Sunday, October 16, 2011

Re: RG2011... Maksiat di persisiran Sungai Melaka, Majlis Agama Islam Melaka buat apa?

 
Melaka ni ada sekolah asrama penuh untuk ibu2 & anak2 zina..
 
 
From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 8 March 2011 8:37 AM
Subject: RG2011... Maksiat di persisiran Sungai Melaka, Majlis Agama Islam Melaka buat apa?

Maksiat di persisiran Sungai Melaka, Majlis Agama Islam Melaka buat apa?(Updated)

by MAHAGURU58

Sekiranya anda ke kawasan tebing Sungai Melaka dan bersiar siar disana bersama pasangan anda atau dengan ahli keluarga, maka hendaklah anda berwaspada akan pasangan belangkas yang selalunya terdiri dari pasangan muda Melayu yang akan menurut tabiat belangkas didalam ertikata sebenarnya dikawasan laluan pejalan kaki disana!




Saya hairan akan sikap pasangan remaja Melayu yang semberono sahaja berlaku sumbang walaupun dikhalayak awam!
Sebaik lalu dikawasan tebing sungai Melaka itu yang disediakan tempat duduk untuk orang orang awam, saya terdengar pulak perbincangan diantara pelacur pelacur dengan bakal pelanggan masing masing yang dengan selamba menawar harga 'perkhidmatan' masing masing. Mereka tak segan silu bercakap dengan suara yang jelas kedengaran pada orang awam dan para pelancung yang berlalu lalang disana.

Saya ingin bertanya apakah pihak Majlis Agama Islam Melaka tidak memantau kawasan ini?

Jika tidak atau belum lagi, maka ini saya sarankan supaya pihak penguatkuasa MAIM menjalankan siasatan berkenaan gejala maksiat ini dengan segera.

Sayang seribu kali sayang, Melaka Bandaraya Bersejarah kini dicemari dengan perlakuan sumbang oleh pasangan remaja Melayu dan ditambah pula dengan kemaksiatan para pelacur secara terbuka dikawasan pelancungan ini.

Saya harap ada pihak yang berkenaan mengambil perhatian dan tindakan segera mengenai maksiat ini.
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.



No comments:

Post a Comment