Wednesday, October 19, 2011

답장: RG2011... Pas disaran usul hudud ke parlimen

 

dalam kitab Al jingga tu la yang najib duk sujud. satu2 persatu najib beriman dengan kitab al jingga. betul kan.
 
kalau kita pergi ke rumah orang, adakah kita yang jadi tuan rumah tu?? adakah kita sebagai tetamu yang akan ajak tuan rumah makan dirumahnya sendiri??
 
bodoh apa la DR puad ni. yang bawa cerita ni pun satu dol dengan Dr puad. dah kita ni kerajaan yang ada kuasa dan duk dabik dada setuju dengan hudud. pehal pulak duk suruh orang yang takde kuasa usulkan.
 
tak ke bodoh namanya tu.
 
kita pergi rumah orang, kita suruh tuan rumah tu masuk. sedangkan tuan rumah tu duk dalam rumah. tak ke gila. sepatutnya tuan rumah tu yang ajak tetamu masuk.

--- 11/10/19 (수)에 Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
제목: RG2011... Pas disaran usul hudud ke parlimen
받는 사람: "Kelakar" <Kelakar@yahoogroups.com>, "respeks_group" <respeks_group@yahoogroups.com>, penawarku@yahoogroups.com, chainz_of_frenz@yahoogroups.com
날짜: 2011년 10월 19일 (수요일) 오전 1:47

 
Pas dicabar bawa hudud ke Parlimen

BATU PAHAT – Pas dicabar membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan ke Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau ingin melihat reaksi sekutu kuat Pas, iaitu DAP dan PKR, seandainya Pas membawa isu itu ke Parlimen.

"Pemimpin Pas perlu buktikan mereka bukan berani cakap saja. Mereka sebenarnya takut dengan DAP, PKR. Sebab itu mereka tidak berani bawa usul itu ke Parlimen, sebaliknya salahkan Kerajaan Pusat sebagai penghalang," katanya.

Mohd Puad berkata, Pas juga tidak bersikap realistik dan hanya menggunakan hudud untuk kepentingan politik sehingga sanggup menolak saranan diwujudkan Akta Murtad yang lebih mudah untuk dilaksanakan.

"Saya hendak tengok DAP dan PKR sokong atau tidak. Pas perlu menilai diri sendiri, baru boleh bercakap kerana bukan mudah melaksanakan hudud.

"Jangan hanya cakap Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang. Kalau berani, bawalah ke Parlimen. Jangan hanya menyalahkan orang sana sini sampai Akta Murtad yang lebih mudah untuk diwujudkan terutama di Kelantan, dia tak hendak buat," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan masjid baru bagi menggantikan Masjid Jamek Parit Bilal, semalam

Mohd Puad berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membayangkan Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah terkandung dalam hudud menunjukkan parti itu tidak bersikap positif dengan sebarang langkah tidak memberi faedah politik kepada Pas.

Menurutnya, Akta Murtad perlu dilaksanakan bagi menangani gejala murtad dalam kalangan umat Islam yang semakin membimbangkan, terutamanya yang membabitkan golongan muda.

"Sebenarnya perkara ini (murtad) bukan sesuatu yang baru kerana dalam Perlembagaan sudah pun disebut cukup jelas. Oleh itu, Akta Murtad ini penting untuk menjaga akidah umat Islam," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment