Muaklah aku baca citer2 camni...!!!
Lagi2 dah nak dekat pilihanraya ni... macam2 halll lah korang keluarkan cerita...
Ikut sukati pengundi Melayu nak pangkah siapa beb!!!!!
From: Nik Faizal Mokhlas <mnikfaizal@yahoo.com>
To: Respek Group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, January 29, 2012 2:45 PM
Subject: RG2011... PENTING..! Pengundi Melayu Di Selangor WAJIB Baca Nie....
PENTING..! Pengundi Melayu Di Selangor WAJIB Baca Nie....
Di Batu 12, Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor ada satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran berguna....
Tanah TOL atau tanah lesen menduduki sementara di situ telah lama diterokai dan diduduki penduduk sejak 70 tahun lalu dengan menjadikannya rumah kedai.
Semasa Selangor di bawah pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum 2008, kira-kira tiga atau empat pekedai di situ cuma membayar premium kira-kira RM5,000 untuk mendapatkan geran.
Tetapi beberapa lagi pekedai daripada keseluruhan sembilan kedai di situ enggan berbuat demikian. Senang cakap barangkali mereka ini penyokong pembangkang. Mereka enggan menemui wakil rakyat kerajaan waktu itu untuk urusan geran.
Masa berlalu.... Sebaik-baik sahaja kerajaan negeri BN itu jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang, dikatakan antara pekedai tadi yang merupakan penyokong PAS merasakan peralihan kepimpinan itu adalah masa yang tepat untuk memohon geran....
Tetapi alangkah terperanjatnya mereka apabila kadar premium yang dituntut untuk tanah berkeluasan lebih kurang 83.128 meter persegi (894.782 kaki persegi) bukannya RM5,000 atau RM6,000.
Sebaliknya mencecah RM60,000....!! Terkedu dan 'terduduk' mereka....
Terkena batang hidung sendiri apabila urusan permohonan geran itu mengikut harga pasaran.
Bukan sahaja kadar premium yang tinggi berlaku di Sungai Burong. Di satu kawasan di Sungai Kajang untuk keluasan tanah 3 ekar sahaja, kadar premiumnya melambung sehingga RM300,000.
Dahulu, dalam manifesto Pakatan Pembangkang, sibuk melaung-laungkan mahu tegakkan keadilan. Sama rasa dan sama rata kononnya... Tetapi tengoklah apa yang berlaku...!
Peruntukan untuk sekolah-sekolah contohnya. Kerajaan PKR Selangor mengumumkan sejumlah RM6 juta disalurkan masing-masing untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang berjumlah 108 buah dan sekolah rendah Agama (414 buah).
Untuk SJKT (Tamil) pula yang bilangannya 97 buah di negeri itu, cuma RM4 juta.
Mengapa nisbah peruntukannya 6:6:4 (SJKC, Sekolah Agama dan SJKT) dan bukannya 6:6:6. Hanya kerana dibezakan dengan 11 buah sekolah sahaja berbanding SJKC (108-97), sekolah Tamil rugi RM2 juta. Perbuatan 'pilih kasih' ini bukti cakap tidak serupa bikin Pembangkang... Tidak ada elemen sama rata dan sama rasa rupanya.
Berpegang kepada banyak isu yang dicetuskan pakatan Pembangkang di Selangor inilah maka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Noh Omar mengajak rakyat Selangor supaya berfikir lebih panjang.... Bahawa apakah wajar PKR, PAS dan DAP perlu dipertimbangkan lagi untuk mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13...?
Rakyat Selangor tentu lebih bijaksana. Lebih lama Pembangkang perintah negeri itu, lagi lama rakyatnya 'memendam rasa'.
"Kerajaan PKR Selangor ini buat sesuatu untuk rakyat negerinya hanya bermotifkan keuntungan politik mereka. Mereka sanggup tolak pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah yang sepatutnya direncanakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan satu lagi kerjanya (PKR Selangor) hanya jual harta yang ada.
"Apa pembangunan yang boleh dibanggakan di Selangor dalam tempoh empat tahun pembangkang perintah? Daripada kita (rakyat) ada aset PKNS dan Yayasan Selangor, hari ini semuanya nak dijual mereka (Pembangkang). Kita (BN) dahulu sediakan tapak-tapak pasar tani dan pasar malam, hari ini kita lihat sewa premis-premis ini semuanya dinaikkan. Jelas ini bercanggah dengan manifesto mereka.
"Dahulu kata nak sediakan kemudahan premis untuk usahawan, tapi hari ini bukan sahaja tak ada tetapi nak naik pula sewa dan tekan usahawan.
"Kemudian, rakyat Selangorlah yang rugi kerana tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, tentu sukarlah nanti Kerajaan Pusat hendak bangunkan projek pertanian kalau ada kelam-kelibut begini," kata Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ditemui penulis di Tanjong Karang kelmarin.
Noh sekali lagi menarik perhatian bagaimana sentimen peribadi tidak dicampur-adukkan oleh kerajaan BN sebelum ini namun pada era Selangor diterajui pembangkang, ia dipraktikkan pula.
"Contohnya permohonan kebenaran merancang bagi pembinaan sebuah kilang di Kuala Selangor yang belum pernah dalam sejarah pentadbiran BN di Selangor, pemohon perlu mengemukakan atau mendapatkan ulasan/sokongan daripada Exco terbabit untuk kelulusan. Mengapa unsur peribadi dibabitkan untuk meluluskan permohonan berkenaan," katanya.
Cakap tak serupa bikin dan hipokrasi kini mewarnai pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor...!!
Cuba rakyat negeri Selangor nilaikan hipokritnya kerajaan PKR Selangor ini pula. Pada Mesyuarat Exco pada 25 Mac 2011, mereka bersetuju untuk menaikkan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya. Kenaikan elaun tersebut adalah dari RM4,112.79 kepada RM6,000. Bayaran dikira bermula 1 Januari 2011 (tertunggak).
Dalam hal ini, Menteri Besar, Khalid Ibrahim mengakui dalam kenyataan pada Sidang DUN bahawa kenaikan itu sesuai kerana keadaan ekonomi yang baik dan tugas-tugas yang diberikan.
Tetapi dalam sidang Parlimen hujung 2011, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan elaun Ahli Parlimen atas alasan yang sama diberikan, dengan 'bermuka-muka' dan hipokrit pula pembangkang termasuk Azmin Ali yang juga Ketua Whip di Selangor menentang 'sehabis-habis alam' kenaikan itu.
"Nak jadi jaguh konon, elaun negeri kebas, untuk Ahli Parlimen ditentang pula, maknanya dia turut menganiaya ahli-ahli Parlimen Pembangkang juga. Tidakkah itu hipokrit namanya... cakap tak serupa bikin," kata Noh lagi.
Banyak lagi cacat-celanya pemerintahan kerajaan PKR Selangor yang memerlukan tindak balas rakyat negeri itu untuk memberi pengajaran berharga kepada mereka pada PRU13 nanti.
Ketika mula-mula menyandang jawatan Menteri Besar pada 2009, Khalid Ibrahim dalam ucapan sulungnya menyasarkan perlombongan pasir di negeri itu boleh mencecah sekitar RM150 juta setahun. Tetapi akhirnya tak sampai pun RM15 juta.
Semasa berucap sempena hari jadi Sultan Selangor tempoh hari, beliau mengumumkan pula kenaikan elaun guru KAFA menjadi RM1,300 sebulan. Tetapi langsung tak sebut pun daripada RM1,300 itu, cuma RM500 sahaja peruntukan datang daripada kerajaan negeri manakala baki RM800 lagi adalah daripada Kerajaan Persekutuan.
Noh percaya peluang BN untuk kembali menerajui Selangor semakin terbuka... Apatah lagi jentera pilihan raya sudah pun disusun rapi daripada peringkat cawangan, DUN dan Parlimen. Malah, seramai 894 ketua-ketua pusat mengundi pun sudah dilantik. Dan baru-baru ini pula setiap seorang dengan penuh bersemangat bersalam dan berbaiah dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor untuk menebus kembali maruah BN di negeri itu.
Untuk mengembalikan semula kuasa di Selangor, BN memerlukan kemenangan di sekurang-kurangnya 30 daripada 56 kerusi DUN.
Dengan 'cakap tidak serupa bikin' Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor sekarang, peluang untuk BN kembali menerajui negeri itu dilihat boleh melepasi 'reading' 50-50.
Itupun terserah kepada kebijaksanaan pengundi untuk menilai dengan 'mata hati' akan isu-isu terbaru yang menyelubungi PAS, PKR dan DAP di Selangor.
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment