Hahaha.....lagi kecoh pasal duit org! Org yg ada duit memang mcm tu. Kwn I kawin dgn org kaya 2 thn lepas, jumpa kat fb. Dia ckp dia buat bisnes kecil2an.....so bila nak kawin tgk barang hantaran bukan main lagi, dia dah risau. Duit hantaran pihak lelaki yg nak bg bkn pihak pempuan yg tetapkan, terkejut mak bapak dia. Lepas kawin baru tau yg suami dia jutawan, bila dia g shopping kwn I ni takut tgk dia beli barang, yg mahal n branded je. Kita dah biasa dgn beli barang Jaya Jusco or Parkson, suami dia shopping kat Pavillion, butik n sewaktu dgnnya. Baru2 ni dia beli keta yg mahal (mula dgn huruf 'L') warna kuning, sblm ni dah pakai BMW 5 Series, latest news dia baru je beli bunglow rm1.5k kat Selangor. Suami dia ni bkn anak menteri or artis or org kenamaan, org mcm kita je tp dia berniaga cara org pandai berniaga.
Apa nak heran kalau Rosmah beli byk mcm tu? Dia ada duit biarla, lg pun mamat tu x ckp pun dia punya sorg A$100,000, dia ckp dia dtg dgn satu kumpulan besar, n kalau sorg blanja A$400 sorg pun, baru brape je bg org yg byk duit? Betui x? Lain la mcm kita ni, belum lg abis bulan gaji dah tinggal nyawa2 ikan...
Percaya x ada org Melayu yg beli emas rm1M mcm beli paper je? Ada org yg kaya kat Malaysia tp x ada lak org ambik tau sebab dia bkn FLOM kot...bab jimat cermat ni dia nasihat kat org ramai supaya beringat n sedar diri duit x byk jgn blanja byk2...nanti kalau x ada duit nak ambik kat mane?
Fikir-fikirkan lah...
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
-----Original Message-----
From: cindacomel <cinda_comel@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sun, 29 Jan 2012 19:17:05
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Tempah 61 Pakaian Mahal,
kalo la dia betul2 berbelanja spt yang didakwa, kesian rakyat Malaysia & parti BN sbb boleh menjatuhkan reputasi parti dan juga negara..harap2 our PM dapat cr jalan utk control sikap boros wife dia..
________________________________
From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, January 27, 2012 11:55 PM
Subject: RG2011... Fw: Tempah 61 Pakaian Mahal,
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
Andrew Hornery Dakwa Pereka Fesyen Dedah Rosmah Tempah
61 Pakaian Mahal, Sudah Tentu Bukan Kameja T
duniacacamarba
Saya petik:
[MK] Kolumnis The Sydney Morning Herald, Andrew
Hornery (gambar) tetap mempertahankan tulisannya bahawa isteri Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - berbelanja besar di
butik pereka fesyen Carl Kapp semasa bercuti di bandar itu.
"Kapp berkata
beliau menempah 61 pakaian. Katanya ia tempahan "besar". Barangan mahal. Beliau
bukannya beli kemeja-T," jawab Hornery di Twitter hari ini.
Hornery
menegaskan bahawa sumbernya "sangat kuat" dan bertegas bahawa perbelanjaan
Rosmah itu membabitkan jumlah yang besar.Hornery menjadi sasaran kecaman penulis
blog pro-Umno, yang habis-habisan memburuk-burukkan perwatakannya dengan
kenyataan provokasi mengenai seksualitinya.
Selepas dikecam ekoran
laporannya tentang perbelanjaan 'mewah' Rosmah itu, Hornery berkata beliau tidak
berhasrat untuk datang Malaysia.
"Saya tidak akan bercuti di Malaysia
dalam masa terdekat ini," tulisnya lagi.
Minggu lepas, Hornery dalam
kolum 'Private Sydney' berkata Rosmah telah membelanjakan A$100,000 (kira-kira
RM325,000) untuk 61 pakaian di butik Kapp.
Rosmah Mansor bagaimanapun
menyangkal dakwaan tersebut sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan
tidak benar" serta berkata beliau "selalu menjadi mangsa".
Kapp
kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang mengatakan
Rosmah memang
membeli-belah di butiknya tetapi menafikan pernah berkata beliau telah
membelanjakan A$100,000.
Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Kapp
berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa kunjungan tersebut
"membuat pelbagai pembelian".
Jumlah A$100,000 itu dianggarkan oleh
blogger fesyen Frockwriter pada Januari 17, dan merupakan orang pertama
melaporkan mengenai perkara itu.
"Berdasarkan harga purata dalam koleksi
beliau - yang bermula dari A$400 (RM1,290) hingga beberapa ribuan dolar,
Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty
Huntingon.
P/s: Semakin terburai! Bila Rosmah akan saman Andrew dan SMH?
Media No 1 Brunei
pula laporkan kisah boros Rosmah!
selatanonline
Blog Milo
Suam
SEBELUM ini telah didedahkan laporan portal berita
berpengaruh Singapura, Asiaone berhubung perbelanjaan boros Rosmah di
Australia di sebuah butik di Sydney, rujuk sini [Rosmah
Boros].
Jika sebelum ini, Rosmah hanya perlu
menyaman 3 buah media yang melaporkan cerita ini, kali ini sebuah lagi media berpengaruh Brunei turut menyiarkan laporan yang sama patut juga disaman. Itupun kalau cerita ini fitnah.
Di bawah tajuk,
"Rosmah's 'Shopping Spree' Hits Aussie Paper", portal berita nombor satu Brunei
itu turut menyiarkan laporan yang mendedahkan betapa jijiknya perangai isteri
boros seorang Perdana Menteri yang sering menyuruh rakyatnya berjimat
cermat.
Sementara itu, Kolumnis
Sydney Morning Herald Andrew Hornery, yang menulis artikel itu mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah
Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke
Australia.
"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan
secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?
"Saya
tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata
Hornery dalam Twitternya kira-kira 4 jam yang lalu.
Isteri Datuk Seri
Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen
'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut,
dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
Selain
perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah
dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam,
meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke
Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya
Ingatlah Rosmah, tak semua penulis kamu boleh suap dengan wang ringgit untuk
menggadaikan prinsip penulisan mereka lalu meminta maaf kepada kamu sambil
mengaku memfitnah.
Ada penulis yang boleh dibayar untuk meminta maaf
kepada kamu, tapi kali ini kamu bertemu buku dengan ruas.
Penulis ini tak pandang duit, malah kamu dicabar agar menyamannya untuk
membuktikan kebenaran kamu.
Pendedahan lanjut di [Really
Tigaline]
ReJaM© "Cuba naikkan
10 kali ganda bayaran supaya dia mengaku fitnah boleh kot, kah kah
kah..."
Posted by aya
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment