Saturday, October 15, 2011

Re: RG2011... Terbukti SPR Penipu

 

mengapa selalu jadi rakyat yg ditipu oleh umno,parti yg memperjuangkan bangsa semata-mata,cuba anda fikir dan tafsir sendiri apa itu UMNO


From: Mohd Halim <mohalim@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, October 15, 2011 9:50 PM
Subject: Re: RG2011... Terbukti SPR Penipu

Tugas SPR ialah memperoses permohonan rakyat Malaysia untuk menjadi pengundi jika ada permohonan.  Rakyat asing yang sudah lama tinggal di negara ini layak memohon menjadi rakyat Malaysia. Yang mempertimbangkan permohononan untuk jadi rakyat Melaysia bukan SPR tetapi satu jabatan lain iaitu pendaftaran negara. Jadi SPR tidak menipu sebab orang yang sudah menjadi rakyat Melaysia berhak memohon untuk menjadi pengundi


From: abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, October 15, 2011 7:38 AM
Subject: Re: RG2011... Terbukti SPR Penipu

Dari dulu, kini dan selamanya..

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, October 14, 2011 11:55 PM
Subject: RG2011... Terbukti SPR Penipu

 
----- Original Message -----

TAHNIAH..DARI TAHUN 2000 ~ 2010 SERAMAI 50k WARGA ASING jadi WARGANEGARA MALAYSIA...

 

 

Terbukti SPR Penipu: Kini Mengakui 40,000 Nama Di Daftar Pengundi Meragukan

Posted by greenboc
 
SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan'

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

"Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

"Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini.

Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.

Mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, beliau berkata proses itu akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ini kerana SPR memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk berbuat demikian, katanya.

Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, Abdul Aziz berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu terutama negeri-negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri yang angkanya genap.

"Kita hendak menukarkan DUN yang mempunyai jumlah kerusi genap kepada ganjil bagi mengelak kemungkinan berlakunya situasi kemenangan 50-50," katanya.

Abdul Aziz berkata mengikut ramalan SPR, PRU ke-13 akan menjadi lebih mencabar berdasarkan kepada senario politik semasa.

"Parti kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya pertahan kuasa mereka dan parti pembangkang pula akan berusaha sedaya upaya ambil alih pucuk pimpinan negeri ataupun negara. Dalam dua pertembungan ini, kita ramalkan PRU ke-13 akan jalan rancak dan sengit," katanya.

Mengenai taklimat hari ini, Abdul Aziz berkata ia bertujuan memberi penerangan awal kepada pegawai pengurus dan penolong mereka tentang tugasan dan tanggungjawab mereka sewaktu menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.

Taklimat hari ini, yang pertama seumpamanya adalah bagi negeri Selangor. Ia akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata taklimat itu adalah hanya untuk melatih petugas SPR agar sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan tidak semestinya bermakna "PRU ke-13 terlalu hampir".

Katanya SPR memerlukan sekurang-kurangnya 160,000 petugas untuk pilihan raya umum ke-13 nanti berbanding 150,000 pada pilihan raya umum lalu. - Bernama

820,156 pemilih baru tahun lalu, naik tiga kali banding 2009

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Bilangan pengundi baru yang didaftarkan sepanjang tahun lalu telah meningkat tiga kali ganda berbanding jumlah direkodkan pada 2009, antara lain dipercayai didorong oleh spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dan peranan aktif parti-parti politik.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima seramai 820,156 orang sebagai pemilih baru tahun lalu berbanding hanya 276,621 tahun sebelum itu.

Angka lebih 800,000 itu menyamai persekitaran ketika 1999.

Dalam jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dari DAP bahawa jumlah permohonan pendaftaran baru berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.

Selain itu katanya, ia juga berkait dengan sentimen keadaan politik semasa.

"Berdasarkan trend, jumlah permohonan adalah rendah dalam tempoh selepas berakhirnya pilihan raya umum dan akan berlakunya peningkatan yang ketara dalam jumlah permohonan apabila masyarakat umum menjangkakan tarikh pilihan raya sudah semakin hampir," katanya dipetik Harakahdaily hari ini.

Sebelum ini The Malaysian Insider ada melaporkan bahawa pendaftaran bagi setiap suku sepanjang setahun lalu telah mengalami peningkatan drastik berbanding tempoh satu tahun selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Masih ada lebih tiga juta orang belum mendaftar sebagai pengundi.

Menjawab soalan Liew mengenai bilangan pegawai SPR yang ditugaskan di seluruh negara untuk memproses pendaftaran pemilih baru, beliau memberitahu bahawa SPR mempunyai 132 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat secara tetap.

Di samping itu, sehingga Ogos lalu, SPR melantik seramai 10,865 Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang terdiri daripada 2,845 wakil parti politik, 3,992 wakil jabatan dan 779 wakil pertubuhan.

Mereka membantu SPR menerima permohonan pendaftaran baru dan pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.

"Pelantikan ini adalah bagi tempoh tertentu dan penamatan boleh dilakukan pada pada bila-bila masa bergantung pada syarat-syarat yang ditetapkan SPR," katanya.

Sementara itu, peruntukan yang ditetapkan untuk tujuan pendaftaran pemilih berjumlah RM500,000.
-TMI


Laporan sebelum ini


Ulasan GB

Bukankah pendusta dan penipu namanya tu apabila baru sekarang membuat pengakuan yang 40,000 nama di dalam daftar pengundi adalah meragukan?

Sedangkan sebelum ini beliau sendiri yang membuat kenyataan bahawa kesilapan SPR hanyalah 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta pengundi?

Justeru itu kita merasakan bahawa keseluruhan SPR ini perlu disiasat. Tiada satu pun perkataan mereka boleh dipakai kerana sekali lencong keujian, seumur hidup tidak boleh dipercayai.

GB yakin angkanya melebihi 40,000. Malah mungkin melebihi 400,000. Maka sebab itu SPR kini sedia untuk menghapuskan 40,000 nama berkenaan kerana daftar pemilih itu masih belum dibersihkan sepenuhnya.

Bersihkan daftar pemilih, malah bersihkan SPR sebelum pilihanraya umum ke 13 dipanggil!
 
 
 






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment