Saturday, July 30, 2011

RG2011... Majlis Iftar Perdana Hidayah Center Pulau Pinang

 


 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
 
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujuraat 49:6)
 
FYI 
 
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)


 
From: abdul-aziz_bin-othman@non.agilent.com [mailto:abdul-aziz_bin-othman@non.agilent.com]
Sent: Friday, July 29, 2011 3:38 PM
Subject: FW: Majlis Iftar Perdana Hidayah Center Pulau Pinang
 
From: Muhammad Asyraf Tan [mailto:asyraf_tan@hotmail.com]
Sent: Friday, July 29, 2011 9:36 AM
To: Mohamed Yasir Bin Yacob
Subject: FW: Majlis Iftar Perdana Hidayah Center Pulau Pinang
 
Assalamualaikum,
 
Minta bantuan saudara Yasir untuk war-warkan kepada rakan2.
 
Jzkk.
 
Assalamualaikum,
 
Alhamdulillah sekali lagi Hidayah Center Pulau Pinang akan menganjurkan Majlis Iftar Perdana Pulau Pinang (MIPHC). Tahun ini, majlis ini akan diadakan di Komplek Tabung Haji Bayan Lepas. Tujuan majlis ini adalah untuk menjana dana untuk membolehkan operasi Hidayah Center dapat dijalankan di Pulau Pinang dengan lancar.
 
Hidayah Center (HC) adalah di bawah naungan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Tujuan utama HC ditubuhkan adalah memghulurkan bantuan kepada saudara baru seperti tempat tinggal sementara, tempat belajar dan duit poket. HC juga memberikan bantuan kepada non-Muslim seperti kefahaman Islam, syahadah dan pendaftaran di Pejabat Agama.
 
Dengan dana yang telah berjaya dijana pada MIPHC tahun lepas, kami telah berjaya menyewa sebuah kedai beralamat 2B-1, Jalan Bukit Kecil 1, 11900 Sungai Nibong Pulau Pinang, sebagai pusat operasi kami. InsyaAllah lepas MIPHC tahun ini, kami akan lebih aktif lagi menganjurkan aktiviti-aktiviti dakwah kepada mereka yang belum Islam.
 
Dibawah ini adalah sebahagian daripada aktiviti-activiti Hidayah Centre yang telah sempat kami anjurkan sepanjang satu tahun yang lepas.
 
1. Majlis jamuan "Steamboat" Hari Raya Aidil Fitri bersama saudara baru, rakan-rakan dan jiran belum Islam di rumah.
2. Majlis sambutan Hari Raya Cina bersama saudara baru dan rakan-rakan belum Islam di CRM, Bayan Baru.
3. Bengkel latihan dakwah di pejabat Hidayah Centre.
4. Seminar "Interfaith Dialogue" di USM
5. Public talk "Why the West is Coming to Islam?" di USM
6. Usrah mingguan untuk saudara baru di Hiayah Centre.
7. Mengadakan jamuan untuk meraikan beberapa orang saudara baru yang beru kembali kepad Islam, termasuk 2 keluarga.
8. Memberi bantuan untuk 2 orang saudara baru untuk memulakan gerai makanan halal Cina di Bayan Baru dan Balik Pulau.
9. Mamberi bantuan tambang teksi dan sewa rumah untuk seorang suadara baru yang perlukan dialisis 3 kali seminggu.
10. Mengsyahadahkan beberapa orang saudara baru dan pendaftaran di pejabat Agama.
11. Memberi bantuan untuk isteri dan anak-anak seorang saudara baru yang telah meninggal dunia.
12. Memberi bantuan dan sokongan kepada suadara baru yang ingin melangsungkan perkahwinan.
 
Dengan ini, saya merayu pada tuan-tuan dan puan-puan untuk mengulurkan bantuan untuk mejayakan majlis ini. Dana yang diperolehi akan mempermudahkan lagi kami untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti Hidayah Centre pada masa hadapan. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini. Jenis-jenis pakej bantuan adalah seperti berikut:
 
A)                       Pakej pembelian:             Pakej Meja (1 Meja @ 10 kerusi)           RM 1,000.00
                                                                       1 Kerusi                                                       RM    100.00
 
Jika anda tidak mampu menghulurkan bantuan paling minima, berupa kerusi berharga RM100, anda boleh memberi sumbangan tanpa belian dengan kadar yang anda mampu. Anda hanya perlu masukkan duit itu kedalam akaun yang tertera di brosur dan kembalikan brosur yang telah diisi maklumat untuk mempermudahkan transaksi anda direkodkan.
 
Sila rujukkan pada brosur yang dilampirkan. Jika anda memerlukan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi saya, 013-4884595 atau no. talipon yang tertera dibrosur.
 
Sebelum saya terlupa, tolong forwardkan email ini kepada rakan-rakan anda seramai mungkin.
 
Semoga bantuan anda akan diberkati Allah dan diberi pulangan yang lebih lumayan di dunia dan Akhirat. Amin.
 
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 26.
 
 
Jazzakallah Khairan.
 
Asyraf Tan
 

PROPRIETARY-CONFIDENTIAL INFORMATION INCLUDED
This electronic transmission, and any documents attached hereto, may contain confidential, proprietary and/or legally privileged information. The information is intended only for use by the recipient named above. If you received this electronic message in error, please notify the sender and delete the electronic message. Any disclosure, copying, distribution, or use of the contents of information received in error is strictly prohibited, and violators will be pursued legally.
  ­­  


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment