Saturday, October 15, 2011

Re: RG2011... PROGRAM NURANI RAKYAT SELANGOR SERLAHKAN KEYAKINAN TERHADAP BN

Ehhhh! Ruponya program seluruh selangor gitu.... aku pun dapat jemputan oleh UMNO/Puteri Sepang... bila aku tanya apa boleh dapat kalau pergi... Jawapan dia RM100 dan saguhati lain... mak oiii.... dpat RM100 tu rugi tak pergi... pasti saguhati baju, bendera, tuala,,,,
 
Bila aku sms balik, setakat RM100 tak cukup untuk aku hidup setahun, alang-alang nak bagi RM100,000 setahun baru boleh bagi undi...
 
Ni tak lepas tu, dapat RM100 lepas pilihan raya dapat cukai naik, harga naik... cukai perkhidmatan kerajaan untuk telekomunikasi pun dah naik 6%. Sat gi, cukai perkhidmatan buang air besar naik 6%, cukai entah apa-apa lagi... barang naik harga lain cerita... ni dengar-dengar TNB dah tak dak gas, sikit lagi naiklah tarif elektrik...
 
Minta ampun dan tobat lahum dah  nak undi UMNO.... sory and get loss...

From: Juraiza Abdul Aziz <juraiza@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, October 15, 2011 7:45 PM
Subject: Re: RG2011... PROGRAM NURANI RAKYAT SELANGOR SERLAHKAN KEYAKINAN TERHADAP BN

 
hahaha...yelah..air nanti mesti kena bayar balik kan:). kalau gula naik, kurangkan gula, jaga kesihatan, kalau minyak naik, pergi tukau pakai tong gas tu, memang jimat giler!!, kalau letrik naik boleh tukar single phase ke triple phase kan (walaupun kena kuar duit ribu2)..at least ada solution la juga..air naik? nanti disuruh pakai air perigi:P tak pun gi tadah air bukit kat Puncak Alam sana dan yang paling best tadah air hujan untuk jimatkan kos....memang prihatin sungguh:)..kena bersyukur dengan apa yang ada..hahaha

2011/10/15 mohd fauzi ge <ge_9558@yahoo.com.my>
 
ala yang mai ramai2 tu sebab bagi duit sediakan bas free...ada konsert ramai la mai tgk hu2...

From: "anis1222@yahoo.com" <anis1222@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, 15 October 2011 2:05 AM

Subject: Re: RG2011... PROGRAM NURANI RAKYAT SELANGOR SERLAHKAN KEYAKINAN TERHADAP BN

 
Ntah dah best tak yah bayar bil air tukar BN kena bayar pulak dh le brg mahal sy tak nak byr bil air. Sapa nk byr duit air angkat tangan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
From: nazarul am <zarul_76@yahoo.com>
Date: Mon, 10 Oct 2011 12:25:08 -0700 (PDT)
Subject: Re: RG2011... PROGRAM NURANI RAKYAT SELANGOR SERLAHKAN KEYAKINAN TERHADAP BN

 
tak terserlah pun bg aku..kalu Bn amik balik rugi laa aku....air kena bayo balik beb.......oleh itu PR perlu kekal memerintah....

From: junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com>
To: Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>; respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>; chainz_of_frenz@yahoogroups.com
Sent: Monday, October 10, 2011 12:13 AM
Subject: RG2011... PROGRAM NURANI RAKYAT SELANGOR SERLAHKAN KEYAKINAN TERHADAP BN

 

Program Nurani Rakyat Selangor Serlahkan Keyakinan Terhadap BN

Posted by Sahabat-Gunung on 9:16 PM in slider, tuju |

Lawatan sehari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi program Nurani Rakyat ke Selangor seolah-olah memberi keyakinan kepada rakyat negeri itu untuk melakukan perubahan kelak.
Bermula di kawasan Menteri Besar di Ijok, Najib seterusnya ke DUN Kuang, kemudiannya ke Rawang dan menamatkan program bertemu rakyat di Gombak.
Hasil penelitian terhadap program sehari itu ianya menyerlahkan bagaimana keyakinan rakyat Selangor terhadap BN walaupun ianya bukan ukuran sebenar.
Tetapi sekurang-kurangnya kehadiran ribuan rakyat pelbagai bangsa itu menunjukkan rakyat Selangor mahukan perubahan.
Dan melihat pula kepada reaksi Datuk Seri Najib, ianya amat menggembirakan apabila berucap dengan penuh semangat ketika di Gombak sambil mengucapkan terima kasih terhadap sambutan yang diberikan itu.
"Sambutan meriah bermula di Ladang Tuan Mee, DUN Ijok yang merupakan kawasan MB Selangor….eloklah saya lawat kawasan MB dulu..kita tawan kawasan Ijok dan seluruh Selangor untuk pastikan BN kembali memerintah.
"Selain sambutan yang meriah, kadangkala mereka salam tak mahu lepas pun ada….dan ada yang ucapkan terima kasih Datuk Seri atas pembentangan bajet semalam..mereka ucapkan terima kasih kepada kerajaan. Ini adalah tanda penghargaan daripada rakyat. Saya amat terharu," katanya.
Dengan laungan "Yakini BN, Sayangi Selangor" penduduk yang menghadiri program nurani itu rata-rata kelihatan cukup bersedia untuk melakukan perubahan di Selangor pada pilihan raya umum nanti.
Dan ianya sudah pasti membuatkan kerajaan negeri pimpinan Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim tidak dapat tidur lena selepas ini.
Tidak mustahil mereka akan melakukan pelbagai cerita dan pelbagai skrip drama dalam usaha menenggelamkan arus kebangkitan rakyat itu.
Mereka perlu ingat rakyat adalah hakim dan segala janji yang tidak ditunaikan hingga ke hari ini bakal menjerat leher mereka sendiri.
Bak kata Datuk Seri Najib dalam ucapannya di Gombak, BN tunai janji manakala pembangkang hanya sekadar jual janji sambil mengingatkan kembali segala tawaran yang dibuat oleh pembangkang pada pilihan raya umum lalu khususnya di Selangor yang kini tinggal kenangan.







--
Juraiza aka Nomie


No comments:

Post a Comment