Monday, August 6, 2012

Re: RG2011... Fw: Haramkan Tazkirah Di Masjid...

Sebaiknya penceramah biarlah berceramah agama semata-mata dan tidak berceramah politik tempatan kerana ia akan menimbulkan perasaan tidak senang dikalangan hadirin kerana bukan semua para hadirin adalah dari satu parti politik sahaja.


From: Ahmad Radzali Sarman <zaligtc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, August 7, 2012 10:34 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Haramkan Tazkirah Di Masjid...

salam,
fitbnah juga ke jika membandingkan politik Islam & bukan Islam, kenapa mesti rasa bila ada orng sebut politik yang tak menepati Islam itu UMno, jika Umno betul ikut Islam kenapa nak sanggah politik Islam yang di sebut, juka dari Pas MP boleh ceramah Agama mintalah menteri pusat buat tazkirah di Masjid sebut pasal Islam kita mesti dtg sebab selalu ke Mesjid utk Tarawah lainlah jika ke Masjid macam rimau belang kejap kuning kejap itam


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 3 August 2012 11:49 PM
Subject: RG2011... Fw: Haramkan Tazkirah Di Masjid...

 

Haramkan Tazkirah Di Masjid... Haramjadah?

ibnuhasyim.com
Posted by Ibnu Hasyim
 

HAMIDZUN (tengah) dan beberapa wakil NGO menyerahkan memorandum kepada Mohd. Shahzihan (dua kiri) di Shah Alam semalam. 
 
SHAH ALAM – Kira-kira 50 orang berhimpun di pekarangan bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini bagi mendesak pihak berkuasa agama itu mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang memberi tazkirah berbau politik di masjid dan surau sepanjang Ramadan.

Mereka merupakan wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Ikatan Kebajikan dan Dakwa Selangor, Jalur Tiga (Jati) dan Gerakan Masyarakat Prihatin Selangor (GMPS).

Satu memorandum berhubung perkara tersebut yang ditandatangani oleh setiap wakil NGO turut diserahkan kepada Pemangku Timbalan Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad. Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, desakan itu dibuat selepas pihaknya menerima beberapa aduan mengenai wujudnya usaha untuk membawa pengaruh politik ke masjid dengan menjemput ahli politik yang tidak bertauliah bagi menyampaikan tazkirah. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bodoh betul ngok-ngok ni, tazkirah Ramadhan yang baik pun perlu diambil tindakan? Bagaimana 'amru makruf & nahi mungkar' nak berkembang?. Konon 'berbau politik'.. Mana ada perkara-perkara yang berlaku atas dunia ini tiada kaitan dengan poitik?. Apa lagi dari sudut Islam, Islam melarang pemisahan agama dengan politik, yang disebut sekularisme.

Lain, kalau politik yang memisah agama dengan hidup harian, politik suku agama suku. Itu politik 3suku. Seperti parti politik asobiah UMNO dan yang sekandang dengannya. Itupun memperkatakan dan berbincang mengenainya boleh, walaupun mengnutnya haaram.

Haramjadah..  (Maaf pinjam kata-kata Perdana Menteri).
 
 

Gambar LOGO BN dipolitikkan dalam MASJID tersebar.

amenoworld.blogspot

Isu pasal berpolitik dalam masjid.

Gambar di atas neh merujuk kepada sekumpulan NGOs yang mendesak agar JAIS mengambil tindakan terhadap khalid samad, siti mariah dan halimah ali kerana berucap di dalam masjid. Berucap pasal apa aku tatau tapi aku suspect itu bukan ucapan politik.

Kemungkinan besar bagi tazkirah ringkas jek mengenai islam. Tak lebih tak kurang. Tapi sekumpulan NGOs kat atas neh emo tak sudah. Salah seorang pengerak laman GAPS. Rujuk gambar bawah. TV3 dan UTUSAN selalu berkolobrasi dengan GAPS untuk menyebarkan isu karut marut di selangor.




Jawapan balas untuk penyokong2 umno yang suka buat isu sampah.

Rujuk gambar kat bawah neh sendiri ;


Apa tue?

Goodies? Ada logo bien? Dalam masjid?

Cakap banyak takmo. Nak suruh amek tindakan? Suruh jabatan agama kat memana negeri amek tindakan terhadap orang2 lue dulu baru lue sembang kencang pasal orang lain. Belajar lah gunakan cermin. Lama sangat dah korang tak bercermin. Serabut kusut masai bhai.

kah kah kah

 

UMNO Ludah Muka UMNO? Terbaekkk!

budakbalun.blogspot.
 
 
budakbalun 02082012

 

Hebat Selangor.. BN buat apa dalam masjid semua boleh..!!!

Hanya Umno boleh guna masjid untuk kempen?

KUALA LUMPUR: Ketika Umno terus-terusan membuat kenyataan agar jangan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik, para pemimpin Umno lah yang membuat aktiviti sedemikian.

(Ketua bahagian Umno Hulu Selangor menyampaikan sumbangan dalam beg BN di dalam masjid)

Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Datuk Idris Abu Bakar berpolitik di dalam Masjid Felda Gedangsa Hulu Selangor.

Beliau menyampaikan sumbangan barangan kepada kumpulan sasarannya di masjid berkenaan dengan memasukkannya dalam beg berlambang dacing, logo BN.

Baru-baru ini, sekumpulan aktivis pro-Umno berhimpun di Shah Alam bagi menuntut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang ucapan politik dibuat di masjid dan surau di negeri itu.

Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali.

"Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masji," memorandum itu dipetik.

Manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbuatan menyampaikan ceramah politik di dalam masjid adalah haram di sisi Islam.

"Sebarang perkara yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam hendaklah dijauhkan dan dielakkan di bawa ke masjid termasuk berpolitik. Itu ajaran Islam.

"Politik sekarang boleh memecahbelahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah," katanya.

Ahli Jawatankuasa Surau dan Masjid, seluruh Wilayah Persekutuan, khususnya di Lembah Pantai pula diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menggunakan ruang ibadah itu di bulan Ramadan nanti untuk tujuan politik.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, gesaan itu bukan hanya ditujukan buat parti pembangkang tetapi juga parti kerajaan.

Menurutnya, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyasarkan surau dan masjid untuk kepentingan politik.

"Saya minta jangan guna surau dan masjid buat program tazkirah berbaur politik dan memfitnah sesiapa.

"Jangan kerana pilihan raya sudah dekat, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengedarkan risalah, memfitnah, tazkirah memburukkan sesiapa pun," katanya selepas majlis itu.




No comments:

Post a Comment