Monday, July 25, 2011

RG2011... Coretan Hati dari seorang teman seperjuangan.

 

Hmm..hati sedih, bila teman seperjuangan terkena musibah seperti ini.  Ini adalah rencah-rencah kehidupan seorang homebaker di Malaysia.  Sedih bila membacanya tapi hidup harus diteruskan.  Setiap manusia membuat kesilapan, membuat kesilapan adalah perkara biasa.  Tetapi kesilapan yang disusuli dengan perkataan maaf adalah lebih baik dari kesilapan yang dinafikan atas kerana ego diri sendiri.  

Baru tadi membaca buku sejarah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Ini ada perbualan antara Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang semasa itu menjadi Gabenor di Khunashirah dan bapa mertuanya Khalifah Abdul Malik - Khalifah Bani Umaiyah ketika itu.

"Wahai Amirul Mukimin, dosa-dosa yang kita lakukan pada Allah mudah diampunkan, tetapi dosa-dosa kita kepada manusia hanya diampukan selepas mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita lakukan dosa padanya"

 Wahai Umar, aku tidak faham apa maksud kamu? tanya bapa mertua..

Sekiranya kita menzalimi manusia, kita mesti mendapatkan kemaafan dari mereka yang kita zalimi bagi mendapatkan keampunan Tuhan. Sekiranya tidak, diakhirat kelak mereka datang mengadu kepada Tuhan mengenai kezaliman yang kita lakukan padanya" jawap Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Tiba-tiba Khalifah Abdul Malik menangis.


Catatan dari seorang sahabat..

Salam

Hampir 4 tahun aku baking biscotti belum pernah aku bertemu dengan mana-mana pelanggan yang ku kira fussy dan menjaga kedudukan sehingga sanggup mungkir janji. Sebelum ini saya tidak pernah mempunyai masalah berurusan dengan pelanggan melalui email atau FB. 

Ini dia tag yang ditempah khas untuknya

Ini merupakan gambar doorgift RM1.50 yang ditempah pada awalnya. 

Ini merupakan gambar doorgift yang diserahkan. Ada organza medium dan small sebab nak cukupkan 1000 dan pengantin mahukan hanya warna merah dan oren.

Ini doorgift yang sedia untuk diserahkan

Ini rupa biscotti yang dipulangkan

Sebelah kanan yang seperti dihantar

Sebelah kanan yang seperti dihantar

Fikirlah sendiri apa yang dibuat pada biscotti tersebut yang tidak sampai 12jam berada dirumahnya. Mereka mahukan deposit sebanyak RM500 kembali jika saya mahukan kesemua biscotti saya. Jika tidak, saya perlu berikan biscotti bernilai RM500 (duit deposit) dan ambil kembali selebihnya. Bagi mereka biscotti saya tidak layak untuk dijadikan cenderahati untuk tetamu VVIP mereka. Namun saya dan suami berkeras mahukan kesemua biscotti tersebut tanpa memulangkan deposit mereka.

Bersama ini saya sertakan nama mereka yang terlibat dan dengan ini saya tidak akan berurusan dengan mereka lagi.

Namanya (biarlah saya rahsiakan di sini-hanya rakan2 bakers yang tahu)

Saya nilai pengalaman ini seumur hidup saya dan saya harap rakan-rakan baker dan lain-lain jadikan pengalaman saya sebagai panduan dan teladan. Semoga Allah melindungi kita dari manusia sebegini.


--
Juraiza aka Nomie

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment