BADRUL HISHAM: Semangat Auku tahun 1971 adalah untuk mengekang gerakan dan aktiviti pelajar. Justeru, pada peringkat awal lagi saya tidak bersetuju dengan hanya meminda Auku, kerana daripada semangat undang-undang tersebut jelas bahawa akta itu mahu mengekang aktiviti dan semangat pelajar itu sendiri. Pada SAMM, saya tegaskan Auku bukan perlu dipinda tetapi Auku perlu dimansuhkan dan perlu diganti dengan satu sistem undang-undang yang bukan mengawal tetapi menyelia aktiviti pelajar universiti dalam masa yang sama menggalakkan aktivisme pelajar di kalangan mereka. Jadi, sebarang usaha yang hanya untuk meminda sedikit demi sedikit Auku bermula zaman Tun Mahathir, di mana beliau telah meminda Auku di Parlimen ternyata pindaan tersebut bergerak ke arah lebih mengekang pelajar kerana Auku itu semangat kasarnya adalah untuk mengekang pelajar. Bagi saya kononnya kerajaan mahu meminda akta Auku adalah tindakan retorik sematamata. Ini kerana kalau kita membaiki sesuatu yang memang diwujudkan hanya kerana mengekang pelajar ia akan menjadi sebaliknya. Justeru, pandangan kita jelas mansuhkan Auku dan gubal undang-undang baru. Kebangkitan mahasiswa agak agresif sejak akhir-akhir ini. Mengapa? Kita kena lihat, dari sudut kenapa negara-negara Arab di mana orang muda negara mereka bangkit? Isunya adalah kebebasan! Isunya adalah ruang demokrasi. Contohnya di Libya, dari segi kebajikan rakyat amat jauh daripada Malaysia, tetapi kenapa ada riak-riak protes di Libya sehingga menyebabkan jatuhnya kerajaan yang mentadbir Libya ketika itu? Hanyalah kerana ruangruang kebebasan. Rejim yang memerintah Malaysia tidak faham kehendak anak-anak muda sekarang ini. Mereka memerlukan ruang untuk mengeluarkan pendapat, ruang untuk mereka bertindak. Mahasiswa sudah cukup agresif? Bagi saya belum agresif! Saya masih malu anak muda Malaysia baru bertindak turunkan bendera Perdana Menteri. Seharusnya kalau perkara ini diambil kira berdasarkan kayu pengukur dengan gerakan anak muda dan mahasiswa di seluruh dunia, kita harus rasa malu! Kenapa? Protes mahasiswa hanya turunkan bendera berwajahkan Perdana Menteri dan kita bagi tahu ini adalah paling tidak radikal! Kalau disenaraikan tindakantindakan dalam gerakan anak muda di seluruh dunia. Ini kerana, gerakan pelajar dan mahasiswa di negara lain sudah turunkan Perdana Menterinya, kita baru turunkan bendera Perdana Menteri sudah jadi gundah gulana. Bagi saya mudah, kerana itu dalam pakatan Rakyat perlu memandang serius perkara ini di samping membuka ruang yang sesuai dan explore ruang-ruang ini untuk bagi kepada anak-anak muda seperti mahasiswa. Adakah kerana Auku mahasiswa hari ini memperlihatkan 'taringnya' sehingga mereka sanggup berdepan dengan tindakan gantung pengajian? Saya puji mereka kerana kali ini mahasiswa bangkit bukan sekadar menentang Auku sebaliknya mereka sudah menghantar memorandum yang mengandungi cadangan undang-undang barubaru yang menggantikan Auku. Jadi sebeginilah yang harus kita bergerak cuma sejauh mana penerimaan kerajaan dan akta yang disentuh ini lebih terbuka. Memandangkan ramai yang beranggapan yang mempersoalkan mahasiswa ini tidak fikir soal negara, melahirkan generasi yang tidak memikirkan soal negara, masalah sosial dan sebagainya. Perkara ini berlaku kerana apa? Apabila mahasiswa hendak bangkit dan ada idea sendiri, kerajaan pula tidak bagi. Akhirnya mereka marah dan fikir, kamu bagi hutang PTPTN kemudian ibu bapa akan bercakap dan mengingatkan anak-anak mereka supaya belajar baik-baik sebab ada hutang PTPTN. Lepas habis belajar dan sudah mula hendak memikirkan soal negara ada halangan sebab ada hutang dengan PTPTN yang perlu dijelaskan! Akhirnya, negara ini akan jadi negara yang mandul kerana anak mudanya akan mati. Betulkah dakwaan mereka turunkan bendera gambar PM kerana hasutan pembangkang? Kalau saya katakan pembangkang (Pakatan Rakyat), menghasut mahasiswa turunkan bendera saya sepatutnya malu menjadi pembangkang Malaysia. Kerana hanya mampu hasut turunkan bendera Perdana Menteri sahaja. Seharusnya kita hasut mereka untuk keluar dan menurunkan kerajaan itu. Segala perkara yang mahasiswa bangkit dan tidak sokong kerajaan sudah pasti mereka menuduh pembangkang iaitu Pakatan Rakyatlah yang ada hari ini. Ini bukan tuduhan baru. Suharto di saat kejatuhannya dia sendiri mengeluarkan kenyataannya bahawa kebangkitan mahasiswa bukan sekadar dipengaruhi politik tetapi percaturan yang dilakukan oleh orang asing. Percaya dan yakinlah jika mahasiswa terus bangkit selepas ini mereka juga dituduh mereka jugalah yang dicaturkan oleh pihak-pihak asing. Ini adalah perkara biasa dan pengulangan sejarah yang biasa dilakukan. Siswa keluar dari bawah tempurung Auku KETIKA beberapa kelompok mahasiswa bangkit secara terang-terangan menentang Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) mungkin ada yang beranggapan, ia perbuatan tidak wajar bagi seorang yang bergelar mahasiswa. Ini kerana, anggapan mereka yang menganggap mahasiswa sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja dan tidak ambil tahu hal luar dan hal dunia luar, sudah tidak terpakai dalam situasi sekarang. Yang tidak mahu berubah, mereka yang duduk dalam Umno dan BN. Itulah sebabnya, Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berkali-kali memberi ingatan kepada orang-orangnya "berubah jika tidak mahu rebah". Sepatutnya, kebangkitan mahasiswa ini dianggap sebagai sesuatu yang subur. Ia bukan perlu dilawan atau dibetak, tetapi mereka perlu ditemui dan dirundingi. Jika mereka didekati, mustahil keadaan seperti apa yang berlaku sekarang boleh terus berlaku. BN sepatutnya sudah mempunyai kesedaran. BN sudah mempunyai banyak pengalaman di dalam mendepani mahasiswa. Kebangkitan mahasiswa bukan berlaku semalam tetapi sudah pernah berlaku pada tahun 70-an. Kenapa BN tidak mahu belajar dari pengalaman terdahulu? Satu perangai kepimpinan BN ialah mereka tidak pernah mengambil pengajaran daripada apa yang pernah berlaku dan paling mudah, akhirnya nanti mereka menyalahkan pihak lain. Ambil contoh kekalahan BN (Perikatan) dalam tahun 1960 (dikira awal 70-an) di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor dahulu. BN tewas di Pulau Pinang di tangan Gerakan sebelum Gerakan menyertai BN sepatutnya tidak menyebabkan BN hilang akal bila mereka tewas dalam tahun 2008 yang lalu. Apakah peristiwa kebangkitan pelajar pada tahun-tahun 70-an dahulu (dan sebahagiannya sudah menyertai Umno sekarang) tidak cukup memberi pelajaran dan pengajaran kepada BN? Hari ini, apabila mahasiswa bangkit, mereka sebenarnya mahu keluar dari bawah tempurung yang dikenakan oleh pihak universiti. Pihak universiti pula meletakkan tempurung kerana mahu menjaga hati pimpinan parti tertentu supaya jawatan yang mereka sandang di universiti, terus kekal. Tidak hairanlah kalau ada Naib Cancelor (VC) Universiti (IPTA) sekarang, sudah pernah dikaitkan dengan dakwaan rasuah. Tetapi disebabkan ada kepentingan politik parti pemerintah, si anu ini boleh dilantik menjadi VC. Apakah tidak malang nasib universiti dan apakah kesannya kepada mahasiswa? Memang ada beberapa orang pemimpin pelajar di universiti, siang dan malam berada di pejabat-pejabat menteri. Mereka diberi habuan dan dibantu dalam menganjurkan program. Tidak Betulkah dakwaan mereka turunkan bendera gambar PM kerana hasutan pembangkang? Kalau saya katakan pembangkang (Pakatan Rakyat), menghasut mahasiswa turunkan bendera saya sepatutnya malu menjadi pembangkang Malaysia. Kerana hanya mampu hasut turunkan bendera Perdana Menteri sahaja. Seharusnya kita hasut mereka untuk keluar dan menurunkan kerajaan itu. Segala perkara yang mahasiswa bangkit dan tidak sokong kerajaan sudah pasti mereka menuduh pembangkang iaitu Pakatan Rakyatlah yang ada hari ini. Ini bukan tuduhan baru. Suharto di saat kejatuhannya dia sendiri mengeluarkan kenyataannya bahawa kebangkitan mahasiswa bukan sekadar dipengaruhi politik tetapi percaturan yang dilakukan oleh orang asing. Percaya dan yakinlah jika mahasiswa terus bangkit selepas ini mereka juga dituduh mereka jugalah yang dicaturkan oleh pihak-pihak asing. Ini adalah perkara biasa dan pengulangan sejarah yang biasa dilakukan. hairan mereka ini akan rajin muncul di dada-dada akhbar membuat kenyataan menentang kebangkitan mahasiswa yang tidak pro-kerajaan. Apabila mahasiswa bangkit menggugat, tentulah ada yang rasa tergigit. Antara gugat dan gigit ini, Umno dan BNlah yang paling terasa peritnya. Banyak perkara yang mereka mahu disembunyikan, terdedah. Ini cukup merunsingkan. Lebih menarik, dulu kerajaan tidak mempunyai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pengajian Tinggi ini hanya satu jabatan sahaja di bawah Kementerian Pelajaran. Kini, KPT sudah mempunyai Menteri, dua orang Timbalan Menteri dan KSU sendiri. Malahan, ada beberapa orang Ketua Pengarah. Namun, kehadiran mereka di situ tidak mampu membendung kebangkitan pelajar-pelajar. Kenapa ya? Ada rasa kekaguman yang amat tinggi bila mendengar seorang mahasiswa yang dikenakan tindakan digantung tiga semester kerana tindakan menurunkan bunting foto Presiden Umno di luar Pejabat Umno. Katanya, dia tidak akan merayu kerana dia tidak pernah menghormati mereka (yang bertindak menggantungnya) itu. Malahan, dengan berani dan tegas, mahasiswa tahun tiga UPSI ini berkata, lebih baik pihak universiti memecatnya daripada menggantungnya. Bukan ramai manusia (termasuk mahasiswa) yang mempunyai cukup keberanian seperti ini. Tentulah ada sesuatu yang terbuku di hatinya hingga dia bertindak begitu ke depan! Namun, biasalah, mana ada orang yang berani menyokong keberanian yang jarang-jarang berlaku seperti ini dalam zaman ini? Akan datang nasihat, mungkin dari angin-angin sepoi-sepoi bahasa, "wahai para mahasiswa, belajarlah. Ibu bapa menghantar anda ke universiti kerana mahu anda menjadi pelajar yang berjaya dan cemerlang". Walaupun kita tahu suara itu datang dari mana, tetapi kerana suara-suara itulah akhirnya universiti di Malaysia melahirkan semakin ramai lelaki yang lembut perwatakannya dan tidak ada semangat untuk melawan. Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995. Auku bertujuan memberikan penubuhan, pengawalan, dan pentadbiran Universiti dan Kolej Universiti dan apa-apa jua perihal yang bersangkutan dengannya. Banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyenseksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undangundang. Matlamat utama terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang: penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan penggabungan di antara badanbadan pelajar. Merujuk kepada Auku sendiri dan juga Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib yang dianggotai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) ini adalah amat luas dengan meliputi kuasa menyiasat, menjalankan pendakwaan, mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut, dan membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Tidak terdapat pun sebarang peruntukan sama ada di dalam Auku mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut didakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. Auku sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti. Seksyen 15D pula menjadi ancaman utama kepada pelajar, terutamanya kepada pelajar yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah di luar, di mana pelajar terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Peruntukan ini jelas berlawanan dengan prinsip "a man is innocent until proven guilty" kerana pelajar terbabit telah pun "dihukum" sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. Berdasarkan kepada Kaedah Tatatertib Pelajar-Pelajar, manamana pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu: amaran; denda dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan dan dipecat dari universiti. Apa yang menjadi masalah, peruntukan ini adalah umum dan ia tidak menentukan urutan hukuman yang mesti diikuti. Bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan adalah berdasarkan kepada budibicara Jawatankuasa Tatatertib tanpa dipandu oleh apaapa peraturan tertentu. MAHASISWA telah berani beraksi. Kemunculan mereka dalam landskap politik baru, mengejutkan banyak pihak. Mereka berani, ada karisma dan idealisme. Tiada siapa mnghiraukan lagi politik kampus, melainka ketika musim kempen dan pilihan raya kampus diadakan. Selepas itu senyap! Mereka berarak dari Masjid Jamek ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Sesuatu yang lazim dilakukan oleh parti-parti politik oposisi di negara ini. Jarang-jarang mahasiswa turun ke jalan raya atas isu mereka. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) berjalan kaki dengan menjulang sepanduk,"Mahasiswa Bukan Robot", "Mansuhkan Auku", "Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik" serta menyatakan enam tuntutan Bebas. Laungan keramat penuh bersemangat daripada hampir 1,000 orang mahasiswa, cukup menerujakan. "Student Power!", "Mahasiswa Sayang Malaysia!", dan "Mansuhkan Auku" diselangi dengan ucapan daripada wakil-wakil front mahasiswa bergema sepanjang jalan raya di ibu kota Kuala Lumpur. Pengerusi SIGMA GAMIS, Rohayu Rusli memberitahu bahawa anak muda Malaysia mencipta sejarah apabila telah turun ke jalanan menyatakan pendirian hak bersuara serta prinsip mahasiswa mahasiswi dan anakanak muda Malaysia. "Kita tidak akan pernah berhenti menyuarakan kebenaran dan keadilan, menuntut hak yang selama ini dikekang. "Hari ini juga turut memperlihatkan bahawa partisipasi mahasiswi dalam himpunan, turut bersuara, turut hadir membarisi barisan anak muda, sejarah hari ini memberi amaran kepada pemerintah agar tidak bersenang lenang sedangkan rakyat dan mahasiswa dalam keperitan," jelas Rohayu. Presiden GAMIS, Akram Taib Azamudden semasa berucap pula memberitahu, rakyat menyaksikan satu himpunan dan perarakan laungan kebenaran memenuhi bandaraya Kuala Lumpur. "Ini bukti bahawa mahasiswa cukup muak dan benci terhadap akta zalim yang kita tuntut untuk dimansuhkan." GAMIS mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Bebas, Safwan Anang yang juga merupakan Timbalan Presiden Gamis serta seluruh pimpinan front mahasiswa yang telah menggerakkan kekuatan ahli untuk turut sama ke lapangan rakyat menyatakan pendirian kebenaran. Setelah menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke PWTC untuk menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan. Dan di sinilah bendera gambar Najib Tun Razak diturunkan dan dikibarkan bendera kebebasan akademik kira-kira selama lima minit. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah sudi turun untuk menerima memorandum Bebas. Beliau juga berkesempatan untuk menyampaikan pidatonya yang menyokong usaha mahasiswa menuntut kebebasan akademik. "Tahniah mahasiswa! Saya akan bersama-sama kamu semua untuk perjuangkan isu ini," ujar Saifuddin.
WARTAWAN :Seksyen 15, Auku 1971 akan dipinda bagi membolehkan pelajar IPT menyertai parti politik. Sejauh mana saudara lihat keikhlasan kerajaan dalam meminda akta ini?
Dulu, mungkin Auku perlu tetapi kini, ia mungkin sudah lapuk. Kematangan mahasiswa sekarang bukan lagi kematangan mahasiswa tahun 60-an dan 70-an. Keadaan sudah berbeza dengan persekitaran yang semakin banyak berubah.
Auku jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang
Kini mahasiswa yang senyap itu, melakarkan sejarah baru dalam kamus gerakan mahasiswa, apabila pada 17 Disember 2011, mereka bangkit mendesak kerajaan agar memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMahasiswa mahasiswi bpolitik? Sy org lbh snang ikut ALLAH kata," Bereh...". TAPI, Jgn smpai huru hara, kacau bilau. Mcm phimpunn xbersih. X aman mcm kt Tunisia & Libya. Ramai jiwa yg mlayang kerna ideologi plampau & kras korg. Jgn ganggu org cri mkn. Nk idup tenang. Kami bkn bahan korban org gilerrr!
ReplyDelete