Wednesday, October 19, 2011

Re: RG2011... Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud

 

kesian dgn pandangn yg menentang & byk alasan tolak hukum Allah..
klo dia bkn Islam, bleh la dterima krn kekurgn ilmu Islamnye,
Tp klo orangnye Islam...sy btol bleh mengucap 2 kalimah syahadah pastu
bleh sebut Astaghfirullahalazim & Innalillah...
Kesiannn..
Semoga kita semua msh diberi kesempatan utk diberi hidayahNYA..

On 10/19/11, madi asmadi <asmadi_munawar@yahoo.com> wrote:
> Betul tu nak seribu daya x nak  seribu dalih. Hukum Allah ni di bawa kemana
> sahaja x kira negara besar atau kecil. Arab Saudi tu besar pe jalankan hukum
> Allah gak. nak komen tu jangan pandang Malaysia je. pandanglah negara yang
> lebih besar dari kita.
>
>
>
> ________________________________
> From: mz ma <kba8803@yahoo.com.my>
> To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
> Sent: Tuesday, October 18, 2011 8:19 PM
> Subject: Re: RG2011... Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud
>
>
> betul tu....hendak seribu daya...x hendak seribu dalih.....islam tu sesuai
> sepanjang zaman...dan dimana2 juga....
> kalau kita menafikannya seolah2 menafikan firman ALLAH....
>
>
> ________________________________
> From: suhaili sahari <surosab161@yahoo.com>
> To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
> Sent: Monday, 17 October 2011 11:20 PM
> Subject: Re: RG2011... Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud
>
>
>
>
>
> Tak betul tu saudara. Hukum Allah swt dan rasulnya sesuai utk bila bila
> masa, zaman dan islam tu dah sempurna. Tak boleh nak tambah atau kurang. Tak
> kira negara mana walaupun penduduk islam majority atau minority hukum agama
> Allah swt dan rasulnya tetap boleh dilaksanakan. Kita kepunyaannya dan dia
> tahu yg paling baik utk kita.
>
> ________________________________
> From: Mohd Halim <mohalim@yahoo.com>
> To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>;
> zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
> Sent: Saturday, October 15, 2011 9:40 PM
> Subject: Re: RG2011... Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud
>
>
> Negara Brunai boleh lakukan kerana negara tersebut diperintah oleh seorang
> Raja Islam bukan raja berpelembagaan seperti di Malaysia dimana di negara
> tersebut sangat kecil (1/10 dari saiz Sarawak) dan terdiri daripada 99%
> orang Melayu berugama Islam. Tiada pembangkang dalam negara Brunai.
>
>
> ________________________________
> From:
> To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
> Sent: Saturday, October 15, 2011 4:39 AM
> Subject: RG2011... Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud
>
>
>
> ----- Original Message -----
> From: ::-eSpAcE 9808-::
>
> Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud
> Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
>
>
> Ucapan Sultan
> Brunei yang mahu Undang2 Syariah Islam yang didalamnya termasuk Hudud
> dilaksanakan di negara itu.
>
> Brunei yang merdeka pada 1984 ( 17 thn )
> sudah bersedia untuk melaksanakan sepenuhnya undang2 Allah.Adakah Malaysia
> yang
> sudah merdeka selama 54 tahun masih belum bersedia melaksanakan Hudud ???
> Tidak
> ...Umno memang tidak mahu hukum ini dilaksanakan.
>
> Memetik Ucapan Tuanku
> Sultan Brunei " Siapakah kita dihadapan Allah untuk mengatakan tidak atau
> tunggu
> dulu sedangkan undang2 ini bukanlah baru digubal,tetapi telah termaktub
> didalam
> Al quran dan Al Hadis semenjak dari 1400 tahun lebih "...sayu,sebak pun
> ada.
>
> Bertuahlah rakyat Brunei yang dikurniakan pemimpin yang benar2
> takutkan Allah,takbirrrr !!! Allahuakbar !!!
>
> Hudud: Malaysia patut contohi Brunei
> Posted by TINTA HIJAU DARI
> KAKI BUKIT
>
>
>
> KUALA LUMPUR, 14
> Okt: Muslimat PAS menyokong penuh titah Sultan Brunei agar pemerintah
> negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan
> segera,serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.
> Ketuanya, Siti Zailah Mohd
> Yusof sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Brunei berkata, negara-negara
> Islam yang lain khususnya Malaysia seharusnya mencontohi Sultan Brunei yang
> prihatin terhadap tuntutan Islam.
> "Saya bagi pihak Dewan
> Muslimat mengucapkan syabas di atas kesungguhan dan ketegasan Sultan Brunei
> dan
> ia seharusnya dicontohi oleh Raja-Raja yang lain," katanya ketika dihubungi
> Harakahdaily hari ini.
> Kelmarin, Sultan Brunei yang
> bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di negaranya berkata, perlaksanaan
> undang-undang Islam tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan
> untuk melaksanakannya sudah ada.
> Akta Jenayah Islam jika
> difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan
> dicipta
> oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.
> Siti Zailah turut berkata,
> sekiranya sesebuah negara Islam itu berjaya melaksanakan undang-undang Islam
> dalam negaranya, ia dengan sedirinya akan memartabatkan golongan istana
> kerana
> Sultan merupakan ketua agama Islam.
> "Sekiranya terlaksananya
> undang-undang syariah ini ,ia sebenarnya akan memartabatkan lagi kedaulatan
> Raja-Raja yang menerima mandat yang besar ini," kata beliau yang juga Ahli
> Parlimen Rantau Panjang.
> Undang-undang syariah
> pelihara wanita
> Sementara itu, menurut Siti
> Zailah juga, umat Islam khusunya golongan wanita tidak seharusnya ragu-ragu
> dengan pelaksanaan undang-undang Islam kerana ianya adil kepada
> semua.
> Katanya, melihat kepada
> kejadian jenayah yang kebanyakannya melibatkan wanita, dan seolah-olah tidak
> terbendung lagi, amat sesuai jika undang-undang Islam dilaksanakan ketika
> ini.
> "Undang-undang Islam ini adil
> dan memelihara maruah wanita itu sendiri.
> "Selama ini kita melihat
> ekspolitasi terhadap maruah wanita, dan purata dalam sehari 10 wanita
> dirogol
> dan kes-kes yang melibatkan rompakan, ragut, simbah asid, kebanyakan
> mangsanya
> ialah wanita.
> "Dengan adanya undang-undang
> Islam akan menimbulkan rasa gerun orang untuk melakukan kejahatan," katanya
> sambil berkata skop Mahkamah Syariah di negara ini sangat kecil iaitu
> merangkumi
> hal-hal kekeluargaan dan rumah tangga sahaja.
> Di samping itu katanya, orang
> bukan Islam akan turut berasa selamat dengan keadilan undang-undang syariah
> ini.
> "Secara kasar, golongan bukan
> Islam banyak memiliki harta kekayaan jadi dengan adanya undnag-undang
> syariah
> yang dapat membendung kejadian curi dan rompak, mereka rasa selamat dalam
> menjaga harta benda," katanya.Hrkh
>
> HUDUD - indahnya pemimpin mereka dengan surat habaq
> mereka...
> Posted by KedahLaNie

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment