Wednesday, October 5, 2011

RG2011... Tingkatkan pembacaan untuk memahirkan diri dalam komunikasi bahasa Inggeris

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk mahir dalam masa yang singkat, anda kena banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris mengikut minat anda. Kalau anda tanya apa rahsia saya yang membolehkan saya mahir dalam bahasa Inggeris ialah saya boleh dikatakan setiap hari membaca akhbar bahasa Inggeris semenjak tahun 1983 lagi semasa saya di dalam tingkatan 4 lagi! Kenapa membaca banyak membantu saya? Dengan membaca anda akan:-

1. Lihat dan serap struktur-struktur ayat bahasa Inggeris.

2. Tingkatkan kosa kata bahasa Inggeris anda.

3. Serap ejaan perkataan-perkataan bahasa Inggeris.

4. Berfikir dalam bahasa Inggeris.

5. Meningkatkan pengetahuan am anda yang dapat membantu anda dalam membuat karangan bahasa Inggeris untuk apa saja peperiksaan seperti UPSR,PMR,SPM, MUET dan juga untuk TOEFL dan IELTS.

6. Melihat kala kata kerja (verb tenses) yang perlu digunakan mengikut kesesuaian masa dan situasi.

Pastikan anda konsisten dan anda perlu membaca setiap hari dan bukannya mengikut mood anda. Jika anda perhatikan, mereka yang fasih dalam bahasa Inggeris, pembacaan bahasa Inggeris ialah sebahagian dari kehidupan harian mereka dan bukannya sekadar hobi.Tiada alasan untuk tidak mahir dalam bahasa Inggeris kerana jalan penyelesaiannya tidaklah sesukar mana. Bak kata pepatah Melayu, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" atau pepatah bahasa Inggeris juga ada mengatakan, "When there is a will, there is a way" yang sama dengan pepatah kita iaitu Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris akan di jalankan pada 8hb dan 9hb Oktober ini di Sunway. Modul 1 cuma dua hari sahaja.Tak perlu datang banyak2 kali.

Cikgu Yusoff
cikgutuition di yahoo dot com

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment