Tuesday, July 26, 2011

Re: RG2011... Sakit kulit

 

saya mmg boleh dikatakan berpenyakit kulit sepanjang hayat, berdasarkan pengalaman2 yang telah dilalui, antara sebab2:

alergik, tak kiralah alergik makanan, persekitaran, debu dan macam2 lagi, tak ramai yang sedar mereka ni alergik terhadap sesuatu, seperti saya, sentiasa gatal2 di muka, tangan dan kaki, dirujuk ke klinik dan hospital, doktor bagitau saya ni alergik dengan cahaya matahari (photosensitive) terutama dari pukul 11pg hingga pukul 5 ptg. jadik kena elak pancaran cahaya matahari secara terus. tapi terbuat gak menyebabkan kulit saya merah2 gatal2, dan paling teruk kulit jadik bengkak macam orang kena belasah, search online kata sindrom vampire, tak leh kena matahari. 

air paip pon berkaitan, kerana kandungan klorin yang tinggi selain lain lain benda yang kita tak tau terkandung dalam air, pernah tak lepas mandi rasa gatal2, lebih kurang cam tula puncanya. lagi satu mandi hot shower pon tak berapa bagus untuk kulit, melainkan kita masak air mandian dalam periuk. org2 jepun nak mandi air panas dorang akan masak dalam periuk. sesekali tu check lah dalam tangki tu ada apa kot kotor ke.

tak boleh berkongsi alatan seperti sikat, tuala, berus gigi, pakaian, kasut dan sebagainya dengan orang lain, kalau boleh elakkan.

minum 8 gelas air 1 hari, pemakanan, kurangkan makanan bergula, tak kiralah gula real atau gula sintetik

harus sentiasa sapu losyen pada kulit badan, doktor saya sarankan guna johnson & johnson 24 hours lasting moisture body lotion
(bukan nak promo), kerana ini yang paling murah terdapat di pasaran, selain paling yang boleh dipercayai dan berkesan jugaklah, jenama lelain lagi2 jenama yang glamer yang ada gambo "kakak2 makcik2 dengan makeup tebal" tak yahlah guna

kena duduk dalam tempat bersuhu rendah, senang citer dalam air con, masa saya pegi cameron highlands, tak gatal langsung, tak merah, tak berair. tu contoh jer.

jgn terkejut krn ada doktor sarankan jgn guna Dettol, sbb chemicalnya cukup tajam untuk kulit, produk ni mmg bagus tapi utk selain kulit macam cuci2 baju, lantai dsb tapi no no no utk kulit, doktor sarankan saya guna Oillatum soap dan calamine lotion, senang nak cari kat mana2 pharmacy

jgn makan ubat2 sebarangan (tak kiralah utk tujuan aperpon) selain preskrip doktor, lagi2 ubat fancy2 yang sangat melambak2 dalam pasaran, termasuklah makeup dan pelbagai barangan kosmetik yang lain.

kerap tukar pakaian, lebih2 lagi kalau berpeluh, kalau boleh pakai pakaian cotton base termasuklah pakaian yang dalam dalam.

baju baju bilas dengan air bersih guna tangan, kalau pakai mesin selalunya ada sisa sabun tertinggal/melekat pada baju, menyebabkan kemungkinan iritasi pada kulit

jaga kebersihan persekitaran rumah, jemur tilam, bantal, tukar cadar, selimut dan sarung bantal paling kurang 1 minggu sekali.


yang ni terpulanglah nak percaya atau tak:
           kalau semua rawatan dah buat tak lut jugak, silalah berjumpa dengan pakar rawatan islam, tgk2 apa yang tak kena.








From: SHAHRIZAL RIZAL <rizal1263@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 20 July 2011 10:57 AM
Subject: RG2011... Sakit kulit

 
salam sumer...saper tau ubat sakit kulit 1 bdn?
kulit merah pastu kering padtu gatal
 
shahrizal hassan basri



From: Roslan Omar <roslan@saj.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com; sahabatinteraktif@yahoogroups.com
Cc: melayu-trade@yahoogroups.com
Sent: Thursday, July 21, 2011 1:35:17
Subject: RE: RG2011... Salam..

 

selamat joint Omar...nama u sama dgn nama bapak saya...he..he..gurau..
-----Original Message-----
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]On Behalf Of Omar Idris
Sent: Thursday, July 14, 2011 3:27 AM
To: sahabatinteraktif@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
Cc: melayu-trade@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Salam..

 
Salam org baru di group ini..semoga dapa...semoga mndapat restu dri rakan2 semua...


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment