Namun begitu terdapat satu siaran TV swasta yang menyiarkan berita negatif tentang penganiayaan orang Arab Kristian
di Mesir oleh orang Islam Arab Mesir. Terdapat juga pelekat kereta yang berbunyi PRAY FOR OUR CHRISTIAN BROTHERS IN
EGYPT, yang menghasut orang ramai dengan menggunakan sentiment ugama.
Boleh dikatakan masyarakat New Zealand tidak gemar bermain sentimen ugama atau bangsa kerana kedua-dua sentimen ini
boleh mencetus huru-hara dan pergaduhan. Kesannya ialah semua pihak akan rugi.
Tiada anjing liar
Saya dan keluarga dapat beriadah di Hagley Park tanpa perlu takut dikejar oleh anjing liar. Saya juga dapat berjalan
kaki ke Masjid Annur awal pagi untuk berjemaah subuh tanpa perlu bimbang diserang hendap oleh kumpulan anjing liar.
Apa yang saya perhatikan ialah Christchurch sangat menjaga keselamatan bandaraya Christchurch dari gangguan bahaya
anjing liar. Tidak ada anjing liar walau pun seekor.
Keistimewaan bandaraya Christchurch ini tidak dapat kita nikmati di Malaysia. Walau pun mengalami bencana gempa bumi
yang kuat tetapi masalah anjing liar masih dapat dibasmi terus.
Masalah anjing liar perlu dibasmikan kerana anjing liar adalah punca kepada penyakit anjing gila dan juga serangan
merbahaya kepada manusia terutamanya kepada kanak-kanak. Boleh dikatakan hampir setiap taman perumahan di negara kita
mempunyai masalah anjing liar yang tidak dibasmikan. Masalah anjing liar tidak boleh dikawal lagi tetapi perlu
dibasmikan demi keselamatan awam. Kejayaan bandaraya Christchurch membasmi masalah anjing liar perlu dicontohi oleh
setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara kita.
Kakitangan PBT yang terlibat dalam pembasmian anjing liar perlu dibawa ke bandaraya Christchurch untuk melihat
sendiri dan merasai sendiri betapa aman dan damainya keadaan tanpa anjing liar berkeliaran. Barangkali selepas
merasai sendiri betapa selamatnya suasana kehidupan tanpa bahaya anjing liar akan timbul sifat kesungguhan untuk
membasmi anjing liar di kawasan PBT masing-masing.
Makanan murah
Walau pun harga makanan siap di Christchurch adalah mahal tetapi harga bahan mentah makanan masih murah jika
dibandingkan dengan negara kita. Harga daging lembu dan kambing segar lagi berkualiti masih rendah dari harga di
Malaysia. Segala jenis sayuran di Christchurch adalah segar dari ladang dan yang istimewanya ialah harga segala jenis
sayuran adalah jauh lebih murah dari Malaysia. Bagaimanakah Christchurch dapat mengeluarkan bahan makanan yang murah
berbanding dengan negara kita?
Jawapannya terletak kepada cara Christchurch mengeluarkan hasil pertanian. Christchurch tidak mengamalkan sistem
feedlot untuk pengeluaran daging lembu dan daging kambing tetapi menggunakan sistem pertanian pastoral yang canggih.
Sistem feedlot yang menjadi pilihan kepada cara pengeluaran hasil ternak di Malaysia sebenarnya mempunyai kos yang
tinggi berbanding dengan system pertanian pastoral. Sistem pastoral memberi makanan yang lebih asli, segar dan sihat
kepada ternakan berbanding dengan makanan dalam sistem feedlot.
Masalah kekurangan keluasan tanah boleh diimbangi dengan menggunakan pastoral bermutu tinggi serta pengurusan
pastoral yang berkesan. Penyelidikan pertanian yang telah saya lakukan di beberapa ladang dalam daerah Canterbury
menggunakan kaedah yang sama dalam teknik pengeluaran hasil ternakan. Yang penting di sini ialah input pertanian
mesti rendah supaya output yang dihasilkan tidak terhakis oleh input yang tinggi.
Selepas membuat beberapa penyelidikan pertanian di Christchurch saya dapati cara pengeluaran hasil ternakan di
Malaysia perlu direvolusikan iaitu menukar dari cara feedlot kepada pastoral.
Infrastruktur feedlot yang sedia ada tidak perlu dirobohkan kerana masih boleh digunakan
walau pun kita menggunakan sistem pastoral. Saya sempat menimba ilmu dari petani Christchurch tentang cara-cara
menyediakan tanaman pastoral dan pemilihan benih untuk pastoral yang bermutu tinggi. Mereka juga telah mencurahkan
ilmu mereka kepada saya tentang pengurusan pastoral secara saintifik demi menghasilkan livestock yang bermutu tinggi
dan kos pengeluarannya pula adalah murah.
Pertanian adalah punca ekonomi utama Christchurch dan juga seluruh New Zealand. Negara New Zealand maju dalam
industri Agribusiness tanpa perlu slogan yang bukan-bukan oleh pihak kerajaan New Zealand. Industri agribusiness di
Malaysia perlu kepada sebuah revolusi berasaskan ilmu yang digabungkan dengan keperluan amali serta tuntutan pasaran
semasa.
Jika tidak harga bahan makanan akan terus meningkat seperti yang sedang berlaku sekarang di Malaysia. Apabila harga
bahan makanan meningkat maka kerajaan sepatutnya mengkaji semula di mana salah silap serta membuat pembetulan dalam
dasar pertanian negara. Jika sesat kembali ke pangkal jalan.
Musim sejuk
Christchurch terletak di hemisphera selatan bumi. Ini bermakna setiap tahun bulan Jun, Christchurch akan mengalami
musim sejuk manakala negara-negara Eropah di hemisphera utara bumi sedang mengalami musim panas. Apabila musim sejuk
tiba Masjid Annur akan menerima sumbangan baju sejuk dari orang ramai yang memerlukan baju sejuk percuma.
Segala jenis pakaian musim sejuk akan diletakkan dalam kotak tepi pintu keluar masjid. Sesiapa yang memerlukan
pakaian boleh memilih untuk keperluan masing-masing. Selain dari pakaian terdapat juga umat Islam yang menyumbang
buah tamar dan buah anggur untuk para Jemaah masjid.
Waktu subuh masuk pukul 6.15 pagi tetapi para Jemaah subuh menunaikan solat subuh jam 7.00 pagi. Masjid Annur penuh
dengan para Jemaah subuh walau pun cuaca sangat sejuk dalam kegelapan pagi musim sejuk di Christchurch. Terdapat
ramai pelajar Malaysia yang sedang mengikuti kursus perubatan ikut serta menjadi Jemaah sembahyang subuh di Masjid
Annur. Selain dari itu terdapat juga ahli Jemaah subuh dari Somalia, Mesir, Afrika dan juga Singapura.
Harga kereta murah
Satu lagi perkara yang menarik di New Zealand ialah harga kereta yang sangat murah berbanding dengan negara kita
Malaysia. Harga kereta akan menjadi mahal apabila kerajaan gagal mengawal harga kereta dalam pasaran. Kereta
merupakan keperluan rakyat dan bukan barang mewah. Setiap rakyat memerlukan kenderaan untuk bergerak.
Kerajaan New Zealand menyedari hakikat ini lantas mengawal harga kenderaan supaya semua rakyatnya mampu membeli
kenderaan. Kesannya ialah rakyat New Zealand jarang-jarang menjadi penghutang bank untuk membeli kereta kerana mereka
mampu membeli kereta secara tunai.
Ramai pelajar Malaysia di New Zealand telah membeli kereta secara tunai. Mereka dapat pergi belaja waktu pengajian dengan lebih berkesan. Malangnya, apabila mereka kembali ke
Malaysia kelak mereka pasti akan terjebak dengan masalah harga kereta yang mahal di Malaysia serta terpaksa berhutang
dengan institusi kewangan untuk membeli kereta. Mereka akan dibebani hutang membeli kereta selama 5 tahun hingga 7
tahun. Jelas sekali negara kita Malaysia di bawah pimpinan kerajaan BN gagal untuk menangani isu harga kereta yang
melambung tinggi.
Kerajaan sedia ditegur
Satu lagi perbezaan yang ketara ialah kerajaan New Zealand bersedia menerima teguran dari rakyat. Mereka amat
mengalu-alukan teguran dan pendapat rakyat. Kerajaan New Zealand tidak pernah ugut rakyat mereka untuk ditahan polis
atau dikenakan tindakan undang-undang.
Kerajaan New Zealand tidak menggunakan instrument kerajaan untuk membalas dendam terhadap rakyat atau mengajar
rakyat. Demonstrasi jalanan berlaku juga di Auckland dan Christchurch tetapi kerajaan New Zealand melayan petunjuk
perasaan dengan baik. Tidak ada petunjuk perasaan ditembak gas pemedih mata atau water cannon.
Tidak ada peperangan antara kerajaan dengan rakyat. Kerajaan New Zealand sangat menghormati perasaan seluruh rakyat
mereka. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mencontohi sikap murni ini. Sikap murni ini dapat menjalin kasih sayang antara kerajaan dengan rakyat dan bukan
permusuhan atau dendam kesumat. Perlu diingat bahawa anggota kerajaan juga adalah rakyat dan rakyat yang memilih
mereka menjadi anggota kerajaan. Perhubungan antara kerajaan dan rakyat perlu berasaskan kasih sayang dan bukan
perundangan semata-mata.
Kesimpulan
Christchurch adalah sebuah bandaraya yang agak malang kerana dilanda bencana gempa bumi. Walau pun begitu rakyatnya
cepat bangun dari runtuhan gempa bumi untuk meneruskan kehidupan. Sekarang ini Majlis Bandaraya Christchurch sedang
mengedarkan risalah pada semua penduduk Christchurch meminta pandangan dan maklumbalas terhadap pembinaan bandaraya
baru Christchurch. Mereka meminta pandangan dari rakyat mereka untuk mengetahui apa yang rakyat mahu ada dalam
bandaraya baru yang bakal dibina tidak lama lagi.
Mereka menghadapi bencana dalam kata sepakat dan kerjasama yang sangat indah untuk bangun semula membina kehidupan
baru. Mereka faham bahawa dalam runtuhan gempa bumi itu ada rahmat dan peluang yang sedang menanti mereka. Rahmat dan
peluang akan datang ke Christchurch bagi mereka yang sabar dan bijak membina peluang selepas runtuhan gempa bumi.
Kerajaan New Zealand melibatkan rakyat dalam proses pembangunan negara dan mereka tidak memaksa rakyat menerima
pembangunan ciptaan kerajaan semata-mata. Penglibatan rakyat diperlukan kerana rakyat adalah pelanggan utama
kerajaan. Penglibatan rakyat secara menyeluruh sebenarnya adalah salah satu resipi utama di dalam mewujudkan sebuah
negara kebajikan.
Semasa Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri dahulu beliau melibatkan rakyat semasa melancarkan projek Proton Saga
sebagai kereta buatan Malaysia walau pun semua rakyat Malaysia tahu bahawa kereta buatan Malaysia hanya gimik pada
nama sahaja. Rakyat Malaysia sangat gembira melibatkan diri dengan pertandingan memberi nama pada kereta tersebut.
Setelah itu Dr. Mahathir membina Putrajaya tanpa penglibatan rakyat. Maka berlaku penolakkan oleh rakyat sebagai
projek membazir dengan tuduhan untuk kenyangkan para krooni dan ahli-ahli politik yang menyokong kerajaan. Tuduhan
tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar tetapi kebarangkalian tetap wujud dalam mana-mana projek pembangunan.
Lebih-lebih lagi rakyat melihat ahli-ahli politik penyokong kerajaan menjadi kaya raya dalam sekelip mata.
Hampir semua kerajaan di dunia ini akan mencanangkan konsep negara kebajikan sebagai modal kempen politik untuk
menang pilihanraya tetapi rakyat akan menilai siapa yang mempunyai kasih sayang dan keikhlasan jiwa untuk
melaksanakan konsep negara kebajikan.
Rakyat akan menilai sejauh manakah kerajaan Malaysia yang memimpin negara sekarang benar-benar jujur dalam
pelaksanaan negara kebajikan. Rakyat sudah muak mendengar janji manis dan mahu melihat perubahan yang relevan ke arah
pembinaan negara kebajikan demi faedah rakyat bersama.
PENULIS
Penulis kini tinggal di Christchurch, New Zealand. Beliau boleh dihubungi melalui email ubaidi_script@yahoo.com.my.
--
Facebook : Halawah Shop
Kedai online : Halawah shop
Laman web : Susu kambing hi goat
Berminat untuk jadi ahli : Daftar ahli

__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment