Sunday, July 24, 2011

RG2011... Salam Ramadhan Al-Mubarak

 

Assalamualaikum WBT,

Daripada Hazrat Ka'ab Bin 'Ujrah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda mafhumnya "Hadirlah ke mimbar!" Maka kami pun telah hadir. Apabila Baginda SAW naik satu anak tangga mimbar, Baginda SAW berkata 'Amin' dan apabila Baginda SAW naik tangga yang kedua Baginda SAW berkata 'Amin' dan apabila Baginda SAW naik anak tangga yang ketiga Baginda SAW berkata 'Amin'. Apabila Baginda SAW turun, kami telah bertanya, "Ya Rasulullah, Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar daripada Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar." Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya Jibrail a.s telah muncul kepadaku dan berkata, 'Binasalah sesorang yang didatangi Ramadhan tetapi belum juga diampunkan'. Maka aku berkata 'Amin'. Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata 'Binasalah seseorang yang apabila nama engkau disebutkan kepadanya, tidak pula dia menselawatimu'. Aku juga berkata 'Amin' dan apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata 'Binasalah seseorang yang mendapati kedua-dua ibubapanya atau salah seorang daripadanya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga' Aku berkata 'Amin'.." (HR Hakim)

Insya Allah, lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Ramadhan dan disini saya ingin memohon beribu ampun dan maaf jika sepanjang penulisan saya disini ada menyinggung perasaan pembaca yang saya hormati. Semoga dengan kehadiran Ramadhan pada tahun ini akan menjadikan kita Hamba Allah dan Umat Muhammad SAW yang terbaik serta di redhaiNya dunia dan akhirat.
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment