yang no 2..sebenarnya
kolej hampas..
2012/1/29 ::-eSpAcE 9808-:: <rienacom@yahoo.com.sg>
----- Original Message -----From: ::-eSpAcE 9808-::PTPTN adalah serampang dua mata pemerintah nak dera dan perabih duit rakyat....!!!
Hangpa nak tau pasai pa dikatakan macam nie..ini dia sebabnya.......
1- Nak galakan pelajar berhutang....supaya senang nak ugut kemudian hari....
2- Duit PTPTN ini bertujuan untuk terus di salurkan ke IPTS yang mana kepunyaan kroni depa dan IPTS ni kebanyakannya tak diiktiraf, tak berkualiti, jadi PTPTN adalah jalan penyelesaian... Jadi bottom line nya, puak depa juga yg dapat duit....
Kawaq macam ni pun belambak anak muda yang sokong...!!!!----- Original Message -----From: Suara RakyatSubject: Pelajar Dakwa Duit PTPTN Dirompak Kolej SendiriKUALA LUMPUR – Sebuah kolej di Mantin, Negeri Sembilan didakwa 'merompak' secara senyap duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya.Duit yang sepatutnya untuk kegunaan harian pelajar-pelajar didakwa telah diseleweng dengan kaedah 'debit akaun' atau dipotong terus daripada akaun apabila duit sudah dimasukkan ke dalamnyaMenurut Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr. Izham Nayan, pihak kolej telah menyeleweng duit pinjaman sebanyak RM18,000 bagi setiap seorang pelajar." PTPTN telah memberikan sebanyak RM56,000 sebagai pinjaman kepada pelajar untuk membayar yuran pengajian sebanyak RM36,000 dan baki pinjaman seharusnya digunakan untuk perbelanjaan pelajar sendiri."Tetapi baki pinjaman itu tidak diterima oleh pelajar, kemana wang itu pergi? Saya agak kecewa dengan tindakan kolej tersebut yang 'merompak' duit pelajar-pelajarnya sendiri," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.Dalam perkembangan yang sama, Hafisza Abdul Ghani, 24, pelajar tahun akhir jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan yang mewakili pelajar-pelajar lain yang 'ditipu' berkata, mereka telah dipaksa untuk menandatangani satu borang 'tambahan' yang tidak diketahui tujuannya.Bukan itu sahaja, katanya, pihak kolej langsung tidak memberikan masa yang cukup untuk mereka menyemak dan membaca segala peraturan pinjaman PTPTN dengan terperinci serta tidak dibenarkan bertanya dengan lanjut akan perihal borang 'tambahan' tersebut." Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tak ada masa nak semak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami. Selepas selesai proses itu, baru kami tahu borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami," terang Hafisza.Ekoran dari 'keterpaksaan' menanda tangani borang pinjaman tersebut, Hafisza dan rakan-rakannya terpaksa menanggung 'derita' apabila tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung pengajiannya.Malah, katanya, dia terpaksa bekerja sambilan untuk mencari sumber kewangan sendiri memandangkan keluarganya tidak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung."Selepas proses pinjaman, duit yang masuk dalam akaun RM100 sahaja. Bayangkan, apa yang saya boleh buat dengan duit sebanyak tu selama enam bulan setiap semester?" terang Hafisza.Sebelum ini, laporan berkenaan isu ini telah pun dibangkitkan dan dua laporan polis telah dilakukan pada hujung tahun 2010 dan awal tahun 2011, namun, tiada sebarang tindakan polis yang dikenakan terhadap pihak kolej.Mungkin kerana takut imejnya akan terjejas, pihak kolej berkenaan 'berjanji' akan memulangkan semula duit 'rompakan' RM18,000 kepada setiap para pelajar.Tetapi, pihak pengurusan kolej hanya membayar duit berkenaan sebanyak RM9,000 sahaja kepada lima orang pelajar sebagai menutup 'mulut' para pelajar dari terus menuntut hak mereka.Pun begitu, pihak kolej sekali lagi berani melakukan penipuan ini dan terus menindas hak pelajar-pelajar dengan mengugut akan menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar-pelajar yang terbabit.Justeru itu, PPIM menggesa Kementerian Pengajian Tinggi tampil dan mengambil tindakan tegas terhadap kes ini demi membela nasib pelajar-pelajar di kolej tersebut –Oleh NAIMAH SHAARI / Foto Malay MailKolej `rompak' duit PTPTNKUALA LUMPUR - Sekumpulan pelajar sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan menggesa pihak berkenaan mengambil tindakan terhadap kolej itu, yang didakwa mereka "merompak" duit sara diri bulanan pelajar.Kumpulan 432 pelajar tahun akhir itu mendakwa, daripada RM535 sebulan yang diberi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hanya RM100 ditinggalkan di dalam akaun bank mereka oleh pihak pentadbir kolej tersebut."Sebelum ini saya dan rakan-rakan yang lain pernah menandatangani satu dokumen "direct debit" yang dikeluarkan pihak kolej di awal permohonan untuk membuat pinjaman PTPTN," kata wakil mereka yang mahu dikenali sebagai Fisza.Pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan itu ditemui bersama tujuh lagi pelajar kolej tersebut ketika membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini hari ini.Kumpulan pelajar itu mendakwa perkara tersebut dialami semua pelajar termasuk mereka yang telah menamatkan pengajian."Kami juga telah membuat dua laporan polis tahun lepas, namun sehingga kini tiada tindakan diambil," katanya yang mendakwa pihak kolej turut mengugut mereka agar menarik balik laporan itu jika tidak mahu prestasi pengajian terjejas.Menjawab soalan, Fisza berkata, mereka dipaksa menandatangani dokumen "direct debit" itu tanpa diberi penjelasan mengapa langkah tersebut dibuat.Fisza juga mendakwa selepas mendapat tahu ada aduan dibuat terhadap kolej, pihak pengurusan bertindak membayar separuh daripada jumlah keseluruhan duit sara diri tersebut kepada enam pelajar.Pihak kolej juga meminta pelajar menandatangani dokumen perakuan bahawa mereka telah menerima bayaran penuh dan tidak akan membuat sebarang tuntutan lain selepas itu, katanya.Kata gadis itu, secara purata setiap pelajar tahun akhir kolej terbabit"kerugian" kira-kira RM18,000 bagi tempoh tiga tahun pengajian.Sementara itu, Pengarah Sekretariat PPIM Dr Izham Nayan berkata tindakan kolej terbabit adalah satu penipuan dan pihak berwajib khususnya Kementerian Pengajian Tinggi harus mengambil tindakan menyiasat dakwaan pelajar."PTPTN pula perlu memastikan wang pinjaman yang disalurkan pergi tepat kepada sasaran, jangan biarkan kebebasan mutlak pihak pengurusan kolej untuk memastikan berapa jumlah wang sara diri yang perlu diberikan kepada para pelajar ini," katanya.- BERNAMA
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment