Sunday, January 29, 2012

Re: RG2011... Fw: Tempah 61 Pakaian Mahal,


Ramai yang rajin cari kesalahan orang, tak keja lain ke? Dia nak belanja banyak ke, nak beli kat mana ke, tak payah kita dok runsing, bukan dia ambil duit kita pun, yang bayaq cukai dalam Malaysia tak sampai 1 juta orang pun, yang lain tak bayaq cukai pun, masing-masing dok buat kecoh, kita kena betulkan diri kita, banyak perkara lain kita boleh lakukan.?
From: cindacomel <cinda_comel@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 30 January 2012 11:17 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Tempah 61 Pakaian Mahal,

kalo la dia betul2 berbelanja spt yang didakwa, kesian rakyat Malaysia & parti BN sbb boleh menjatuhkan reputasi parti dan juga negara..harap2 our PM dapat cr jalan utk control sikap boros wife dia..

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, January 27, 2012 11:55 PM
Subject: RG2011... Fw: Tempah 61 Pakaian Mahal,

 
----- Original Message -----

Andrew Hornery Dakwa Pereka Fesyen Dedah Rosmah Tempah 61 Pakaian Mahal, Sudah Tentu Bukan Kameja T

duniacacamarba
 
 
Saya petik:
 
[MK] Kolumnis The Sydney Morning Herald, Andrew Hornery (gambar) tetap mempertahankan tulisannya bahawa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - berbelanja besar di butik pereka fesyen Carl Kapp semasa bercuti di bandar itu.

"Kapp berkata beliau menempah 61 pakaian. Katanya ia tempahan "besar". Barangan mahal. Beliau bukannya beli kemeja-T," jawab Hornery di Twitter hari ini.

Hornery menegaskan bahawa sumbernya "sangat kuat" dan bertegas bahawa perbelanjaan Rosmah itu membabitkan jumlah yang besar.Hornery menjadi sasaran kecaman penulis blog pro-Umno, yang habis-habisan memburuk-burukkan perwatakannya dengan kenyataan provokasi mengenai seksualitinya.

Selepas dikecam ekoran laporannya tentang perbelanjaan 'mewah' Rosmah itu, Hornery berkata beliau tidak berhasrat untuk datang Malaysia.

"Saya tidak akan bercuti di Malaysia dalam masa terdekat ini," tulisnya lagi.

Minggu lepas, Hornery dalam kolum 'Private Sydney' berkata Rosmah telah membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325,000) untuk 61 pakaian di butik Kapp.

Rosmah Mansor bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar" serta berkata beliau "selalu menjadi mangsa".

Kapp kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang mengatakan
Rosmah memang membeli-belah di butiknya tetapi menafikan pernah berkata beliau telah membelanjakan A$100,000.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Kapp berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa kunjungan tersebut "membuat pelbagai pembelian".

Jumlah A$100,000 itu dianggarkan oleh blogger fesyen Frockwriter pada Januari 17, dan merupakan orang pertama melaporkan mengenai perkara itu.

"Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula dari A$400 (RM1,290) hingga beberapa ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntingon.
 
P/s: Semakin terburai! Bila Rosmah akan saman Andrew dan SMH?
 
 
 
Media No 1 Brunei pula laporkan kisah boros Rosmah!
 
selatanonline
Blog Milo Suam

SEBELUM ini telah didedahkan laporan portal berita berpengaruh Singapura, Asiaone berhubung perbelanjaan boros Rosmah di Australia di sebuah butik di Sydney, rujuk sini [Rosmah Boros].

Jika sebelum ini, Rosmah hanya perlu menyaman 3 buah media yang melaporkan cerita ini, kali ini sebuah lagi media berpengaruh Brunei turut menyiarkan laporan yang sama patut juga disaman. Itupun kalau cerita ini fitnah.

Di bawah tajuk, "Rosmah's 'Shopping Spree' Hits Aussie Paper", portal berita nombor satu Brunei itu turut menyiarkan laporan yang mendedahkan betapa jijiknya perangai isteri boros seorang Perdana Menteri yang sering menyuruh rakyatnya berjimat cermat.



Sementara itu, Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery, yang menulis artikel itu mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira 4 jam yang lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya



Ingatlah Rosmah, tak semua penulis kamu boleh suap dengan wang ringgit untuk menggadaikan prinsip penulisan mereka lalu meminta maaf kepada kamu sambil mengaku memfitnah.

Ada penulis yang boleh dibayar untuk meminta maaf kepada kamu, tapi kali ini kamu bertemu buku dengan ruas. Penulis ini tak pandang duit, malah kamu dicabar agar menyamannya untuk membuktikan kebenaran kamu.

Pendedahan lanjut di
[Really Tigaline]

ReJaM© "Cuba naikkan 10 kali ganda bayaran supaya dia mengaku fitnah boleh kot, kah kah kah..."
 
Posted by aya




No comments:

Post a Comment