Saturday, December 31, 2011

RG2011... Jawapan Gardenia Terhadap Tohmahan di Internet atau Massimo Diserang ?

 


http://www.shahabudeenjalil.com/wp-content/uploads/2011/12/gardenia-logo-940x198.jpg
http://www.shahabudeenjalil.com/wp-content/uploads/2011/12/boikot-gardenia.jpg

Segalanya mula diketahui oleh orang ramai apabila satu artikel disiarkan di laman website PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang mendakwa Cina Boikot Melayu baru-baru ini.

Ini adalah jawapan dari Gardenia yang nampak lemah dan terlalu UMUM. Siapa yang dimaksudkan pun tidak diketahui ? Apa isunya ? Orang yang baru mengikuti isu ini pasti akan menjadi lebih keliru. Mungkin juga ini satu publicity stunt. Publicity stunt adalah sesuatu tindakan yang dibuat dengan sengaja untuk menarik perhatian orang ramai. Ia boleh jadi dengan cara negatif atau positif. Yang peting, orang memberi perhatian dan jualan akan meningkat.

Dalam artikel Cina Boikot Melayu itu tadi, PPIM seperti biasa mendakwa tanpa sebarang bukti yang kuat bahawa orang Cina mula untuk memboikot roti Melayu iaitu roti Gardenia . Bukti yang ada hanyalah screenshot Facebook seseorang individu. Jika nak digunakan itu sebagai bukti, pelbagai lagi dakwaan yang dibuat di facebook.

Saya tahu sedikit sebanyak mengenai kisah antara Gardenia dan PPIM ini. Tujuan saya menulis ini adalah kerana saya merasakan adalah tidak adil untuk sebarang syarikat yang dijatuhkan dengan bukti yang tidak cukup oleh sesiapa yang tidak berautoriti.

PPIM dan Gardenia telah lama berkerjasama untuk kebaikan dan untuk menyerang musuh Gardenia. Ini semua bermula pada tahun 2002 apabila dalam kempen boikot barangan Amerika, PPIM pada waktu itu telah meletakkan Gardenia sebagai salah satu barangan yang perlu diboikot. Alasan mereka adalah Gardenia dibungkus dengan jalur bendera Amerika Syarikat. (cuba tengok bungkusan plastik roti Gardenia, anda akan memahaminya).

Selepas itu Gardenia menghubungi PPIM dan menerangkan bahawa Gardenia ini mempunyai pegangan saham syarikat Muslim Bumiputera seperti Bernas. Dan Gardenia bukan syarikat milik Amerika Syarikat. Perhubungan mereka terjalin dan pihak PPIM pula menerima penajaan daripada pihak Gardenia. Banyak program-program yang baik PPIM yang ditaja oleh Gardenia. Saya tidak tahu niat Gardenia pada waktu itu. Mungkin ada udang di sebalik batu, mungkin tidak.

Setelah Gardenia dan PPIM mula menjadi semakin rapat. Pakatan ini digunakan oleh PPIM untuk mendapatkan penajaan daripada Gardenia, manakala Gardenia pula menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan PPIM menyerang saingannya.

Maka bermulalah episod penyebaran berita bahawa roti High5 mengandungi lemak babi dari Jerman (ada yang mengatakan dari Israel). Setelah tersebar ke internet, berita ini merebak bagaikan api yang ditiup oleh angin ribut di internet. Sudah tentu jualan syarikat High5 akan jatuh merudum. Masyarakat kita tidak perlu bukti. Hanya satu sebaran sms seperti "Ada seorang Ustaz kawan aku dari Terengganu kata, roti High5 ada lemak babi dari Jerman". Ini sudah cukup.

Pada episod kedua pula, PPIM membuat penyerbuan ke atas kilang High5. (Sedangkan PPIM tidak mempunyai sebagai autoriti untuk menyerbu sebarang premis. Mereka ini hanyalah satu persatuan biasa.  Mereka bukan mana-mana Jabatan Kerajaan). Penyerbuan ini divideokan dan disebarkan sekali lagi.

Kali ini adalah pukulan yang sangat kuat. Walaupun selepas itu High5 membalas dengan membawa Ustaz Hassan Din ke kilang mereka. Berikut kenyataan akhbar Ustaz Hassan Din.

''Saya telah melawat kilang roti ini di Nilai, Negeri Sembilan apabila mendapati maklumat yang tersebar sebelum ini mengatakan kononnya roti keluaran syarikat ini menggunakan minyak babi dalam ramuannya adalah tidak benar.

''Kekeliruan ini juga dipercayai sengaja diada-adakan pihak pesaing. Jadi, sekarang sudah terbukti tiada lagi keraguan mengenai status halal roti keluaran Silver Bird Group ini,'' katanya. (sumber : Utusan Malaysia)

Namun apabila kredibiliti sesuatu syarikat seperti high5 dijatuhkan, adalah hampir mustahil untuk mengembalikannya semula ke tahap asal walaupun diambil ustaz setinggi mana pun untuk membuat kenyataan.

Episod Baru Gardenia dan PPIM ?

Episod terbaru ini pula adalah mungkin pakatan baru pihak PPIM dengan Gardenia untuk menghancurkan pesaing baru mereka roti Massimo pula.

Isu dikeluarkan mengenai orang Cina yang memboikot barangan Melayu. Kemudiannya pengguna Melayu pun bertindak. Isu persaingan 2 syarikat Gardenia dan Massimo dijadikan isu perkauman antara Melayu dan Cina. Mereka ini tidak sedar bahawa bermain dengan sensitiviti isu perkauman ini adalah sesuatu yang sangat bahaya.

Bagi saya secara peribadi tujuan saya tulis artikel ini bukan untuk memihak kepada mana-mana pihak samada PPIM, Gardenia, High5 atau Massimo. Saya menulis atas 2 sebab.

  • Cuma saya merasakan perlu untuk kita mempunyai satu sikap meminta bukti apabila seseorang membuat sebarang pendakwaan. Nabi Muhamad S.A.W. sendiri melarang keras orang yang menyebarkan sesuatu yang dia tidak tahu kesahihannya. Lagi pula jika kita menyebar fitnah, maka keadaan akan menjadi lebih teruk.
  • Pihak yang tidak mempunyai authoriti seharusnya tidak boleh diberi kuasa untuk bertindak untuk menjatuhkan nama mana-mana syarikat.

Contoh isu lain yang dimainkan oleh PPIM secara tidak bertanggungjawab

1. Isu Ubat Gigi Halal keluaran Muslim . Isu ini dimainkan untuk menjatuhkan Colgate dan menaikkan nama Ubat Gigi Mukmin, kononnya ini adalah produk keluaran orang Islam. Namun ini tidak tepat kerana kilang membuat ubat gigi Mukmin adalah American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd, sebuah syarikat bukan Islam. Baca lanjut di Dewa Kebaikan.

2. Isu Sosej Babi – Pada mulanya PPIM mendakwa sarung sosej yang digunakan ada mempunyai unsur babi (rujuk berita ini pada 15 mac 2005). Asas dakwaan mereka mudah, sarung itu tak ada sijil halal, jadi mesti diperbuat dari babi. He he he.

Selepas 2 minggu, Kementrian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunakan mengeluarkan kenyataan bahawa sarung sosej ini BEBAS dari unsur babi. (Rujuk sini)

Apa jadi pada perniagaan yang difitnah sebegini ? Mereka akan jatuh merudum. Masyarakat umum tidak perlukan bukti dan fakta untuk mempercayai sesuatu. Cukup sekadar sebaran sms atau email seperti yang "didengar daripada PPIM".

Jadi apa yang penting dalam perniagaan adalah sama seperti politik, yang penting hanyalah PERSEPSI.

Kita tunggu apa episod seterusnya…

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bg kakitgn kerajaan..Betol ker?

 

tiap2 tahun mc lebih 15 hari ke. ha ah ha lain macam je. nak mc lebih?? aku boleh rekemen kan. mc dari hospital jiwa. kalau nak boleh la.
 
dulu aku duk dekat kawasan stesen keretapi. fuh. mc. siap blh plan lg. awal tahun ambik mc. akhir tahun baru ambik cuti. ha ha ha..
 
nak keje ke nak relek??
 
SBPA ni untung bagi mereka yang dikenakan tatatertib semasa smm. sbb semuanya akan lupus bila dah terima SBPA.
 
so pehal ada yang meroyan pasal exit policy??
 
pelangang selalu betul?? itu adalah dasar. tapi tak boleh ubah keyataan. benar tetap benar, salah tetap salah. orang komplain sebab ada la yang tak kena. samada orang yg buat aduan atau orang yang diadu.
 
banyak pekeliling yang melindungi hak pekerja sekiranya kita betul2 baca dan paham. tapi masalahnya tugas kerja pun kita tak paham atau buat2 tak paham. tu pasal laa slalu nak ambik mc.
 
antara orang yang dapat markah 70-75% adalah orang yang banyak mc.

--- 11/12/30 (금)에 jasmin ramli <umjasmin@yahoo.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: jasmin ramli <umjasmin@yahoo.com>
제목: Re: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bg kakitgn kerajaan..Betol ker?
받는 사람: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
날짜: 2011년 12월 30일 (금요일) 오전 12:17

 
emmm........................
 
di tempat keja i lagi teruk.........(salah satu IPTA di KL)
kakitangan yg ada 15 hari cuti sakit
borang persaraan 60 ditahan
kakitangan yg dapat surat tunjuk sebab
borang persaraan 60 ditanah
 
Masalah nya utk 1 th  hanya kurang 15 hari je ke cuti sakit di benarkan .........huhuhu
sedangkan peraturan perintah am utk pegawai perkhidmatan awam boleh 90 hari
kadang-kadang bukan sakit pening n demam jantung darah tinggi kencing manis je yg kita MC
kita tension (sakit otak) pon dr. bagi kita cuti utk rest............
 
Tunjuk sebab pulak
Bos dapat email komplen pasal staf dept. dia ......tak puas hati lah
kadang-kadang pelanggan kita tak faham.........
ya lah bidang akademik dgn pentadbiran berbeza
ni yg pening ni
lawat tapak dgn penyerahan tapak mereka ingat benda yg sama
walau pon di terangkan .......................
costomer allwes right (kekek betul ke tu)
surat tunjuk sebab pon mariiiiiiiiii................
cakap mcm mana pon explent mcm mana pon
costomer allwes right............haru beb
MCM NE TAK MEROYAN
 
 
 
 
 
 

From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, December 29, 2011 12:55 AM
Subject: Re: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bg kakitgn kerajaan..Betol ker?
 
APA KENA DGN LU NI? TIBA-TIBA JER MEROYAN TAK TENTU PASAL?
WA TAK FAHAM APA SAL LU NK MARAH NI? WA ADA JOLOK LU KE?
LU KE YG BUAT SBPA TU?
LU KEJA DGN JPA KE?
ELOK ISU NI DIPERDEBATKAN.. TP BIARLAH DGN CARA HARMONI..
TP PELIK LAK LU NI EMO LEBIH LAK..
ARGH.. MALAS LAH NK LAYAN!
 
 
Rock sokmo..

From: yusri khatib <yusri762002@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, December 29, 2011 2:06 PM
Subject: Re: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bg kakitgn kerajaan..Betol ker?
 
tak relesx ke skang ni??
 
ok nak tanya. exit policy. yang dapat markah 70% 3 tahun berturut2 mungkin dibuang kerja.
 
macam mana dengan ssm?? apakah mereka yang dapat 70% tu tak dikenakan tindakkan??
 
kalau sama. pehal nak kecoh
 
penghasilan kerja?/
 
lu kerja takde file meja ka bro??
 
lu tau ke macam mana nak dapatkan 70% tu?/
 
pehal la nak panggil cuepacs dalam penghasilan SBPA?? sedangkan jelas cuepacs hanya berfungsi minta bonus dan minta yang bukan2, contohnya tambah masa kerja yang mana ahli sendiri pun tak setuju. --- 11/12/29 (목)에 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
제목: Re: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bg kakitgn kerajaan..Betol ker?
받는 사람: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
날짜: 2011년 12월 29일 (목요일) 오전 3:30

 
RELAX LA BRO.. KITA DISKUS DGN CARA RASIONAL.. BUKAN EMOSIONAL.. LU ASYIK NK MENEMPELAK ORG JER!
OK.. KITA DISKUS PASAL EXIT POLICY DULU.. MULA-MULA JPA TETAPKN MEREKA YG DPT KPI BELOW THAN 70% SBNYK 3X BERKEMUNGKINAN BESAR AKAN DIBUANG KERJA.
ALHAMDULILLAH SEKARANG JPA TETAPKAN MEREKA YG DPT 65% KE BAWAH SBNYK 3X, BARU AKN DIBERI EXIT POLICY.. 5% TU BNYK BEZANYA BRO!
PASAL KENAIKAN PANGKAT PLAK.. MENGIKUT JBTN WA, KPI ADA 3 BHGN. PD BHGN 2 DIPECAHKN LG KPD 2 BHGN IAITU (I) KPI UMUM (AKTIVITI & DISIPLIN) & (II) KPI KHUSUS (PENGHASILAN KERJA)
MENGIKUT JBTN WA AKTIVITI DILETAKKAN DLM KPI UMUM.. YG NI XDE MASALAH.. BNYK AKTIVITI, KURSUS ATAU MENJADI AJK DAN DISIPLIN TIP-TOP MAKA DPTLAH FULL MARKS..
MASLAHNYA PD BHGN KPI KHUSUS.. KT SINILAH PEGAWAI ATASAN BOLEH 'MAIN MARKAH KITA'..
INI KPI JBTN WA.. JBTN LU WA X TAULAH CAMNER!
CUEPECS BISING SBB JPA TAK LANTIK WAKIL CUEPECS DLM MERANGKA SBPA.. KENAPA MASA BUAT SSB & SSM DULU DIORG LANTIK WAKIL CUEPECS TETAPI UTK SBPA TIDAK?
BUKAN KE KT SITU KITA DH NAMPAK SESUATU TAK KENA?
KITA PUN TAK MAHU CUEPECS HANYA BERPERANAN UTK MINTA BONUS PD AKHIR THN JE!
DH NAMPAK SITUASI CUEPECS PD MASALAH NI?
DI JPA TU KEBANYAKAN MEREKA BERJWTN JUSA.. SBPA NI SEBENARNYA LEBIH MENGUNTUNGKAN MEREKA JER SEBENARNYA.. TP UTK 'MENGHALALKAN' CARA TU,'KEMANISAN' DIBERI SIKIT KPD STAF SOKONGAN & PROFESIONAL UTK DIRASA..
YUSRI.. LU KERJA JPA KER?? HE.. HE.. HE..
 
 
 
Rock sokmo..
From: yusri khatib <yusri762002@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, December 29, 2011 3:39 AM
Subject: Re: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bagi kakitangan kerajaan..Betol ker?
 
dalam jabatan aku, ada my cpd. dalam tu semua aktiviti seseorang pekerja direkodkan. tak sampai tahap, maka pergerakkan gaji akan terjejas. itu sistem yang ad sekarang ni. tapi tak tau la kot2 sistem jabatan mat rock ni hanya main cakap mulut je. cukup tahun isi borang sasaran keje.
 
SBPA ni, masalah utama cuepacs adalah mereka tidak dipanggil untuk berbincang. tu je.
 
kalau hanya takat tidak dipanggil. nampak sangat takde fungsi cuepacs. hanya untuk minta bonus tiap akhir tahun je.
 
nak tanya mat rock, apa kelemahan pada sistem ni tentang exit policy dan kenaikkan pangkat?? dan apa agenda tersembunyi seperti yang mat rock katakan tu?? --- 11/12/26 (월)에 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
제목: Re: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bagi kakitangan kerajaan..Betol ker?
받는 사람: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
날짜: 2011년 12월 26일 (월요일) 오후 1:53

 
SBPA NI BUKAN SETAKAT UMUR PERSARAAN JE.. IA MERANGKUMI PELARASAN GAJI.. KENAIKAN GAJI.. PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN.. MODUL BARU PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN.. KENAIKAN PANGKAT.. EXIT POLICY.. BNYK BENDA LAIN LAGI!
MAKSUD KAPCAI_RACING TUBERKAITAN DGN EXIT POLICY & KENAIKAN PANGKAT.. ADA KELEMAHAN PD SISTEM TU..
CUEPECS DH JALANKN TANGGUNGJWB MEREKA.. TANPA CUEPECS SUSAH GAK PENJAWAT AWAM!
MASALAHNYA.. JPA KALI NI BUAT SISTEM NI TANPA MELANTIK WAKIL CUEPECS DLM JAWATANKUASA..
MASA NK BUAT SSM & SSB, DIORG LANTIK WAKIL CUEPECS JD AJK.. TP KALI NI TAK..
MCM ADA HIDDEN AGENDA ATAU UTK MENGUNTUNGKN PIHAK TERTENTU
BG MEREKA YG TAK TAU HUJUNG PANGKAL.. X PAYAH LAH NK KOMEN PASAL MASALAH NI.. 
 
 
Rock sokmo..
From: tg nurul asyikin <tengku_3110@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, December 24, 2011 9:05 PM
Subject: Re: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bagi kakitangan kerajaan..Betol ker?
 
kesimpulannya jgn mintak naikan lagi tempoh persaraan...55thn sudah laa..dah elok laa tu kasi chances kat generasi baru pulak..padam muka sape suh mntk naikan tempoh persaraan...dah wujud system SBPA sape yg rugi...
From: yusri khatib <yusri762002@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, December 23, 2011 9:19 AM
Subject: Re: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bagi kakitangan kerajaan..Betol ker?
 
nak duk dalam aircond.... blaja pandai2 laa. kalau bodoh, duk bawah kipas je la. duk dengki dengan orang atas buat apa. dia naik banyak sesuai dengan apa yg dia ada. kelulusan, pengalaman.
 
nak harap kesatuan?? kita duk bayar elaun mereka, tapi apa sumbangan meraka pada ahli?? mesyuarat sana sini. tapi habuk pun tadak. --- 11/12/19 (월)에 kak_ira001@yahoo.com <kak_ira001@yahoo.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: kak_ira001@yahoo.com <kak_ira001@yahoo.com>
제목: Re: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bagi kakitangan kerajaan..Betol ker?
받는 사람: respeks_group@yahoogroups.com
날짜: 2011년 12월 19일 (월요일) 오후 2:24

 
Cuba tanya kat org dlm yg keje kat treasury maksud sbnr dibuat sistem ni.. Adoyai... Semenya tutup lubang korek lobang punya sistem... Org ats gak yg braircond.. Org bwh tetap kena brkipas... Memang baik punye... X lama lagi kompem umor persaraan jadi 65.. Tgk r x caya 5 or 6 thn lagi... Cehhhhh...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
From: yusri khatib <yusri762002@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sun, 18 Dec 2011 11:32:31 -0800 (PST)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: 답장: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bagi kakitangan kerajaan..Betol ker?
 
sitem bodek?? sebenarnya orang yang macam kamu laa patut dibuang, takde positif. nak cari salah orang je. buat la keje tu elok2.
baik bodek dari duk ngata orang dan tak buat kerja. --- 11/12/16 (금)에 kapcai_racing1 <kapcai_racing1@yahoo.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: kapcai_racing1 <kapcai_racing1@yahoo.com>
제목: RG2011... Maksud sebenar sistem SBPA bagi kakitangan kerajaan..Betol ker?
받는 사람: respeks_group@yahoogroups.com
날짜: 2011년 12월 16일 (금요일) 오전 5:04

 
Salam sume...percaya atau tidak...tup tap..dh sampai ke penghujung tahun  2011...bagi semua kakitangan kerajaan bermula satu sistem baru yang dikenali sebagai namaSBPA...
Percaya atau tidak, setelah meneliti pekeliling dalam sistem tersebut terdapat berbagai unsur yang telah diguna pakai pada suatu ketika dahulu...
SBPA yang membawa maksud ....Sistem Bodek PegawaiAtasan....betul ker?
harap ada komen2 dari sahabat kita diluar sana....

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

RG2011... WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS-Dr Asri

WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.


Tugas Mulia
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):
"Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Nabi s.a.w pula bersabda:
"Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya" (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.
Bahaya Kuasa
Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Allah Tidak Lupa
Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.
Dunia Sementara
Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):
"Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)". (Surah Ibrahim 42-43).
Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:
"Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).
Sabda baginda juga :
"Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).
Nasihati Hasan al-Basri
Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata 'Umar bin Hubairah:
"Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: "Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.
Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta". Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah". (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)
Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat". Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!
Mohd Asri Zainul Abidin
--


pendekarblogger
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

RG2011... Bertemu Jodoh Tak Disangka

 

Bertemu Jodoh Tak Disangka

By: Muhamad Agus Syafii

Pertemuan jodoh itu tak disangka. Jodoh bagai sebuah misteri. Ada seorang gadis yang menangis kepada Allah karena belum menikah, pada saat itu dirinya memohon pada Allah agar memberikan jodoh yang baik dan menjadi imam bagi dirinya, sudah lewat 30 tahun usianya kekhawatiran tentu ada apalagi ia anak yang pertama dan masih memiliki adik, sementara ibunya membesarkan seorang diri. Kesibukannya bekerja, sang ibu selalu mengingatkan kapan dirinya menikah? yang ada hanyalah dijawab dengan tetesan air mata. Gajinya yang lebih dari cukup untuk membiaya sekolah adiknya dan menghidupi sang ibu.

Dengan bertekad untuk bershodaqoh di Rumah Amalia, hanya memohon kepada Allah berkenan memberikan jodoh yang baik oleh Allah. Ia yakin jodoh adalah kehendak Allah dan hanya Allah yang akan memudahkan dan menyegerakan jodoh untuknya. Sebulan kemudian ia menerima karunia Allah dengan tidak disangkanya. Suatu ketika dirinya sedang berada di ruang tunggu dokter untuk periksa kesehatan sambil menunggu giliran. Tiba-tiba ada seorang ikhwan mengajak berkenalan. Dari perkenalan itu ikhwan itu melamar dan mereka menikah. Belakangan ia tahu bahwa suaminya jatuh cinta karena buku yang dibacanya yang berjudul "40 Tanggung Jawab Istri Terhadap Suami." Alasan suaminya sangat sederhana, "Gadis ini belum menjadi seorang istri tetapi sudah berusaha untuk menjadi istri yang baik berarti dia, gadis yang sholehah."

Subhanallah, begitulah cara Allah penuh misteri dalam melimpahkan karuniaNya yang indah. Karunia itu hadir disaat kita tidak duga dan ditempat yang tidak disangka, bisa hadir dimana saja dan kapan saja tetapi ada satu yang hal tidak bisa dipungkiri yaitu karunia Allah akan selalu hadir kepada orang yang gemar berbuat baik bagi sesamanya. Sebagaimana Firman Allah, "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya." (QS. al-Baqarah : 93).

Wassalam,
M. Agus Syafii
---
Sahabatku yang "single" ingin segera menikah. Menangislah & memohon pd Allah, yakinlah Allah menyegerakan jodoh anda. Yuk, ajak teman, saudara untuk hadir di kegiatan "Untukmu Amalia", Ahad, 22 Januari 2012. Jam 9.sd 12 siang di Rumah Amalia. Bila berkenan berpartisipasi Buku Bacaan, Paket sembako, Paket Sekolah, perangkat sholat, konsumsi. Kirimkan ke Rumah Amalia Jl. Subagyo IV blok ii, No. 24 Komplek Peruri, Ciledug, Tangerang 15151. Dukungan & partisipasi anda sangat berarti bagi kami. Info: agussyafii@yahoo.com atau SMS 087 8777 12 431, http://agussyafii.blogspot.com, http://www.twitter.com/agussyafii

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: 2011 Meninggalkan Kenangan Dengan Fatwa2 'Aneh'

 

----- Original Message -----

2011 Meninggalkan Kenangan Dengan Fatwa2 'Aneh'

 
Penyebutan pertama tahun 2011 secara otomatik akan membawa fikiran kita ke revolusi, regim yang digulingkan, dan orang-orang yang tidak puas di dunia Arab. Namun, melihat lebih dekat maka akan mengungkapkan bahwa ada perkara lain yang membezakan tahun 2011: adanya beberapa fatwa "aneh" yang melanda berbagai negara di kawasan itu.
 
Salah satu fatwa aneh dan paling kontroversi pada tahun 2011 adalah yang dikeluarkan oleh seorang khatib Islam yang tinggal di Eropah. Menurut pengkhotbah ini, wanita dilarang berinteraksi atau makan buah-buahan dan sayuran seperti mentimun, pisang, dan wortel. Menyentuh atau memakan benda-benda tersebut, ia berpendapat, akan mengubah dan membuat perempuan mengalami fantasi seksual, karena benda-benda itu menurutnya mirip dengan alat kelamin lelaki.
 
Di Maroko, ketua Asosiasi Riset Fikih Maroko membuat kemarahan dan kontroversi rakyat ketika ia mengeluarkan fatwa yang memungkinkan laki-laki Muslim berhubungan seks dengan isteri-isteri mereka yang telah meninggal dengan dalih bahwa tidak ada dalam Islam yang melarang hubungan seks dengan mayat. Fatwa ini diikuti serangkaian fatwa terkait seks yang dikeluarkan oleh ulama yang sama.
 
Di Somalia, mujahidin al-Shabaab mengeluarkan fatwa selama bulan suci Ramadhan lalu yang melarang umat Islam memakan sambousak (samosa), kueh segitiga diisi dengan daging, keju, atau sayuran. Makanan ringan yang popular ini, mereka menjelaskan, adalah simbol dari Triniti dalam Kristien dan karena itu haram untuk dimakan oleh umat Muslim.
 
Di Mesir, maklumat keagamaan dalam kebanyakan kes dicampur dengan politik. Syaikh Amr Sotouhi, ketua Komite khotbah Islam di Al-Azhar, pada bulan November lalu menerbitkan sebuah fatwa yang melarang seorang ayah menikahkan anak perempuannya kepada mantan anggota Parti Demokrat Nasional Mubarak yang berkuasa sebelumnya karena kebanyakan dari mereka adalah koruptor.
 
Fatwa serupa dikeluarkan oleh Syaikh Imad Iffat, yang terkorban ditembak bulan ini dalam pemberontakan antara demonstran dan tentara Mesir. Fatwa Iffat melarang umat Islam dari memberikan suara untuk anggota partai Mubarak yang dibubarkan dengan alasan yang sama dengan fatwa Amr Sotouhi yaitu korupsi.
 
Muhamad Abdul Hadi, wakil ketua partai Salafi An-Nur dari Dakahliya mengatakan bahwa hasil pemilihan parlimen, di mana parti mereka mencetak kemenangan tak terduga, telah disebutkan dalam Al-Quran.
 
Fatwa yang paling keterlaluan di Mesir adalah salah satu yang keluar pada bulan Jun lalu di mana ulama Mesir Muhammad al-Zughbi mengatakan makan daging jin adalah diperbolehkan dalam Islam dan menyebabkan semua orang bertanya-tanya bagaimana orang bisa mendapatkan daging jin.(fq/aby)-sumber eramuslim.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Jika rakyat buat kompom kena hukum.

 

----- Original Message -----

Jamil ka Amil.. Jika rakyat buat kompom kena hukum.. mai Geng Depa.. Macam-macam dalil deberikannya..!!

Anak Bini Jamil Khir MAKAN PISANG

Malaysia ada berpuluh-puluh mufti. Seekor haram pun tak bersuara tentang kes Jamir Khir. Gamaknya tok-tok mufti kita asyik sibuk jaga peti masing-masing. Perbuatan Jamil Khir menyeluk tangannya kedalam tabung duit zakat dan mengambik duit RM63,650.00 adalah perbuatan busuk, lebih busuk dari daging babi yang busuk disumbat dalam lubang najis babi.

Jangan double-standard, jgn pilih bulu. Bulu ada ka, bulu dah gugur ka, tak kira. Jamil Khir memang patut kena balun 9 sroke. Sebab dia kapur 3 kali ganda dari amil zakat di Johor Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510.

Duit zakat mana boleh pinjam-pinjam. Mana boleh geran-geran. Che Mat balaci kata duit zakat boleh digeran-geran. Pala bala Che Mat lah.

Buat rumah besar gedabak ada duitnya. Nak bayar upah lawyer mengapur duit zakat. Apa punya low-class menteri agama.

Kesian. Inilah menteri paling miskin. Jamil Khir dah tak berduit sangat. Jamil Khir dah termasuk dlm golongan asnaf ke 44. Terpaksa menyeluk tabung zakat. Kesian anak-beranak Jamil Khir dapat bapak menteri miskin.

Apa gamaknya anak beranak Jamil Khir makan, makan pisang kot? Pagi makan cokodok, tengahari lepat, petang makan pengat. Malam makan kulat. Kah kah kah kah!!!

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Bagaimana hendak sahut 'salam 1Malaysia'

 



----- Original Message -----

Bagaimana hendak sahut 'salam 1Malaysia'
 
selatanonline

artikel penuh tajuk ni boleh baca di bawah:

sesiapa nk baca artikel penuh tajuk di atas, baca kat bawah....aku cuma nk bancuh beberapa perkara saja dalam bab SALAM ni....

pertamanya berkaitan dgn ucapan salam itu sendiri....dalam keadaan hari ini, ada sesetengah salam yg diberi oleh orang kepada aku pun sebenarnya aku tak lalu nk jawab. Apa sbb aku kata tak lalu nk jawab? sbbnya kebanyakannya langsung tak bertepatan dgn ucapan salam yg dianjurkan oleh Rasulullah...


dalam banyak Hadis juga Rasulullah sebutkan bab salam ni dan ini menunjukkan betapa peri pentingnya ucapan salam. tapi, hairannya juga iaitu orang Islam sendiri masih dok keliru dengan ucapan salam nih...ada yg kata cukup dengan hanya ucap 'SALAM' sbb dalam banyak ayat al-Quran pun, Allah sebutkan perkataan 'Salam'....contohnya dalam ayat spt di bawah ni
دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
maksud : Doa mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" Dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin. (surah Yunus, ayat 10)

para ulama' terdahulu dah pun bicara panjang lebar dan menejelaskan dgn sebaik-baiknya bab ini...tetapi dek kerana org zaman sekarang ni lebih suka cedok ilmu dari barat, hinggakan ilmu asas agama sendiri pun dah tak ketahuan....so, aku ringkaskan cerita beginilah....ulama' majoriti berpendapat bahawa ucapan 'Salam' yg sebenar adalah dengan menyebutkan atau mengucapkan "assalamualaikum" dan perkataan 'salam' yg banyak disebutkan dalam al Quran dan Hadis itu adalah nama kepada ucapan tersebut....sama juga spt anjuran disuruh kita bersalawat atas Rasulullah....bukannya disuruh kita ucapkan 'salawat, salawat, salawat'...tetapi dia ada ucapan atau perkataan khasnya....begitu jugalah dgn ucapan salam ini iaitu ada perkataan atau ucapan khasnya yakni ucapan "assalamualaikum"

perkataan 'assalamualaikum' ini boleh dilihat dengan jelas dari satu Hadis Rasulullah yg bermaksud iaitu :
"Hadis riwayat Ibnu Umar, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Sesungguhnya orang Yahudi itu bila mengucapkan salam kepada kalian mereka mengucapkan: "Assaamu 'alaikum" (kematian atas kalian), maka jawablah dengan: "Wa'alaka" (semoga menimpa kamu)" riwayat Imam Muslim

Hadis ini menunjukkan kita akan satu bentuk ucapan salam yg disampaikan oleh org yahudi kerana dalam satu hadis lain, Rasulullah mengingatkan 'Aisyah supaya tidak menjawab ucapan salam yg tidak jelas huruf 'LAM' sebagaimana dalam Hadis di atas yg tidak ada huruf 'lam' melainkan hanya 'assamu.....' dan bukannya 'assalamu......'

dan dalam Hadis yg lain diriwayatkan seperti berikut :
Hadis riwayat Aisyah رضي الله عنها: ia berkata: Bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم pernah berkata kepadanya: Sesungguhnya Malaikat Jibril mengucapkan salam kepadamu. Aisyah berkata: Lalu aku menjawab: Wa alaihissalam wa rahmatullahi (Semoga keselamatan serta rahmat Allah selalu terlimpahkan atasnya)" riwayat Imam Muslim dalam kitab Sahih Muslim - Bab Keutamaan Sahabat

dan dalam satu Hadis yg panjang dalam Kitab Sahih Muslim - Bab Keutamaan Sahabat yg menceritakan mengenai keutamaan Sahabat bernama Abu Zar....antara intipati Hadis yg panjang tersebut, tercatat :
"..........Abu Zar berkata: Akulah orang yang pertama mengucapkan salam Islam kepada Baginda. Dia melanjutkan: Lalu aku mengucapkan: Assalamu'alaika ya Rasulullah! Kemudian Baginda membalas: Wa 'alaika wa rahmatullahi. Kemudian beliau bertanya: Siapakah kamu? Aku menjawab: Aku adalah seorang dari suku Ghifar. Lalu Rasulullah menarik tangannya lalu meletakkan jari-jarinya ke atas dahi........"

Hadis tersebut di atas amatlah panjang dan banyak bicaranya.....aku cuma petik yg berkaitan dgn salam saja...so, di sini...kita boleh lihat bahawa Abu Zar berkata "akulah org pertama mengucapkan salam Islam kepada Baginda (Rasulullah)"....maka ini menunjukkan bahawa ucapan salam dalam Islam tidak lain tidak bukan adalah ucapan "Assalamua'laika" (seorang) atau "Assalamua'laikum" (ramai)

tapi bila mai bab Salam 1 Malaysia nih...aku tak jumpa lagi dalil nk mengharuskannya....depa bagi alasan sbb utk bukan Islam mcm ucapan selamat pagi dsb.....sedangkan kalau ikutkan Hadis Rasulullah, Rasulullah melarang ummat Islam mendahulukan ucapan salam kpd ahli kitab yg termasuk lah org kafir. Maksud Hadis Rasulullah adalah melarang kita MENDAHULUKAN ucapan salam...

Hadis tersebut adalah bermaksud :
"Janganlah kalian memulai kaum Yahudi dan jangan pula kaum Nasrani dengan ucapan salam" riwayat Muslim"

dalam konteks ini, aku paham ada 2 iaitu ucap salam dan ucapan salam....kalau ucap salam, maksudnya apa2 jenis juga salam....kalau ucapan salam, maka tak boleh kita mengucapkan 'assalamua'laikum' kpd org yahudi/nasrani dan kafir.....

tetapi, telah tercatat pula dalam sejarah iaitu Rasulullah pernah mengucapkan satu bentuk salam kpd seorang bukan Islam dgn ucapan "Assalamu'ala man ittaba'a al-huda" (semoga sejahtera ke atas sesiapa yang mengikuti petunjuk)....bentuk salam ini tercatat dalam satu surat yg diutus Baginda kepada Kaisar Rom.

dan mengikut pendapat Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin iaitu memulakan ucapan salam kpd org kafir adalah HARAM walau apa bentuk pun salamnya kerana dalam Hadis Baginda merujuk kepada 'memulakan salam'.....akan tetapi, jika kita ummat Islam terlebih dahulu diucapkan salam oleh org kafir samada depa ucapkan "assalamua'laikum" atau "assamua'laikum"...maka harus bagi kita utk menjawab "wa'alaika". dengan kata lain, walaupun org kafir ucapkan kita "assalamua'laika"...kita dibolehkan menjawab "wa'alaikassalam" ataupun yg lebih selamat adalah "wa'alaika"....

asas kepada jawapan ini adalah bersandarkan ayat Allah dalam surah an Nisa, ayat 86 yg bermaksud "Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa)"

dan juga berdasarkan Hadis Rasulullah yg bermaksud
"Jika ada ahli kitab yang mengucapkan salam kepada kalian maka jawablah 'wa alaikum". (Muttafaq 'Alaihi : Al-Bukhari dalam Al-Istidzan 6258, Muslim dalam As-Salam 2163)

maka bagi kefahaman aku, memulakan ucapan salam kepada bukan Islam dalam bentuk apa pun adalah HARAM....kecuali kata sapaan seperti hello, hai dsb.....tapi, kalau ucapan selamat pagi, selamat petang dan selamat malam adalah ucapan dari kaum depa sendiri yg kita hanya translate kan ke dalam bahasa kita....maka bagi faham aku...masih ada keharusannya di situ sbb ucapan selamat pagi dsb bukannya satu bentuk ucapan yg terkandung makna spt mendoakan kesejahteraan atau keselamatan kpd si kafir....

kesimpulannya....Salam 1 Malaysia langsung tidak ada sanad atau dalil atau keharusan....malah bagi faham aku, ianya jelas satu yg sengaja diada-adakan bagi menjauhkan ummat Islam dari ucapan Salam yg sebenar. Oleh kerana sekiranya dalam 1 majlis, terdapat walau hanya seorang Muslim dan ramai yg lain bukan Islam, itu tidak menghalang kita mengucapkan salam "assalamua'laikum" dan diniatkan hanya kpd yang Islam sahaja

cukuplah kot aku nk bancuh bab salam ni....kalau ada yg terkurang dan terlebih....semoga Allah mengampunkan aku....

sesiapa tak puas hati, pi bancuh sendiri.....hehehehehe
 
 
Posted by kelanajiwa
 
 
 
 
Bagaimana hendak sahut 'salam 1Malaysia'
 
malaysiakini
Pada majlis-majlis rasmi sejak kebelakangan ini, ucapan "salam 1Malaysia" sudah menjadi satu kebiasaan. Ungkapan yang tercetus hasil laungan slogan 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hasil ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu, turut dilafazkan pembaca berita di awal dan akhir siaran setiap kali ke udara sama ada di radio mahupun televisyen.
    
Namun, ungkapan yang asalnya bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat itu cuba pula dipolemikkan apabila sesetengah pihak mendakwa ucapan salam itu merupakan perbuatan bidaah, tidak menjadi amalan Rasulullah dan lari daripada ajaran Islam.
    
Mereka mempersoalkan matlamat Salam 1Malaysia, kenapa dan bila perlu diucap serta apakah sahutannya kerana jika 'assalamualaikum' dan 'salam sejahtera', ada jawapan balasnya iaitu lafaz 'waalaikumussalam' dan 'salam sejahtera'.

Beberapa ahli akademik dan cendekiawan agama ketika diajukan persoalan itu menjelaskan "salam 1Malaysia" merupakan ucapan umum bertujuan mengukuhkan lagi  perasaan 1Malaysia dijiwa rakyat bagi menunjukkan rakyat negara itu adalah satu walau apa jenis bangsa dan anutan agama sekalipun.    
    
Dr Amini Amir Abdullah, pensyarah daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata daripada konteks agama, Salam 1Malaysia bukan perbuatan bidaah selagi ungkapan itu tidak disekalikan dengan ucapan salam yang diajar Islam seperti 'assalamualikum warahmatullahhiwabarakatu 1Malaysia'.
    
Beliau berkata jika dilafazkan sedemikian, barulah ucapan "salam 1Malaysia" boleh dipertikaikan seolah-olah sengaja mempersendakan agama kerana ucapan "assalamualaikum" hanya merujuk kepada penggunaan sesama Islam sahaja.
    
"Kalau sesama Islam kita lafaz assalamualaikum diikuti Salam 1Malaysia tidak menjadi masalah kerana pada saya itu hanyalah ungkapan atau sapaan daripada orang Islam kepada yang bukan Islam," katanya kepada Bernama.
    
Mengenai cara menyahut "salam 1Malaysia" itu, Amini Amir, berkata adalah lebih sesuai sekiranya salam itu disambut dengan sahutan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
    
Katanya walaupun agak panjang, sahutan itu adalah paling sesuai bagi membawa maksud konsep 1Malaysia yang diperkenalkan perdana menteri kerana gagasan itu datang bersekali dengan motto "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
    
Beliau berkata Jabatan Penerangan yang menjadi teras dalam menyebar luaskan sesuatu dasar kerajaan perlu lebih efektif menyelidik bagi menyediakan garis panduan seperti di mana dan bagaimana "salam 1Malaysia" diungkapkan serta apakah jawapan sesuai bagi menjawab ucapan salam yang diungkapkan.
    
"Setiap pemimpin yang mendokong gagasan itu juga perlu memainkan peranan seperti sentiasa mengungkapkan Salam 1Malaysia dengan cuba memberikan gambaran bagaimana salam itu perlu disahut," katanya.
    
Ketua Pusat Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Norizah Ardi, pula berkata ucapan itu tidak perlu dipolemikkan kerana seperti mana ungkapan "salam sejahtera", "salam 1Malaysia" perlu dilihat dalam konteks sejagat yang boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja tanpa terbatas kepada sesuatu kaum dan agama.
    
Beliau berkata perkataan "salam" yang digunakan tidak boleh disamakan dengan lafaz assalamualaikum kerana istilah itu digunakan bagi disesuaikan dengan persekitaran masyarakat yang pelbagai, sama ada dari segi agama, kaum dan bangsa yang ada di Malaysia.
    
Norizah berkata, walaupun kerajaan tidak memberi pilihan atau cadangan bagaimana ucapan "salam 1Malaysia" perlu disahut, sahutan paling sesuai ialah dengan mengulangi ucapan "salam 1Malaysia" itu  kepada orang yang melafazkannya.

"Dari segi logik, ia macam ucapan 'salam sejahtera' atau 'selamat pagi' yang mana kita akan menyambutnya dengan mengembalikan ucapan itu kepada mereka yang melafazkan," katanya.
    
Budayawan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berkata "salam 1Malaysia" telah menjadi satu trend baru seperti "salam perpaduan" yang pernah diperkenalkan sebelum ini.
    
Beliau berkata ucapan itu tidak mempunyai sahutan yang spesifik kerana "salam 1Malaysia" lebih kepada sapaan yang tidak memerlukan jawapan berbanding ucapan "apa khabar" dan "assalamualaikum" yang memerlukan kepada jawapan balas.
    
Bagaimanapun, tokoh Bahasa Melayu itu sependapat dengan Norizah yang menyarankan "salam 1Malaysia" dibalas sahutan "salam 1Malaysia" kembali.
    
"Tidak salah sekiranya ungkapan itu dibudayakan kerana ucapan itu tidak merujuk kepada mana-mana kaum atau agama secara spesifik, malah secara tidak langsung boleh merapatkan lagi hubungan antara kaum," katanya.
    
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berpendapat ungkapan "salam 1Malaysia" dilafaz bagi mewujud dan mengeratkan lagi perpaduan masyarakat.
    
Beliau berkata soal bagaimana hendak membalas atau menyahut salam yang diungkapkan tidak timbul kerana yang lebih utama ialah tujuan di sebalik "salam 1Malaysia" itu sendiri, iaitu mendoakan perpaduan dan kesejahteraan sesama rakyat.
    
Perunding motivasi Rujhan Mohamed Razali pula berkata selain "assalamualaikum", semua ucapan salam yang lain adalah termasuk dalam kategori harus iaitu, "ucap pun boleh tidak ucap tidak mengapa".
    
Rujhan, dari Kiffah Motivation and Training Sdn Bhd, berkata selagi tidak membatasi lingkungan agama, "salam 1Malaysia" yang objektifnya adalah untuk perpaduan dan keharmonian, boleh dijawab dengan sahutan salam kembali.
    
"Bagaimanapun kita tetap ada pilihan sama ada nak jawab atau sebaliknya," kata rujhan, seorang daripada anggota panel rancangan "Tanyalah Ustaz" di TV9.

- Bernama

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___