Wednesday, October 5, 2011

Re: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci

 

jangan risau, bukan Tuan aje..ribuan jemaah lain macam tu..yang pakej pun sama

nak susun macam mana..tak ada kapal terbang..
bukan macam sewa bas..bila kompom flight..barulah boleh susun jadual..
hi hi hi macam pegawai tabung  aji aje...hi hi hi 

2011/10/5 zulin zz <zulin_zz@yahoo.com>
 

Assalamualaikum,

Masalah ini serupa yang dialami oleh ibu saya, padahal beliau adalah jemaah terpilih. mengikut rekod buku simpanan tabung haji telah menolak kos yg sepatutyer. Ape yg dirisaukan ialah tidak sempat bersedia jika notis yg diberikan suntuk. Harap pengurusan tabung haji mengkaji sistem yg sedia ada dan menambahbaik bukannyer menambahsusah bakal-bakal haji, terutama bakal2 haji yg susah.
 
regards,
 anak bakal haji
ina


From: latifah <latifah@whb.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, October 5, 2011 10:51 AM
Subject: RE: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci

 
Dari pengalaman saya pula, kelulusan masih datang dari LUTH, jika LUTH tidak membenarkan maka terhalang juga, Pakej hanya urusakan pemergian saja, kelulusan penerbangan semua datang dari LUTH.
 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto: respeks_group@yahoogroups.com ] On Behalf Of usamah muhammad zaid
Sent: Wednesday, October 05, 2011 9:07 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci
 
 
Salam,
Utk pengetahun Tuan/Puan, apabila anda melalui pakej haji secara swasta amat berbeza dengan sistem Tabung Haji. Pakej swasta langsung tiada kene mengena dgn urusan Tabung Haji. Kalau pihak Tuan/Puan ingin segera menunaikan haji tanpa menunggu giliran yang agak lama, berdaftar dengan pakej swasta. 
Tidak hairan jikalau kita baca dalam media cetak, ade yg mendaftar dari muda, akhirnya setelah bergelar warga emas baru dapat pergi menunaikan haji. 
Apa2 pun, jikalau anda tetamu Allah, Allah akan membantu Hamba2Nya untuk kesana. Banyakkan bersabar...
Salam.
 

 
Apafasal dalam tahun ini ada bakal jemaah haji yang masih tidak mendapat tarikh penerbangan lagi ? Biasanya pada tahun-tahun yang lalu jadual penerbangan dikeluarkan serentak dari penerbangan pertama hingga penerbangan terakhir iaitu sebelun amali perdana.. Apa masalah Th tahun ni eh ?
 

From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com ; mahligai@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com; uitm-melaka@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, October 4, 2011 12:28 PM
Subject: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci
 
Jamaah Muassasah
   
Saya telah menerima tawaran untuk mengerjakan haji pada musim ini sejak 18 Februari 2011 lagi. Dalam borang jawapan, kami beritahu, mahu pergi awal. Ketika itu pihak Tabung Haji berkata, tarikh menunaikan haji akan diberitahu bulan Ramadhan.

Alhamdulillah syukur. Selepas sembilan tahun mendaftar dan menunggu, akhirnya hasrat untuk menunaikan haji tercapai. Tahun lalu, usaha sudah dibuat namun masuk ke senarai menunggu sahaja.

Namun, apabila bulan Ramadhan hampir habis, tarikh menunaikan fardhu haji tidak juga saya perolehi. Ketika ditanya, kami dimaklumkan, tarikh akan diberikan seminggu selepas raya Aidil Fitri pula.

Kini, bulan Syawal sudah berlalu. Pada 29 September lalu, kumpulan pertama jamaah Haji Malaysia sudah berlepas ke tanah suci. Sayu benar rasa hati apabila melihat jamaah haji Malaysia disambut meriah di Madinah.

Sayu rasa hati, bilakah pula tarikh kami akan berlepas ke tanah suci diperolehi. Berdasarkan nasihat Tabung Haji, hampir setiap hari saya akan menelefon Pusat Perhubungan Tabung Haji. Suami juga begitu. Namun jawapan yang diterima adalah, "Tarikh penerbangan ke tanah suci puan belum ada lagi."

Ketika kami bersedih itu, kami juga tumpang gembira, ramai yang akan ke Mekah tahun ini. Dari 24,000 kouta, ditambah 2,000 lagi menjadi 26,000. Pelbagai jenis kumpulan orang ditawarkan ke Mekah.

Ada kumpulan imam dan bilal, ada kumpulan JKKK bahkan ada yang mendapat tawaran dari 1MDC. Kouta untuk wakil-wakil rakyat BN pun ada apatah lagi kouta pak-pak menteri.

Jiran kami suami isteri, baru tahun lepas mendaftar. Namun kerana mereka mampu dan pergi dengan pakej, pada tahun ini mereka sudah dapat ke tanah suci. Bukan itu sahaja, mereka boleh pilih pula tarikh ke sana . Mahu 5, 8 atau 15 Oktober.

Sepasang rakan joging kami juga begitu. Apabila mendengar kami akan ke Mekah tahun ini, mereka berkata, "Alhamdulillah. Kami ni baru daftar tahun lepas. Bila lah pula giliran kami ye."

Tup-tup, Ahad lepas mereka menjemput kami datang ke rumahnya. Kenduri doa selamat untuk ke Mekah. Mereka mendapat tempat ke tanah suci tahun ini walaupun baru tahun lepas mendaftar.

Mereka berdua juga mempunyai nasib yang baik. Mereka diberikan  tiga tarikh untuk dipilih oleh pengelola haji swasta yang mereka sertai.

Alhamdulillah kami kata. Mereka dapat pergi ke tanah suci walaupun baru tahun lepas mendaftar. Namun di hati kecil kami tertanya-tanya, bagaimana dengan kami ini.

Sudahlah mendaftar 9 tahun yang lalu dan susah untuk mendapat tempat. Setelah mendapat tempat, susah pula untuk mendapat pengesahan tarikh ke sana .

Kami teringat, inilah juga masalah yang dihadapi oleh mereka yang kurang berkemampuan untuk ke tanah suci. Ia sudah semacam diperniagakan. Mereka yang kaya dan banyak duit, semua boleh dan mudah pula. Pergi sahaja dengan pakej.

Bagi orang kampung yang kurang duit dan mengumpul duit sedikit demi sedikit, susah mendapat tempat kalau sudah cukup duitpun. Kalau sudah mendapat tempat susah juga mendapat tarikhnya.

Sekarang ini, rasanya mahu berkurung dalam rumah sahaja. Tidak mahu jumpa orang. Kalau jumpa, orang akan tanya, "dah dapat tarikh? Bila nak berangkat" dan macam-macam soalan lagi.

Tidak keluar rumah pun tak selesai masalah juga. Telefon pula berdering. Adik beradik dan saudara mara di kampung pula telefon. "Bila nak bertolak, bila nak buat kenduri" dan macam-macam lagi.

Mungkin orang yang tidak merasa tidak tahu perasaan orang yang sedang dalam dilema ini. Bila tarikh tak dapat, bagaimana kita nak rancang cuti, macamana nak hantar anak ke kampung, kawan-kawan pula tanya, bila nak buat kenduri dan sebagainya.

Akhirnya memujuklah hati. Teringat kata-kata ustaz yang memberikan kuliah ketika menyertai kursus haji. Kita ini nak menjadi tetamu Allah, jadi berserahlah kepada Allah. Banyakkan bersabar. Kalau kita tak dapat, apa nak buat, Allah tak izinkan lagi untuk kita bertamu ke rumahnya.

Mungkin bagi bakal jamaah haji itulah yang mereka buat.... bersabarrrr. Tetapi apabila menonton TV yang memuji pengurusan Tabung Haji, kononnya yang terbaik di dunia, terasa juga cuaknya.

Pendek kata menunggu ini dilema. Harap-harap Tabung Haji selesaikan segera masalah ini... nanti kalau diketahui orang luar, mana nak letak nama baik kita itu.
 
Jamaah Muassasah,
Kuala Lumpur .


--
 
 
 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment