Monday, January 30, 2012

Re: RG2011... IC palsu???

 

Bukalah pemikiran masing2,ini selalu berlaku bila waktu PRU nak diadakan...............para penggundi akan kelam kabut mencari tempat atau kawasan untuk mereka mengundi......di KL ,duduk di keramat mengundi di selayang.......kalau takda parti lain yang menjalankan siasatan dibawah ini kemungkinan besar mereka tidak dapat mengundi .......siapa yang rugi ......rakyat....bukan kerajaan..........INGAT TU!!!!!!!! 

From: Dhisa Sakun <dhisakun@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, January 29, 2012 7:19 AM
Subject: Re: RG2011... IC palsu???

 
Assalamualaikum,
Saya rasa mungkin kerani yang key-in nombor K/P tu tersilap key-in nombor K/P berkenaan. Maklumlah kalau dah beratus-ratus yang perlu di key-in dalam sehari pasti terdapat kesilapan. Kita manusia ni tak lari dari melakukan kesilapan. Mengikut kawasan tempat mengundi pun, penama mengundi di tempat yang sama. Sekiranya penama datang mengundi dengan membawa K/P asal dengan nombor yang betul, jadi nombor yang betul itulah yang akan digaris oleh kerani undi. Lainlah kalau tempat mengundi berbeza. Psl I/Cpalsu tu mungkin tak timbul....cuma kesilapan dalam memasukkan maklumat dalam sistem komputer. Wujudnya dua nama yang sama dengan nombor K/P yang berbeza, mungkin sistem komputer secara automatik mengesan kedua-duanya.


From: DSJ <sjcon@po.jaring.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 20 September 2011 12:18 PM
Subject: RE: RG2011... IC palsu???

 
Kalau dah palsu report kepada Polis atau sesiapa yang boleh menyiasat perkara ini,  mengapa buat kecoh sbegini,  pendedahan apa ini.
 
Shaari Jamlus
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of halawah shop
Sent: Tuesday, September 20, 2011 11:08 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com; uitm-melaka@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com
Subject: RG2011... IC palsu???
 
 
Suhaizan Kayat   
Berdasarkan kepada maklumbalas yang saya terima, terlalu ramai yang berminat untuk mengikuti pendedahan saya berkenaan lebih 10 ribu kes kad pengenalan yang berkemungkinan besar palsu seperti yang telah dikemukakan pada minggu lepas. Seperti yang dijanjikan saya akan keluarkan maklumat terbabit setiap hari bekerja, satu hari sepuluh data.
Saya tidak akan menentukan mana satu kad pengenalan yang palsu. Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menentukan mana yang palsu dan mana yang benar. Saya juga mohon kepada pemilik kad pengenalan sebenar agar dapat menampilkan diri membuat penjelasan.
Saya percaya ada pihak tertentu telah membuat manipulsi terhadap kad pengenalan sebenar ini bagi tujuan pilihanraya.  Ini sangat penting bagi kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab membuat semak dan imbang dalam sistem demokrasi di negara kita.
Walaubagaimana pun pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membisu seribu bahasa  adalah lebih maklum mana kad pengenalan yang benar dan mana yang palsu.
Terdapat dua identiti berbeza AZINAH BT MOHD FAZIN, pertama memiliki kad pengenalan 800829-02-5150 dan keduanya memiliki kad pengenalan 800820-02-5150. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan tarikh hari lahir sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR. 
Terdapat dua identiti berbeza EH NAM A/L EH WAN, pertama memiliki kad pengenalan 780515-03-5705 dan keduanya memiliki kad pengenalan 280515-03-5705. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan tahun lahir sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.
 
Terdapat dua identiti berbeza MOHD BAHAR BIN OMAR, pertama memiliki kad pengenalan 800105-02-5459 dan keduanya memiliki kad pengenalan 800105-02-5489. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan satu digit ke 11 sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR. 
 
Terdapat dua identiti berbeza DALIZA BINTI IBRAHIM, pertama memiliki kad pengenalan 790402-03-5966 dan keduanya memiliki kad pengenalan 790902-03-5966. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan bulan kelahiran sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.
Terdapat dua identiti berbeza FATEN DIANA BINTI HASSAN, pertama memiliki kad pengenalan 810522-03-5400 dan keduanya memiliki kad pengenalan 810822-03-5400. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan bulan kelahiran sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.
Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai, apakah ada unsur manipulasi pilihanraya melalui manipulasi kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara?
SUHAIZAN BIN KAYAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI PEMUDA PAS MALAYSIA
KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR


--
 




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment