Monday, October 3, 2011

Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...

 

Aku setuju sangat sekarang ni banyak rumah urut kat selangor ni..Bila aku balik Shah Alam je, terkejut aku bila member2 aku bercerita pasal rumah urut kat Shah alam ni. Panas betul aku..Camne boleh lepas? Pemantauan dari PBT takde? bagi je lesen tu? Masa mesyuarat dah tentu diorang mohon utk Spa and Beauty. Ahli Majlis tak alert? ke dah tau buat tak tau? Lepas tu tak check premis? Pada aku, samada BN ke, PR ke, Pas ke, bukan parti yang menentukan baik buruknya.

Pada aku sikap individu tu sendiri. Tak kira dia BN ke, PR ke, Pas ke, Kalau dia kaki rasuah, rasuah juga..Contohnya PBT tempat aku kerja sekarang ni. (kat Selangor) Amboi2..ahli Majlis dia dari parti pas, dengan selamba pau durian kat pasar malam. Dia tak tau ke yang dia pau tu sedara aku? Aku memang nak saman sedara aku ni pasal takde lesen. Boleh pulak Ahli majlis tu kata dia settlekan semua. Aku siap ambik gambar dia bimbit dua beg plastik besar durian..Bukan ni saje, ada yang lain2 lagi.

Sama juga projek2 Majlis, semua diorang sapu..Perkara ni juga berlaku semasa zaman BN..aku rasa sama je. Masa zaman BN dulu, ahli Majlis dia saje buat kecoh2 aduan jalan rosak la, pokok tak cantas la, lepas tu siap kata, hari ni je boleh keluar 20 inden..Secara rasminya, 17 inden dia punya, 3 untuk kontraktor tempatan.

Cuma yang berbezanya, Ahli Majlis sekarang ni suka bersikap berperasangka dan menganggap kesemua staf Majlis mengamalkan rasuah. Mereka juga menganggap duit Majlis ni untuk mereka pakai suka2. Adakan program atas nama parti guna duit Majlis..Elaun mintak naik..elaun pegi mesyuarat pun mintak naik..Nak ada kerani yang dibayar oleh majlis...amboi2..Ahli Majlis dulu pulak kaya-kaya, tak pernah mengharapkan duit Majlis. Nak buat program apa pun boleh. Mereka lebih ramah dan tidak sentiasa berperasangka buruk serta tidak menyakitkan hati.

Aku sebenarnya penyokong Pas, Aku amat menghormati Tuan Guru Nik Aziz, Tapi aku kecewa dengan samada pemimpin sehingga ke pengikut terlalu cepat melatah dan sentiasa berperasangka buruk terhadap seseorang. Ada je isu2 yang tak menguntungkan parti dicetuskan. Kita menuduh orang rasuah, sedangkan kita hanya dengar2 cerita orang je. Tak taupun betul ke tidak, Jika sesuatu yang terbukti dengan video melibatkan orang yang kita sanjung pun kita kata tipu. Super impose la, pelakon la..Tak boleh ke  kita naik tanpa memburukkan orang lain? Tunjukkan satu kerja positif di mana ianya mampu menarik ramai orang. Baru la mencabar..

Sokong boleh, tapi jangan terlalu taksub. Percayalah, orang banyak duit macam2 dia boleh buat. Cuma jika dia nak sorok2 dia buat sorok2..Tapi kalo terkantoi, nasib la..Manusia ni, ada nafsu. Kadang2 boleh hilang kawalan. Tambah pula duit bukan masalah. Dan aku tak kata aku baik sangat, tapi secara peribadi, setiap kesalahan aku, aku minta ampun. Biarlah dia jadi rahsia aku. Tapi tak tau la kalo ada orang rakam aku..kantoi la..( Aku amat membenci zina, jadi salah aku bukan berkisar kat situ la)

Aku cuma berharap, orang2 yang terlibat dengan kes ni bertaubat je..tak kira bersalah, atau dianiaya, atau menganiaya orang..yang mana terlepas tu bertaubat la..tutup la ko punya aib tu..tuhan akan tutup aib tu..Kita pulak tak boleh menuduh melulu membabi buta tak tahu hujung pangkal terhadap seseorang tu..sebab kita sendiri pun tak tau..






--- On Sun, 2/10/11, Nur Afifah Bte Abd Karim Abd Karim <ismi_afifah@yahoo.com.my> wrote:

From: Nur Afifah Bte Abd Karim Abd Karim <ismi_afifah@yahoo.com.my>
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Sunday, 2 October, 2011, 7:00 PM

 

zalim=meletakkan sesuatu bukan pd tempatnya...kita x mengalami...hanya memerhati...kasihan lah pada org yg dizalimi... pd sy anwar mungkin salah...mungkin juga dianiaya...tp yg pasti ramai lg jerung besar yg kenyang dan terus selamat ditempatnya sekarang... kepada kalian yg menyokong mereka, biarlah mereka terus kenyang dan kenyang sehingga tiada apa yang boleh dimakan...hingga setiap rakyat akan dicukai tidak kira dia miskin atau kaya...GST dilaksana senyap2 dan kepayahan mula dirasai rakyat... teruslah sokong BN, teruslah kayakan mereka, teruslah penuhkan poket mereka...ketahuilah mereka tidak akan pernah kenyang dan bersedialah kita memberikan negara yg bakal muflis(defisit negara dh beratus bilion) kepada anak2 kita...;)  winking


From: Yan <yan@plascentre.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "megat@meinhardt.com.my" <megat@meinhardt.com.my>
Sent: Thursday, September 29, 2011 7:39 PM
Subject: RE: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224]

 
MEGAT AQ TERGAMAM DGN STATEMENT KO.... MARVELOUS

Regards,

Y@N
Tech. / Adm.
PCSSBHD
________________________________________
From: respeks_group@yahoogroups.com [respeks_group@yahoogroups.com] on behalf of hbk7879 [hbk7879@gmail.com]
Sent: Wednesday, September 28, 2011 6:06 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: megat@meinhardt.com.my
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224]

zalim dlm senyap ye.....
"hiburan melampau2..realiti sana, realiti sini.. pusat2 judi & pelacur bertambah2 pula tue.. bila sukan terlondeh sana, terlondeh sini.. yg bestnya pakai underwear lari 100m.. awat tak bogel terus.. haha" perkara ni bukan setakat kerajaan BN. kerajaan PR sama jugak.... jatuhkan BN, naikkan PR, hasil tetap sama....berlari 100m tetap pakai underwear... kat selangor byk gila pusat urut sejak semenjak ni.... selangor bwh PR...

"tindakan kerajaan sekarang zalim, kerana menindas pemikiran rakyat supaya menjadi lebih bodoh dan lalai.." Nak selesaikan masalah ni senang je.. buat mcm korea utara... atau pun jadi mcm orang asli di Amazon. takde hubungan dgn dunia luar.... selesai masalah.... hidup dlm dunia sendiri .... hahaha....!!!!

2011/9/27 latido 44 <latido44@gmail.com<mailto:latido44@gmail.com>>


mmg kerajaan yg ada sekarang zalim terhadap rakyat! Zalim dlm senyap, zalim tanpa kekerasan tp itulah hakikatnya. korg jer buta mata hati.. paham maksud saya? zalim bukan hanya dari segi keperluan je.. duit cukup ke tak..tp cuba kome tengok dlm skop yg lebih luas ek.

hiburan melampau2..realiti sana, realiti sini.. pusat2 judi & pelacur bertambah2 pula tue.. bila sukan terlondeh sana, terlondeh sini.. yg bestnya pakai underwear lari 100m.. awat tak bogel terus.. haha

cth kat atas tak zalim ker namanya tue.. tahu tak? tindakan kerajaan sekarang zalim, kerana menindas pemikiran rakyat supaya menjadi lebih bodoh dan lalai.. bila dah bodoh senanglah kena tipu hari2..ini projek BN! ini projek PAKATAN! tp
hakikatnya sumbernya drpd rakyat.. pusing punya pusing, last2 rakyat juga yg kena main.. itu parti jugak yg untung! haha..




2011/9/25 hbk7879 <hbk7879@gmail.com<mailto:hbk7879@gmail.com>>


apa jadah yg ko ckp ni.....?

megat bukannya totok UMNO... dia dulu penyokong kuat gila Anwar.... sanggup ber-reformasi..... duk kena kejar dgn FRU... nasib baik dia tak kena belasah je..... kalau setakat kena sembur dgn air FRU tu, rasanya di dah lali dah....

satu lagi, dia pekerja biasa je... mintak projek, jauh sekali lah....

apa yang dia katakan adalah dari pengalaman dia.....

apa yang dia katakan tu, aku setuju sgt..... apabila je kita org kutuk pemimpin "maksum" ko orang tu, ko orang cukup cepat melenting..... yang ko orang kutuk pemimpin kita orang, kita orang cool je....

"Ingat, orang yang bersubahat dengan orang yang ZALIM tu sama sama akan dilaknat Allah s.w.t diakhirat nanti." kata2 ni, mmg kita org setuju... tp benarkah pemimpin sekrang ni ZALIM seperti yg dikatakan oleh saudara? sekarang ni saudara dgn mudahnya dpt segala keperluan harian saudara kan.... saudara ada duit nak buat pelaburan. ada duit nak berinternet.... mananya sifat kezaliman yang ada pada pemimpin kerajaan sekarang ni?

kalau ko orang kata, pemimpin "maksum" ko orang tu kena dizalimi, nampak sgt ko orang ni hidup dlm mimpi.... pemimpin "maksum" ko orang tu selalu pergi outstation makan angin.... bukan setakat dlm negeri, boleh jalan2 pi London, Paris, German, USA. Orang yg dizalimi dpt ke pi outstation makan angin?

satu lagi, surat terbuka cuma datang dari No.3 PDRM.... apa kata lawyer anwar tu subpoena x-IGP.... boleh kita dgr dari orang No.1 PDRM..... LAWAN TETAP LAWAN..... atau LARI TETAP LARI.... HAHAHAHA.....!!!!!!!!!!!!!!!!



2011/9/22 Bisobonar - <stiff4u2c@gmail.com<mailto:stiff4u2c@gmail.com>>


Sdr megat, apa pasai dia tak layak jadi pemimpin? Dia pernah liwat hangpa ke atau burit adik beradik hang? Hang marah kat dia tu pasai apa? Hang pernah mintak projek dengan dia tapi tak dapat ke? Ingat, orang yang bersubahat dengan orang yang ZALIM tu sama sama akan dilaknat Allah s.w.t diakhirat nanti.

Wala yauzubillah.......

2011/9/21 mohd irwan <irwanfitri@yahoo.com<mailto:irwanfitri@yahoo.com>>



Minta maaflah saudara Megat. Kenyataan awak ni tidak cerdik dan langsung tidak boleh diterima sebab ia bersifat emosi dan menghukum. Awak membuat rumusan tidak berdasarkan fakta. Surat terbuka itu datangnya daripada orang yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut. Beliau memang dikenali sebagai antara pegawai tertinggi PDRM. Jika ini khabar angin yang bukannya datang daripada beliau, pasti beliau sudah buat kenyataan akhbar atau apa sahaja cabang media yang ada untuk membersihkan nama beliau daripada dikaitkan dengan penularan surat ini secara meluas, sebab surat terbuka ini sudah lama wujud. Bukan baru semalam. Hati2 lah dengan kata2 kita, takut2 ia menjadi fitnah yang amat besar dosanya di sisi Allah swt. Kes DSAI ini ada kemungkinan DSAI salah dan ada kemungkinan tidak. Hanya DSAI, pihak pendakwa dan Allah yang tahu siapa benar siapa salah. Semoga kita semua dilindungi dari fitnah hidup dan mati, dan fitnah dajjal laknatullah. Wallahualam
________________________________
From: Megat <megat@meinhardt.com.my<mailto:megat@meinhardt.com.my>>
To: respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, September 21, 2011 8:36 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224]



Kalau pasal anwar.. emmpp.. korang tulis lo cam mana sekalipun. anwar mmg x bleh pakai!! dia x layak jadi pemimpim. bukan setakat tak layak jadi pemimpin tertinggi..malah tak layak untuk jadi anggota kerajaan. memalukan!!
----- Original Message -----
From: Mohd Halim<mailto:mohalim@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, September 18, 2011 11:25 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224]

Jadi kalau kita tak tahu mana yang betul atau mana yang salah takusah nak mengatakan yang itu dan ini. Kita berdoa dan tunggu balasan dari Nya sudah cukup supaya kita tidak tersalah dengan membuat andaian yang tidak benar/

________________________________
From: sharifah hamidah <sharidah78@yahoo.com<mailto:sharidah78@yahoo.com>>
To: "respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>" <respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>>
Sent: Thursday, September 15, 2011 7:52 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...

Allah maha mengetahui....kita x tau tetapi bagi sy Allah maha adil...kita tgk aje lah...Allah tidak akan menginaya seseseorang....percaya lah...dan Allah akan membalasnya di dunia juga jadi kita sendiri muhasabah diri dan fikir2kan lah....

From: Mohd Halim <mohalim@yahoo.com<mailto:mohalim@yahoo.com>>
To: "respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>" <respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>>
Sent: Wednesday, September 14, 2011 10:47 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...

Berita macam ni boleh percaya kee sesiapa pun oleh tulis macam ni Allah sajhaja yang tahu kebenarannya

From: wakkam <naim_222@yahoo.com<mailto:naim_222@yahoo.com>>
To: "respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>" <respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>>
Sent: Tuesday, September 13, 2011 1:20 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...



aadddooooiiiiii llleeeeeee.....pampasan tak dapat ke?......kalo bukti paslu tapi dipenjarakan jugak.....undang² dan mahkamah dunia nih boleh le

so sapa yg salah nih??.....peguam ke hakim ke......yg mana 1 betol nih??.......aadddoooiiii llleeee Malaysia




From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com<mailto:melayucyber@yahoogroups.com>>
Sent: Tuesday, September 13, 2011 12:07 AM
Subject: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...


----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::<mailto:rienacom@gmail.com>

Naya hang Anwar.. dah la penjara 6 thn bukan kes liwat pun..atas sbb rasuah..tapi yg tu pun bukti palsu...<http://www.kedahlanie.info/2011/09/naya-hang-anwar-dah-la-penjara-6-thn.html>
Posted by KedahLaNie

[X]

'Bukti dipalsukan pada bicara kes rasuah Anwar'

Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

[X]
Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

"Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

"Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua," katanya dalam surat itu.

[X]
"Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 "Doctor in the House", khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

"Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan," tulisnya lagi.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998.

[X]
"Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran," katanya.




















__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment