Tuesday, January 31, 2012

RG2011... BP - Bicara Politik 12 - Media No 1 Brunei pula laporkan kisah boros Rosmah


Salam

Umar Abdul Aziz ra : Contoh pemimpin berjiwa rakyat

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk  jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/UmarAziz.htm

Petikan : Khalifah Zuhud - Umar Abdul Aziz

Malik bin Dinar berkata :
Setelah Umar Abdul Aziz memerintah, maka berkatalah pengembala2 kambing  di puncak bukit :
Siapakah Khalifah SOLEH yang memerintah sekarang?
Maka bertanya orang kepada pengembala2 tersebut:
Bagaimanakah engkau tahu Khalifah sekarang SOLEH?
Jawab pengembala2 :
Kebiasaannya, apabila sesebuah kerajaan itu di perintah Khalifah SOLEH, maka SERIGALA & SINGA tidak mengkhianati ternakan kami.

http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/message/239

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

From: Anna Annisa <akmalun@gmail.com>
Subject: Media No 1 Brunei pula laporkan kisah boros Rosmah!


Media No 1 Brunei pula laporkan kisah boros Rosmah!

24/01/2012






SEBELUM ini telah didedahkan laporan portal berita berpengaruh Singapura, Asiaone berhubung perbelanjaan boros Rosmah di Australia di sebuah butik di Sydney, rujuk sini [Rosmah Boros].

Jika sebelum ini, Rosmah hanya perlu menyaman 3 buah media yang melaporkan cerita ini, kali ini sebuah lagi media berpengaruh Brunei turut menyiarkan laporan yang sama patut juga disaman. Itupun kalau cerita ini fitnah.

Di bawah tajuk, "Rosmah's 'Shopping Spree' Hits Aussie Paper", portal berita nombor satu Brunei itu turut menyiarkan laporan yang mendedahkan betapa jijiknya perangai isteri boros seorang Perdana Menteri yang sering menyuruh rakyatnya berjimat cermat.






Sementara itu, Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery, yang menulis artikel itu mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira 4 jam yang lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya





Ingatlah Rosmah, tak semua penulis kamu boleh suap dengan wang ringgit untuk menggadaikan prinsip penulisan mereka lalu meminta maaf kepada kamu sambil mengaku memfitnah.

Ada penulis yang boleh dibayar untuk meminta maaf kepada kamu, tapi kali ini kamu bertemu buku dengan ruas. Penulis ini tak pandang duit, malah kamu dicabar agar menyamannya untuk membuktikan kebenaran kamu.

Pendedahan lanjut di [Really Tigaline]

==================================================================================================

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2012/01/pix-OUTSIDE1.jpg



IPOH, 21 JAN: Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.

Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam.

Penyertaan mereka dilihat sebagai keseinambungan populariti parti tersebut di kalangan profesional Melayu yang semakin meningkat.

Kedua-dua mereka telah diperkenalkan dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Perak di sini hari ini.

Dalam sidang media itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mengalu-alukan penyertaan Fairuz dan Dyana berkata, kemasukan mereka ke dalam DAP mengingatkan beliau kenangan manisnya menceburi bidang politik 46 tahun yang lalu.

Katanya beliau dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu membuat apa yang mampu bagi menambah baik negara tercinta ini.

Menurutnya DAP jelas dari dulu sampai sekarang merupakan parti untuk semua kaum, malah di Perak sahaja, DAP pernah mempunyai lima wakil rakyat Melayu.

"Jadi amat tidak logik jika DAP dituduh sebagai parti anti-Raja mahu pun anti-Melayu. Jika tidak, parti ini tidak mungkin wujud hari ini kerana parti DAP sudah pasti akan diharamkan jika mempunyai matlamat tersebut.

"UMNO bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya?  Dan kemungkinan besar itu akan berlaku, maka kita menjawab bahawa DAP dan Pakatan Rakyatlah yang akan membela dan mempertahankan orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dasar bersama Pakatan Rakyat jelas mempertahankan keluhuran Perlembagaan.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata ramai orang Melayu telah menyertai DAP sejak penubuhannya dan banyak pula yang memegang jawatan penting dalam parti serta diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya.

"DAP tidak pernah diskriminasi terhadap orang Melayu. Ia adalah sebuah parti yang berbilang bangsa yang terbuka untuk semua orang. Ia berusaha ke arah sebuah sistem demokrasi sosial, dan parti demokrasi sosial ini tidak pernah menjadi parti cauvinis Cina mahu pun parti komunis seperti yang sering difitnah oleh UMNO."

"Kita memang menjangkakan serangan daripada UMNO yang akan mengatakan bahawa DAP sedang melatih orang Melayu kononnya untuk menjadi Menteri Besar di pelbagai negeri.
"Namun hari ini saya ingin sekali lagi menegaskan terutamanya bagi rakyat Perak bahawa DAP tidak mempunyai cita-cita tersebut, dan jika cerita tersebut keluar, ia hanya lagi satu fitnah daripada Barisan Nasional. DAP menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Nizar (daripada PAS) sebagai Menteri Besar untuk Perak," katanya.

Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.

Beliau mengambil contoh kadar hutang negara yang semakin meningkat akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan kini dan secara langsung menyebabkan rakyat menderita kerana pemotongan subsidi dan juga pengenalan cukai baru seperti GST yang bakal menambah beban rakyat.

"Saya juga percaya dengan ideologi yang dibawa oleh parti. Mengikut pemahaman saya, Deklarasi Setapak yang menegaskan tujuan penubuhan DAP adalah untuk mempertahankan Perlembagaan negara. Ini juga bermaksud, DAP  mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan kedudukan istimewa bumiputera.

"Saya juga berpegang kepada ideologi demokrasi sosial yang kejayaannya boleh dilihat di Pulau Pinang. Saya juga yakin bahawa DAP merupakan platform yang terbaik untuk membebaskan minda masyarakat daripada politik perkauman dan politik ketakutan."

Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya.

"Bayangkan jika kejayaan CAT di Pulau Pinang boleh diketengahkan ke peringkat kerajaan pusat? Bukankah semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan mendapat faedah secara lebih adil dan saksama?

"Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang dan kemakmuran negeri bertambah berlipat kali ganda. Mengapa kita tidak boleh mengimpikan itu di peringkat nasional?" katanya.


==================================================================================================

From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
Subject: [UiTM-Melaka] Jangan pedulikan deklarasi DAP


Jangan pedulikan deklarasi DAP – Oleh Daing Yahya

Satira/cerpen

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Minggu lalu DAP telah mengadakan Persidangan Kebangsaanya di Shah Alam, Selangor. Saya tidak berminat mengulas apa yang mereka bisingkan. Cumanya, saya ingin berkongsi rasa sedih dan pilu apabila saya melihat bumi Selangor yang suatu ketika dahulu adalah bumi parti kita tetapi kini DAP bersama Pakatan Rakyat telah berjaya mengadakan kongres mereka dengan begitu megah sekali.

Saya menangis siang dan malam mengenang nasib parti saya yang telah kalah di Selangor. Air mata ini tumpah kerana tidak sanggup untuk melihat manusia seperti Lim Guan Eng, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan konco-konco mereka menginjak-injak gembira atas kebebasan berhimpun di bumi Selangor.

Jika parti saya tidak korup di Selangor, pasti muka-muka DAP ini tidak akan dapat menjejakkan kaki mereka di bumi parti kita ini. Jika bekas MB Selangor tidak bermain politik penyapu, tidak bina mahligai besar, pasti habis Pakatan Rakyat kami sapu. Tapi apakan daya, nasi telah menjadi bubur nasi.

Bahasa Malaysia

Perisik-perisik saya telah memberitahu bahawa persidangan DAP kali ini, ramai perwakilan yang datang dari seluruh negara dan pelbagai kaum. Dalam ucapan perbahasan itu, saya diberitahu bahawa sudah mula ramai pembahas yang berucap dalam Bahasa Malaysia.

Saya diberitahu bahawa sebelum era tsunami 2008, kongres DAP ini semuanya berbahasa Inggeris dan Cina. Sikit-sikit saja berbahasa Malaysia. Tetapi kini telah berubah.

Pada saya ini perkembangan yang sangat berbahaya kerana orang-orang DAP ini sudah mula pandai menguasai Bahasa Malaysia. Jika mereka pandai berbahasa Malaysia, ramai orang Melayu akan tertarik dengan parti ini. Ini pula bencana bagi parti kita.

Jika orang-orang DAP pandai berbahasa Malaysia, pastilah orang Melayu akan mudah faham tentang perjuangan DAP. Jika mereka sudah faham, pastilah pula mereka akan sedar bahawa DAP ini parti yang demokrat, adil dan bersih.

Sudah tentu perjuangan parti saya tidak akan releven lagi. Al-maklumlah, parti saya ini hanya untuk kaum Melayu, begitu juga dengan kawan-kawan kita MCA dan MIC, masing-masing untuk Cina dan India sahaja.

Generasi muda

Perisik-perisik saya juga ada melaporkan bahawa pada persidangan DAP itu kelihatan semakin ramai orang Melayu khususnya orang muda telah hadir sebagai penyokong dan pemerhati. Pada hemat saya, ini juga satu perkembangan yang bahaya.

Mengapa saya katakan bahaya?

Kerana, jika ramai orang muda Melayu yang menyokong atau masuk DAP, pastilah parti saya akan semakin pupus pemimpin pelapis di masa hadapan. Ini pasti akan merosakkan rancangan kita untuk melakukan transformasi parti. Nak harap ketua pemuda kita yang ada sekarang ini, susahlah, asyik main futsal dan tweetting saja.

Saya pelik melihat gelagat anak-anak muda Melayu ini. Kita dah bagi macam-macam. Dah bagi kebebasan berhimpun, dah bagi tahu akan pinda AUKU, sekarang ini saya juga dah bagi baucer bantuan untuk membeli buku berharga RM200. Tetapi hingga kini, budak-budak ini masih lagi berdegil tidak mahu menyokong parti kita.

Apa lagi yang mereka mahu? Duit dah bagi, kebebasan akan saya bagi, sekarang mereka nak apa lagi? Apa istimewa sangat parti DAP itu? Kan lebih baik sokong dan masuk parti saya, senang nak dapat biasiswa belajar macam si Saiful Bukhari tu, contoh dah ada depan mata, tapi masih keras kepala.

Budak-budak macam Adam Adli tu, apa dia tahu tentang kebebasan akademik? Dia hanya tahu turunkan bendera muka pemimpin saya sahaja. Memanglah itu bukan bendera Malaysia atau bendera negeri. Tapi mana kita boleh biarkan bendera pemimpin besar kita dipermainkan. Ha, sekarang dah kena gantung belajar, padan muka.

Err..bukan parti kita tak mahu kebebasan pelajar tapi cukuplah kebebasan yang kita tentukan. Pelajar tidak ada hak nak tentukan kebebasan sendiri.

Bukti transformasi

Ingatlah bahawa saya akan terus berjuang demi keadilan, transformasi yang sedang parti kita lakukan ini pasti akan berjaya dengan syarat anda terus mengundi saya dan parti saya.

Contoh paling nyata adalah kes Lelaki X yang telah dibebaskan oleh mahkamah. Memangkah saya marah kerana hakim berani tunjuk pandai dengan mendaulatkan undang-undang. Sepatutnya hakim kena ikut cakap parti. Kalau bukan kerana parti kita, tak kan hakim tu dapat jadi hakim.

Tapi nasi sudah menjadi bubur. Oleh kerana hakim sudah membuat keputusan, kita pun terpaksa terima. Tentulah saya kena kata ia adalah bukti transformasi. Kalau tidak mana nak letak muka kita?

Apa pun media massa masih kita punya. Apa yang media massa tulis dan siar, itulah yang rakyat akan percaya. Tuan-tuan dan puan-puan pun mestilah percaya kerana masa depan anda bergantung kepada pemerintahan parti kita.

Apa deklarasi?

Berbalik kepada persidangan DAP itu tadi, perisik-perisik saya memberitahu bahawa DAP telah mengumumkan Deklarasi Shah Alam yang ada sebut tentang solidariti ekonomi iaitu:

Perlaksanaan gaji minimum
Menghubungkan terus kadar kenaikan gaji minima dengan kadar inflasi
Memupuk penyertaan tenaga kerja wanita
Mengurangkan pegntungan kepada buruh asing
Melonjakkan ekonomi melalui teknologi dan automasi
Membanteras korupsi, rasuah dan ketirisan memalui pentadbiran berteraskan prinsip CAT ( cekap, akauntabel dan telus)
Meluhurkan undang-undang
Mempertahankan hak-hak sah pekerja
Memanglah semua itu baik tapi kalau dilaksanakan, hancurlah parti kita. Mana ada peluang untuk ketua-ketua bahagian dan kroni-kroni kita nak cari makan kalau semuanya cekap, akauntabel dan telus?

Memang kita tahu ramai kontraktor Melayu yang cekap dan berkelayakan. Tapi mereka bukan ahli parti kita. Seperti yang terjadi di Pulau Pinang, ramai kontraktor kita tak dapat projek kerana tak cukup kelayakan. Walau pun Melayu yang layak dapat projek, ini tidak adil kerana kontraktor-kontraktor parti kita yang kurang cekap tidak mendapat apa-apa.

Saya nak terangkan bahawa soal nak membanteras korupsi ini bukanlah satu kerja yang mudah. Rasuah di kalangan pemimpin parti kita sudah menjadi budaya. Kalau tak ada rasuah, susahlah nak menang. Nasib baik kita kawal media massa. Jadi bolehlah kita gunakan istilah "politik wang" untuk menggambarkan rasuah. Kalau tidak malulah kita kerana orang Melayu di kampung akan tahu kita bergelumang dengan rasuah.

Transformasi yang pemimpin kita nak buat itu memang bagus. Tapi kalau nak ubah sesuatu yang sudah menjadi budaya macam parti saya ini, kenalah ambil masa. Lainlah DAP yang sudah lama mengamalkan budaya cekap, akauntabel dan telus.

Jadi, jangan pedulikan deklarasi DAP. Jangan pedulikan itu semua. Yang penting, terus sokong parti kita. Bila kita kekal berkuasa, yang mendapat pangkat, kedudukan dan projek adalah pemimpin kita juga.

Apa salahnya orang Melayu tumpang gembira dengan kejayaan para pemimpin kita. Atau adakah orang Melayu rela gadaikan maruah bangsa yang parti kita perjuangkan demi mewujudkan kerajaan bersih, cekap dan telus yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat?

Sanggupkah kita melihat orang Melayu maju tetapi para pemimpin parti kita hidup merempat? Sanggupkah kita melihat anak-anak Melayu mampu bersaing dengan kaum lain sedangkan para pemimpin parti kita tidak ada peluang lagi untuk mendapatkan projek-projek besar?


==================================================================================================


==================================================================================================
==================================================================================================
==================================================================================================
==================================================================================================
==================================================================================================
==================================================================================================



  





Re: RG2011... Artikel : Apa pandangan anda???

 

Hehe... Biasa di tulis  3. 159....  4. 78... 10. 12

Untuk makluman angka yang pertama adalah surah. Misalnya 3.159 surah yang ke 3 dan ayat yang ke 159.


2012/1/31 ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com>
 

Salam,

Ayat ini dari surah Ali-Imran ayat 159 
Sila semak...

2012/1/31 suratman rohayati <>

salam... ini ayat dari surah apa???
skrg ni penipuan aqidah terlalu berleluasa, ada yang diambil dari injil untuk memesongkan aqidah orang Islam....
 
PERHATIKAN DI AKHIR AYAT TERSEBUT : TIDAK DINYATAKAN DARI SURAH MANA DAN NOMBOR VERSI CTH (3:159) HANYA TERDAPAT DALAM KITAB INJIL....
 
 
 
SUBHANALLAH....
 

--- On Tue, 31/1/12, A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my> wrote:

From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
Subject: RE: RG2011... Artikel : Apa pandangan anda???
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "mahligai@yahoogroups.com" <mahligai@yahoogroups.com>, "uitm-melaka@yahoogroups.com" <uitm-melaka@yahoogroups.com>, "hidayahnet@yahoogroups.com" <hidayahnet@yahoogroups.com>, "melayucyber@yahoogroups.com" <melayucyber@yahoogroups.com>, "tipah@yahoogroups.com" <tipah@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, 31 January, 2012, 11:53 AM


 

Nicely written....if anybody wish not to go straight...fine, confine it to your own bedroom...do not show to the world that u like "kilang kunyit"..and be proud of it...

 

U shall never try to convince other people that your crookedness is your right and shall be respected...this right must be confined to your bedroom..

 

By asking others to accept and respect your right to be what u want to be in the public, is like asking other people to accept the fact that it is ok to destroy the very fundamental of a society...Marriage between a man and a woman not a marriage between asshole and asshole..

 

And others have got the right not be disturbed by your crooked thoughts and behaviour.

 

What haram is haram...u cannot ask people to accept haram behaviour, styles or even thoughts....Allah rules never change....

 

today u said, accept the rights for man to go after man in the bedroom, 100 years down the road your great great great grandchildren who follow these thoughts will say its ok now to whack another man in the public park...

 

Be aware of the devils strategies to led man to astray, for the devils are willing to wait a thousand years to take you into  the fire of hell...

 

We must have stoped the tiniest idea of this Kaum Luts before it even seeds...

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of halawah shop
Sent: Tuesday, 31 January, 2012 9:38 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; uitm-melaka@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Artikel : Apa pandangan anda???

 

 

"Maka menerusi belas kasihan Tuhanlah kamu [Wahai Rasul] berlemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu. Maka maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan bagi mereka; dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan awam….."  [3:159]

Perbahasan mengenai homoseksualiti dan Islam bukanlah perkara asing dan taboo bagi para pengkaji dan pemikir. Daripada aspek hukum sehingga bagaimana masyarakat sewajarnya menyantuni isu ini telah dibahaskan dengan begitu panjang lebar oleh para sarjana.

azlanSayangnya, sikap masyarakat Islam yang tidak berupaya mencedok dan menghadam perbahasan tersebut dengan berhati-hati telah menjejaskan imej yang ingin kita potretkan kepada Islam.

Islam bukanlah agama hukuman sebagaimana yang difahami oleh kebanyakkan Muslim. Bahkan ia adalah agama yang penuh dengan kasih sayang dan mempromosikan keamanan sesuai dengan maknanya – sejahtera.

Trend beragama di Malaysia sangat membimbangkan, kita terlalu rigid dan menyempitkan agama di dalam perkarangan masjid dan surau sahaja. Kita mudah untuk mengharamkan dan menghalalkan sesuatu tanpa berfikir panjang dan mengambilkira situasi dan keadaan semasa. Jika ia tidak halal pasti ianya haram dan begitulah sebaliknya. Ketahuilah Islam lebih luas dari masjid dan surau kita.

Apabila timbul isu Elton John dan Seksualiti Merdeka, ramai Muslim termasuk badan-badan NGO yang membawa jenama Islam melenting dan menunjukan reaksi yang tidak wajar.

NONEAlasan mereka mudah, perkara seperti ini mempromosikan cara hidup yang tidak Islamik. Kononnya ramai anak muda Islam yang akan terpengaruh dengan cara hidup yang berkiblatkan barat.

Seperti biasa, PERKASA adalah antara yang terawal membuat laporan polis diikuti dengan badan-badan lain dan individu yang kononya risau dan khuatir dengan perkembangan ini.

Rasuah juga satu dosa

Saya tidak bercadang untuk memanjangkan perbahasan tentang hukum homoseksualiti dari sudut agama, kerana ianya jelas. Mahu atau tidak kita mengakui homoseksualiti merupakan suatu dosa dan bertentangan dengan norma – norma agama. Namun sekiranya inilah yang menjadi kegusaran PERKASA serta badan – badan NGO dan individu Muslim yang lain, kegusaran ini tidak berasas.

azlanKetirisan dalam pentadbiran kerajaan merupakan satu dosa, rasuah juga merupakan satu dosa, penganiayaan terhadap buruh juga merupakan satu dosa, membolot kekayaan negara untuk kroni dan keluarga juga merupakan satu dosa. Bahkan ianya lebih besar dan wajar untuk kita ambil peduli kerana ia melibatkan harta rakyat dan negara. Ia bukan maksiat peribadi.

Islam tidak pernah bersetuju dengan homoseksualiti tetapi Islam adalah agama yang sangat menghormati hak peribadi individu sehingga Allah menegaskan di dalam Surah Al – Hujarat ayat 12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang.."

Tidak menjadi tugas dan kewajipan pemerintah Islam untuk mengintip dan mencari-cari kesalahan dan maksiat individu yang dilakukan secara tertutup dan tersembunyi.  Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Muawwiyah mendengar Rasulullah (S.A.W) bersabda:

"Sesungguhnya engkau, jika mencari-cari keaiban orang ramai, nescaya engkau merosakkan mereka atau hampir merosakkan mereka"


Samada kita suka atau tidak, homoseksualiti merupakan satu realiti yang mesti kita terima. Pergilah ke ceruk mana sekalipun kita tidak dapat lari dari realiti ini.

Hukum berimankan 'Ma'boon'

Bahkan sekiranya kita membuka teks–teks klasik fiqh, kita pasti akan bertemu dengan perbahasan mengenai 'Ma'boon', iaitu lelaki yang mempunyai perasaan terhadap lelaki lain. Para sarjana Mazhab Maliki menyatakan sah hukumnya berimamkan seorang 'Ma'boon'.

NONESaya merasakan kita sewajarnya mengambil langkah yang lebih realistik dalam menyantuni isu ini. Banyak persoalan yang lebih utama untuk kita bangkitkan. Penindasan dan sikap double-standard masyarakat terhadap golongan LGBT ini merupakan sesuatu yang amat membimbangkan. Baca sahaja laporan media dan internet, berapa ramai remaja yang kehilangan nyawanya setiap hari hanya kerana dia seorang homoseksual? Apakah jiwa mereka tidak bernilai pada mata kalian? Adakah ini yang Allah perintahkan?

Adakah kerana mereka homoseksual maka darah mereka halal untuk dikorbankan ? Maruah mereka boleh dipermainkan? Mereka boleh didiskriminasikan dan diperlakukan sesuka hati? Jika jawapannya 'Ya', maka kita bukan sahaja tidak layak menjadi seorang Muslim bahkan tidak layak langsung menjadi manusia. Allah berfirman:

"...Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia keseluruhannya" [5:32]

Kita bebas untuk tidak bersetuju dengan perbuatan mereka. Tetapi sebagai manusia, mereka wajar dihormati dan diperlakukan selayaknya. Tindakan singkat akal yang dilakukan atas nama Islam dalam isu ini telah mencacatkan wajah Islam sebagai agama yang toleran dan penuh dengan kasih sayang. Kenapa Muslim senang sekali menjauhkan manusia lain dari Tuhannya?

Tuhan tidak pernah berjenaka apabila Dia mengatakan:

"Belas kasihku meliputi segala benda...." [7:156]

Ya Allah sesungguhnya hamba-Mu telah menyampaikan!



--

Facebook : Halawah Shop
Kedai online : Halawah shop
Laman web : Susu kambing hi goat
Berminat untuk jadi ahli : Daftar ahli

 




--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.





--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) - Feb 2012

 

Jawatan Pegawai Latihan Vokasional tak ader ke?
tak mau ler penolong.. Saya Degree Holder...

From: pe4ce <pe4ce_69@yahoo.com>
To: ApaApaAje@yahoogroups.com; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk; mahligai@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com; penawarku@yahoogroups.com; Relexjap@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; saujanaku@yahoogroups.com; TemanHidup@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com; MANGKUKHAYUN@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, February 1, 2012 11:49 AM
Subject: RG2011... Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) - Feb 2012

 
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

1. Akauntan
2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
3. Penolong Pegawai Undang-Undang
4. Penolong Pegawai Latihan Vokasional


DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN



TARIKH TUTUP : 17 Februari 2012


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... IKLAN : PENGEDARAN RISALAH

 

SALAM....,

Saya dari TANGAN EXPRESS(002040760-X)iaitu syarikat yang berpengalaman dalam membantu peniaga-peniaga dan syarikat-syarikat bagi menaikkan jualan syarikat, menawarkan perhidmatan pengedaran risalah di dalam akhbar harian....setiap hari..
iaitu di dalam akhbar,metro,the star,berita harian dan utusan.....di seluruh kawasan KUALA LUMPUR,SUNGAI BULOH DAN RAWANG SAHAJA....Setiap syarikat atau individu yang berminat,boleh memilih lokasi edaran dan jenis akhbar yang di inginkan.....

DI SINI SAYA LAMPIRKAN HARGA BAGI EDARAN RISALAH:

1>1000 KEPING-4000 KEPING=RM0.06 SEN SEKEPING

2>5000 KEPING ATAS KEPING=RM0.05 SEN SEKEPING




TANGAN EXPRESS(002040760-X)
NO.11-0,JALAN 2/112F,PANTAI INDAH,
JALAN PANTAI DALAM,
59200 KUALA LUMPUR

HUBUNGI:PENGURUS PEMASARAN
019-3094929(Along)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Kedai tayar dan rim yg terbaik di Penang..Sapa tau?

 

cuba cari dalam mudah.my


From: PieLan <phoqlae09@yahoo.com>
To: "Kelakar@yahoogroups.com" <Kelakar@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, February 1, 2012 2:18 PM
Subject: RG2011... Kedai tayar dan rim yg terbaik di Penang..Sapa tau?

 

Salam,

Nak tanya kawan2 kalau boleh rekomen kedai tayar ngn sport rim yg terbaik dr segi harga dan workmanship kat area Penang. Kalau boleh sebelah mainland la sbb sy duduk sblh sini...sy plan nak tukar rim dr 16" ke 15" n tayar 195/55/15 utk wira se..

harap2 ada yg bleh bg info..

tq.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... 12 -MOVIE FREE- Anugerah Juara Lagu Ke-26 (2012) SDTVRip TV3 MKV Mediafire

 

Anugerah Juara Lagu Ke-26 (2012) SDTVRip TV3 MKV Mediafire



Anugerah Juara Lagu Ke-26 (2012) SDTVRip TV3 MKV Mediafire

Synopsis
12 buah lagu berentap untuk merebut juara lagu, namun siapakah yang bakal membawa pulang wang tunai RM35,000? Bersama hos Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

Trailer


Screenshot


Download

MKV (899mb)

MEDIAFIRE
part 1- http://adf.ly/594IE
part 2- http://adf.ly/594JE
part 3- http://adf.ly/594KS
part 4- http://adf.ly/594LE
part 5- http://adf.ly/594M1


dh click link part 1-5, click SKIP AD twos kat atas belah kanan monitor..

nanti kuar mediafire ader link kasi click itu link..

kalo xdak 7-zip download 7-zip kat link nie.. http://adf.ly/3Qc0E

1. dh download part1-5

2. save kat dlm 1 folder part 1-5

3. click all part 1-5

4. right click--> 7-zip

5. extract file.

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... 12 -MOVIE FREE- A Dangerous Method (2011) 720p BDRip MKV Mediafire

 

A Dangerous Method (2011) 720p BDRip MKV Mediafire



A Dangerous Method (2011) 720p BDRip MKV Mediafire

Synopsis
A look at how the intense relationship between Carl Jung and Sigmund Freud gives birth to psychoanalysis.

Genre
Drama | Thriller

Trailer


Screenshot


Download

MKV (600mb)

MEDIAFIRE
part 1- http://adf.ly/594PD
part 2- http://adf.ly/594QU
part 3- http://adf.ly/594RP

Subtitle

dh click link part 1-3, click SKIP AD twos kat atas belah kanan monitor..

nanti kuar mediafire ader link kasi click itu link..

kalo xdak 7-zip download 7-zip kat link nie.. http://adf.ly/3Qc0E

1. dh download part1-3

2. save kat dlm 1 folder part 1-3

3. click all part 1-3

4. right click--> 7-zip

5. extract file.

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___