Wednesday, August 15, 2012

Re: RG2011... Amaran, celaan sesiapa bangga buat dosa

 

Salam alaik,

Mengapa sebut MASYALLAH untuk perkara yang buruk ? 

MASYAALLAH hanya patut disebut untuk semua perkara yang baik-baik sahaja.

Contohnya acara yang sesuai sebut MASYAALLAH ketika meraikan kawan-kawan seperti kelahiran anak, naik pangkat, dapat masuk pusat pengajian tinggi dan apa sahaja berita gembira.

Untuk perkara yang buruk kita sebut NA'UZUBILLAH dan ada juga ASTAGHFIRULLAH.

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
To:
Sent: Saturday, August 11, 2012 5:36 PM
Subject: RG2011... Amaran, celaan sesiapa bangga buat dosa

 

Amaran, celaan sesiapa bangga buat dosa

Post under Agama di Sabtu, Ogos 11, 2012 Dicatat oleh Naim Qlate

Daripada Abu Hurairah katanya, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Setiap umatku akan dimaafkan melainkan orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan dosa (supaya diketahui oleh orang lain).

Sesungguhnya antara perbuatan menunjuk-nunjuk itu ialah seseorang melakukan suatu perbuatan pada waktu malam kemudian berpagi-pagi dia bercerita sedangkan Allah menutupinya, tiba-tiba dia berkata, "Wahai fulan, semalam aku melakukan begini dan begini'. Orang itu semalaman ditutupi celanya oleh Allah, tetapi pagi-pagi dia membuka tutupan Allah ke atas dirinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Amaran dan celaan daripada Rasulullah SAW terhadap orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan dosanya kepada orang lain.



Orang Islam yang terlanjur melakukan dosa dilarang membuat hebahan supaya diketahui orang lain dan dinasihatkan bertaubat kepada Allah SWT.

Melakukan maksiat secara terang-terangan dan berbangga dengannya menunjukkan seseorang itu memandang remeh dan memperkecilkan agama, merendah-rendahkan hak Allah dan Rasulnya serta golongan salih.


Sementara itu, bagi mereka yang melakukan kejahatan, jangan pula kita menghina mereka seperti sabda Nabi SAW: "Apabila seorang hamba perempuan melakukan zina dan telah nyata zinanya maka sebatlah ia (dengan 50 kali sebatan) tetapi janganlah menghinanya (dengan kata-kata kesat), kemudian jika dia berzina lagi (buat kali keduanya), maka sebatlah dia tetapi janganlah menghinanya. Kemudian jika dia berzina lagi buat kali ketiganya, maka juallah dia sekalipun dengan seutas tali daripada bulu (haiwan)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Islam mengajar umatnya tidak menghina seseorang sekalipun dia telah melakukan perbuatan yang buruk.


Kita disuruh memisahkan diri daripada golongan maksiat atau memulaukan mereka supaya tidak bergaul dan bermuamalat dengan mereka.

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: "Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seorang hamba di dunia melainkan Allah menutup keaibannya pada hari kiamat." (Riwayat Muslim)


Islam mengajar umatnya tidak mendedahkan keburukan seseorang. Sesiapa yang menutup keburukan saudaranya nescaya Allah menutup keburukannya pada hari kiamat kerana ganjaran sesuai dengan amalan dilakukan.

()"" ' ) Naim Qlate
( ,'o' )") Anda dijemput jadi Followers : http://www.naimqlate.blogspot.com/
(,,)(")(") Web Upah Haji http://www.badal-hajj.blogspot.com/

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment