Monday, October 3, 2011

RG2011... NGO Wargakilang : Jln-Jln Masuk Kg: Korban


 

 
 
 
Jln-Jln Masuk Kg: KORBAN
Beberapa bulan lepas, waktu dalam kereta nak pi kerja dan kadang-kadang waktu balik kerja, selalu dok dengar iklan pasal Korban; lupa pula syarikat mana tapi kerap benar depa dok iklan ajak orang join depa buat Korban, bukan di Malaysia tapi di Negara luar sana .
 
Sekali tu pula waktu pulang makan kenduri di kampung, bersembang dengan sepupu rapat; kebetulan dia pun cerita bab Korban juga. Dia cerita pengalaman dia pi Kemboja, dia kata kalau ada masa jom lah ikut dia dgn kawan-kawan dia (org2 kuat parti politik kat tempat saya), ajak pi buat Korban di sana . Saya kata, tat pa lah, teringin jugak nak pi, insyaallah kalau ada masa boleh join sekali.
 
Pejam celik pejam celik, sembang bab korban ini, tak lama lagi musim Korban nak mai dah. Waktu dok sembang dengan kwn2 di NGO Wargakilang yang selalu masuk kg dalam-dalam nu dok jumpa rumah tak dak ayaq tak dak letrik, dan tak pasti pulak bila mai musim Korban depa merasa tak daging korban ini, tiba-tiba timbullah idea nak try buat majlis KORBAN ini.
 
Di padang pemikiran saya, saya dok nampak mudah ja: pi habag ja kat kawan2 di kilang kata nak buat Korban, kemudian daging-daging tu kita pakat pi agih ramai-ramai ke rumah-rumah org miskin di kg-kg pedalaman yang pernah kami pi tu, habis cerita!
 
Rupa-rupanya tak semudah tu.
 
Ada kawan habag, kalau kami nak terima wakil KORBAN drpd sahabat-sahabat yang dok di KL mana nu, sedangkan kami dok di Kedah/Penang ni bukan semudah mcm nak buat cucur kodok dalam belanga; kena tau dan kena belajar bab TERIMA WAKIL ini betul-betul; kawan itu kata kalau tak kena gaya , silap-silap ibadah KORBAN itu jadi sia-sia macam itu saja.
 
Laa, betoi ka? Tak kan kot susah sampai tara itu sekali.
 
Lalu, pada malam weekend yang lalu, kami lima orang berlepas ke daerah Sik, Kedah pi jumpa Ustaz Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir; kalau dari Penang hampir 2 jam juga perjalanan.
 
Bila kami ajukan kepada beliau niat kami nak buat KORBAN itu, dan minta beliau cerita sikit bab KORBAN ini, daripada sikit kemudian jadi panjang la pulak Ustaz Ismail bercerita kat kami perihal KORBAN ini.
 
Yang bestnya, beliau bukan takat bercerita, tapi siap bukak KITAB lagi, tak silap saya ada 3 buah KITAB semuanya beliau buka dan baca serta tafsir kat kami. Fuh! Tak sangka lah pula, niat asal cuma nak tau bab cara nak akad jadi wakil ja kemudian dah jadi majlis kuliah lah pulak.
 
Ustaz cerita, ramai orang tak tau hakikat bab KORBAN ini. Dalam Islam memang dituntut sangat-sangat.
 
Ustaz cerita tentang hakikat hidup, Ustaz kata kita ini sedang berkembara dari alam sebelum kita wujud di dunia ini kepada alam yang sedang kita dok ada sekarang ini.
Selepas ini kita akan masuk ke alam Barzah atau pun org Melayu panggil alam Kubur.
 
Selepas alam Kubur, kita akan menempuh Yaumul Ba'ats atau pun Hari Kebangkitan di mana kita semua laki pompuan daripada zaman Nabi Adam hingga ke akhir zaman akan dibangkitkan dari alam Barzah untuk dihitung amal perbuatan kita semasa hidup.
 
Kemudian kita semua akan beralih ke Yaumul Masyar (Alam Masyar), tempat di mana kita semua akan dikumpulkan untuk dilakukan hisab dan menerima penghakiman Tuhan sewaktu Yaumul Hisab (Hari Perhitungan). Dari situ kita akan menempuh alam SIRATUL MUSTAQIM untuk menentukan sama ada kita akan ke Syurga atau pun Neraka.
 
Kata Ustaz, sepanjang perjalanan di alam selepas alam barzah inilah ibadah KORBAN akan dapat membantu kita, seolah-olah menjadi kenderaan tunggangan kita untuk menempuh hari yg tiada lain yg mampu menolong kita melainkan kerja buat amal baik kita sewaktu hidup dahulu.
 
Dikatakan juga bahawa ibadah KORBAN yang ikhlas yg diterima Tuhan akan mampu membawa kita menempuh TITIAN SIRATUL MUSTAQIM ini sepantas kilat sedangkan secara kebiasaannya akan mengambil masa beratus2 atau pun beribu2 tahun.
 
Lalu saya teringat kata-kata orang alim yang mengatakan di akhirat nanti, manusia akan masuk ke Syurga melalui berbagai-bagai pintu; ada yang masuk syurga melalui pintu JIHAD di Sabililah, ada yg masuk melalui pintu HAJI yg mabrur, ada yang masuk melalui pintu PUASA yang sempurna, ada yg masuk melalui pintu SOLAT, ada yg masuk melalui pintu SEDEKAH dll. Rupa-rupanya ibadah KORBAN yang ikhlas ini mampu membantu kita melepasi TITIAN SIRATUL MUSTAQIM untuk terus menuju ke syurga Allah SWT ini.
 
Banyak lagi yang Ustaz cerita kat kami, hampir jam 1 pagi malam tu. Bila masuk bab Terima WAKIL daripada kawan-kawan ini, rupa-rupanya mudah ja, tak sesusah yang org dok perkatakan. Cukup sekadar kawan yang nak buat korban tu cakap kat kami kata dia nak buat korban dan minta kami jadi wakil waktu hari sembelihan itu walaupun beliau sendiri tak boleh hadir.
 
Nak bagi kami puas hati, Ustaz bukak kitab Matlain Badrain, Ustaz baca satu persatu, memang tak susah sangat. Kalau sapa-sapa boleh baca Jawi, boleh baca details kat bawah ini. Insyallah mudah ja.
 
 
Penutup cerita, insyallah pada Hari Raya Korban raya ke-2 nanti, team WARGAKILANG akan berkumpul di Pondok Bandar Hilir, Sik Kedah untuk mengadakan majlis KORBAN dan kenduri AKIKAH. Kita target 10 ke 15 ekoq lembu; dan insyallah daging-dagingnya akan kita agih-agihkan ke kampung-kampung di pedalaman Sik/Baling terutamanya ke rumah keluarga-keluarga miskin yang pernah kami ziarah dalam siri Jln-Jln Masuk Kg kami sebelum ini. Sapa-sapa yang nak join sekali, dialu-alukan.
 
Kami merayu rakan-rakan yang berminat nak turut serta, tak kiralah nak korban ka tidak, minta tolong turun mai bawa pisau golok masing2 untuk sama-sama kita lapah daging2 tu. Kpd yg ada 4WD, dialu-alukan join sekali sebab kita perlukan banyak 4WD nak bawa daging2 tu ke kampung2 di pedalaman sana tu.
 
Mudah-mudahan dgn kerja buat kita yg tak seberapa ini, bukan setakat pahala yg kita cari, tapi insyaallah ada saudara-saudara seagama kita yg akan tumpang sama bergembira di Hari Raya Korban nanti mendapat habuan mereka masing-masing. Mungkin sebelum ini ada yang tak dapat merasa, wallah hu aklam.
 
Kalau siapa-siapa yang nak pi Kemboja, Somalia mana tu, boleh pi haih, tak salah haih, depa pun saudara seagama dengan kita juga, tapi kalau yang tak mampu nak pi sana, mai lah join kami di Malaysia ini. Sini pun ramai orang miskin.
 
Sila hubungi coordinator dibawah:
 sdra Shukri/ Wahab at ees_herbs@yahoo.com
 
Sekian
moniermatdin@yahoo.com
4.10.11
 
 



No comments:

Post a Comment