Pendapatan Dari Perniagaan Sambilan Untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Artikel Oleh : mny
Salam untuk semua. Artikel saya pada hari ini adalah mengenai menguruskan pendapatan sampingan ataupun sambilan
sempena sambutan bulan Ramadan dan seterusnya sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menyusul.
Kebanyakkan dari kita semua memilih untuk menjadi peniaga bagi menampung kos sara hidup dan juga kos tambahan bagi
sambutan Hari Raya nanti. Pelbagai jenis perniagaan dijalankan, dan sudah pasti yang menjadi pilihan kebanyakkan orang
ramai adalah menjual Kuih Raya dan yang seumpamanya seperti kek, kerepek, keropok dan pelbagai lagi. Kesemuanya yang
berkaitan dengan bisnes akan dipertimbangkan.
Tidak kurang juga yang memasarkan pakaian samada untuk orang dewasa dan kanak kanak. Bagi mereka yang sudah
memulakan kerja sambilan seperti menjadi cikgu tuisyen, menjual barangan kesihatan dan lain-lain lagi, anda juga boleh
berkongsi pandangan dan cara bagaimana anda menguruskan/membahagikan masa anda.
Namun saya ingin mengingatkan, dalam keghairahan melakukan kerja sambilan ini kita tidak harus mengabaikan kerja
utama kita kerana majoriti yang melakukan kerja sambilan ini adalah mereka yang makan gaji seperti pekerja swasta dan
pekerja kerajaan. Jangan disebabkan sibuk membuat pemasaran ataupun membuat kuih raya, kita kepenatan dan menjejaskan
prestasi kerja kita nanti.
Panjangnnya pengenalan saya mengenai kerja sampingan ini. Bagi saya, topik adalah sangat menarik. Saya sebenarnya ingin
membincangkan bagaimana menguruskan hasil pendapatan yang kita dapati dari kerja-kerja sampingan ataupun sambilan
yang kita lakukan. Pada pandangan saya, lebih bagus kita berniaga atau berkerja secara part-time ini dari berhutang dengan
kad kredit kerana jika kita berhutang yang susah adalah diri kita sendiri.
Sebagai contoh, katakan kita memerlukan lebih kurang RM2000 untuk menyediakan kelengkapan dan pelbagai persediaan
menyambut Hari Raya nanti. Tahniah saya ucapkan kerana kita memikirkan bagaimana mendapatkan lebihan wang RM2000
dengan cara bekerja, bukan dengan cara mudah iaitu BERHUTANG.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment