Alhamdulillah.
Laporan Berita/news ni saya kadang kadang kurang yakin dan percayalah.
Contohlah ada satu berita tempatan pada satu ketika pernah melapur tentang kemalangan di suatu situasi yang saya ada di situ menyaksi kejadian.
Dalam berita mengatakan selepas kemalangan berlaku pihak P dan B datang segera kesitu untuk menyelamat mangsa kemalangan dan mengawal lalu lintas dan Ambulan membawa mangsa ke HUS.
Yang saya tenggok dan saksi ialah : Berlaku sahaja kemalangan orang yang lalu lalang disitu berhenti untuk memberi pertolongan. Ada seorang hamba Allah berani diri untuk mengawal perjalanan kereta supaya tidak sesak. Dua 3 orang cuba hubungi pihak Polis dan Bomba . Saya sendiri tolong orang ramai tarik mangsa yang dah meninggal keluar dari kereta. Adalah seorang pemandu kereta 4WD berbangsa cina turun juga tenggok kemalangan. Saya tanpa segan silu mintu tolong dia hantar mangsa ke HUS kuching. Tanpa banyak cengeh dia pun bersetuju walau pun dia kata dia terpaksa segera pergi ke Sibu. Orang ramai angkat mangsa kedalam kereta dan segera dia bertolak ke HUS.
Orang ramai banyak yang mengeloh hampir 30 minit berlalu.
Saya dan isteri meneruskan perjalanan kami. Bila kami dah jauh sayup sayup kedengar bunyi siren.
Itulah cerita yang pernah saya alami sendiri tentang berita.
Maaf Mengungkit.
From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, January 31, 2012 12:00 PM
Subject: RE: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
To: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, January 31, 2012 12:00 PM
Subject: RE: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
Choice is yours!!!
Rasulullah memang special...Tapi kamu mampu nak dakwah Yahudi hari ni???LGE pun tak boleh nak tukar...lagi mau sokong Yahudi...dream on..
By the way, Rasulullah juga juga kata jangan ambil perjanjian dengan orang Yahudi dan Nasrani....
Islam kata sapa2 sahaja yang menetang apa2 yang ada dalam Al Quran adalah ...pandai2lah jawab...Dan DAP terang2 menentang hukum HUDUD...so HARBI la dia...
From: rbk_2020 [mailto:rbk_2020@yahoo.com.sg]
Sent: Tuesday, 31 January, 2012 11:12 AM
To: A. Bakar Attan; respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
Sent: Tuesday, 31 January, 2012 11:12 AM
To: A. Bakar Attan; respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
Siapa yang merapu?
Kamu ada buat statement hari2 baca fatihah tapi sokong Yahudi...
Baginda Rasullullah SAW pun hari2 baca fatihah tapi hari2 boleh suap makan Yahudi buta hari2 makan....
Eloklah kamu ambil iktibar dari kisah2 teladan... Tak habis2 nak menjatuhkan DSAI & menyokong segala apa yang BN buat walaupun salah.... Kamu sokong aje lah Melayu2 yang yang rasuah sebab mereka berbangsa Melayu & kamu tentanglah YB LGE walaupun banyak kebaikkan yang dibuat sebab YB LGE berbangsa Cina & bukan bangsa Melayu...
Islam ajar kamu buat macam tu ke???
From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 31 January 2012, 9:55
Subject: RE: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
To: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 31 January 2012, 9:55
Subject: RE: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
Ini cerita si Bunga bukan cerita haq orang lain....jgn merapu focus issue la brother...
Kurang2 adagak otak walau kat lutut...masih boleh beza apa dicerita...
From: rbk_2020 [mailto:rbk_2020@yahoo.com.sg]
Sent: Monday, 30 January, 2012 2:55 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: A. Bakar Attan
Subject: Re: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
Sent: Monday, 30 January, 2012 2:55 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: A. Bakar Attan
Subject: Re: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
Sorang datuk T tu 'Terlajak' main budak bawah umur & yang sorang lagi tu pegang quran 'Terbalik' masa bersumpah....
Dah teruk kena 'Tibai' baru nak keluarkan video berwarna sebab yang dulu hitam putih....
Ada otak pakai atau kalau otak dah pindah ke lutut pergilah jumpa doktor buat pembedahan lutut untuk pindahkan otak tu semula ke kepala...
http://greenboc.blogspot.com/2011/08/najib-masuk-hospital-bedah-kepala-lutut.html
From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 30 January 2012, 11:08
Subject: RE: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 30 January 2012, 11:08
Subject: RE: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
Kalau begitu bacaannya , maka trio Dato T tidak boleh disalahkan dalam membuka pekung si Bunga...kerana niat dan usaha adalah untuk memberitahu rakyat jelata bahawa siBunga tidak layak untuk menjadi pemimpin apatah lagi bila dia sudah terang2 sudi untuk berjuang bagi pihak Yahudi dan Nasrani..
Make sense?
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of roslan mohd
Sent: Wednesday, 25 January, 2012 4:34 PM
Subject: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
Sent: Wednesday, 25 January, 2012 4:34 PM
Subject: RG2011... Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
Oleh Tolhah
Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.
Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.
Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.
Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi[4] mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.
Kesimpulannya adalah seperti berikut
1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.
2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.
3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"
4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.
5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.
6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.
Kesimpulan
Hasil daripada 6 keadaan yang dibolehkan mengumpat ini, kita dapati bahawa mendedahkan kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah UMNO pada hari ini adalah dibenarkan oleh Syarak atas sebab-sebab berikut:
1. Kemungkaran yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO pada hari ini seandainya tidak didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat akan tertipu dengan zahir kebaikan mereka lantas mereka akan memilih UMNO sebagai parti yang memerintah. Namun apabila penyelewengan pemimpin-pemimpin UNMO didedahkan kepada masyarakat, maka ia akan mendorong mereka untuk menggantikan pemimpin-pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat.
Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan mereka adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa oleh kejahatan mereka yang tidak mahu meletakkan Islam sebagai pemutus kepada setiap keputusan negara.
Al-Imam Al Nawawi menyatakan di dalam syarah Sohih Muslim contoh-contoh ghibah dan umpatan yang dibenarkan:
ومنها أن يكون له ولاية لا يقوم بها على وجهها لعدم أهليته أو لفسقه فيذكره لمن له عليه ولاية ليستدل به على حاله فلا يغتر به ويلزم الاستقامة
Maka kalaulah pada zaman Khilafah Islamiah, seseorang rakyat boleh mendedahkan kepada Khalifah keburukan para menteri yang berada dibawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegurnya ataupun menggantikannya dengan menteri yang baru,
maka kita pada hari ini boleh untuk mendedahkan kepada rakyat kezaliman pemerintah dan tidak amanahnya mereka terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini di dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini.
2. Kemungkaran yang dibuat oleh pimpinan UMNO pada hari ini kebanyakannya dibuat secara terang-terangan. Maka ketika itu Islam tidak melarang mana-mana individu untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan secara zahir tersebut kepada rakyat dan orang awam.
Al Iman Al-Ghazali berkata:
وكانوا يقولون ثلاثة لا غيبة لهم الإمام الجائر والمبتدع والمجاهر بفسقه
Maka ini dengan jelas membuktikan bahawa pemerintah yang zalim, mendedahkan kezaliman mereka adalah dibenarkan agar masyarakat dapat selamat daripada kezaliman mereka. Pemerintah yang zalim juga telahpun membuat kezaliman tersebut secara terang-terangan.
Dari konsep kenegaraan pada hari ini, menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.
3. Pendedahan kejahatan para pemerintah pada hari kepada masyarakat adalah atas sebab kita ingin meminta bantuan masyarakat untuk mengubah kezaliman pemerintah dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh perlembagaan Malaysia.
Penutup
Walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada rakyat kejahatan dan kezaliman para pemimpin yang zalim, namun keharusan ini hendaklah atas dasar ingin mencegah kemungkaran.
Namun, seandainya kemungkaran yang dilakukan oleh para pemimpin adalah kemungkaran tertutup yang hanya berkait antara dia dan Allah yang tidak melibatkan sebarang kezaliman kepada rakyat , maka haram hukumnya kita mendedahkan kejahatan yang disembunyikan oleh pemimpin tersebut kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini akan mendedahkan aib seseorang itu. Selagi mana kemungkaran itu tidak dilakukan secara terang-terangan maka kita tidak boleh mendedahkannya kepada masyarakat
http://naunganalquran.blogspot.com/
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment