Sunday, August 12, 2012

Re: RG2011... Fw: PETUA IMAM GHAZALI MENEMUI MALAM LAILATUL QADAR



Salam,

Telah berlalu malam 23 Ramadhan malam tadi dimana menurut petua Imam al Ghazali adalah malam Qadar bagi tahun ini.....Beruntunglah mereka ayng melaluinya dalam ibadah kepada YME....

Nyata dipandang mata hari ini, sejak pagi hingga lah sekarang mataharipun tidak menyinar tajam di Kawasan saya [ Subang Jaya ] Semalam pun selesai solat tiada bintang yang kelihatan dilangit selain hanya tiupan angin sepoi sepoi bahasa saja.

Pada rakaat keempat solat Tarawikh tiba tiba Imam ditempat kami terseak esak sejak melafazkan Takbiratu Ihramnya dan kebanyakan kami tertekun tak tau apa sebabnya hingga selesailah witir...

Mudah mudahan semua umat Islam diMalaysia merasainya dan muga muga Allah mengampuni kita semuanya dan memberikan baldatun-toyyibatun-warabbun-ghafuur buat kita di Malaysia ini.

Tak berapa hari lagi kita pun insyaallah akan dikunjungi Idil fitri. Saya ambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf diatas tulisan tulisan saya yang pernah disiarkan direspeks group. Tulisan saya itu tiada apa hanya sekedar pandangan peribadi saja ..kata orang " Just my 2 cents opinion" dengan tiada maksud sama sekali menggurui sesiapa.

Terima Kasih dan Selamat Berhari Raya..

HBI


 



PETUA IMAM GHAZALI MENEMUI MALAM LAILATUL QADAR

gigikecik.blogspot
 
 
Maksud Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
  1. Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
  2. Isnin - 21 Ramadhan
  3. Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
  4. Khamis - 25 Ramadhan
  5. Sabtu - 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda Lailatul Qadar
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Itu sahaja gigi dapat kongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W. wallahu'alam.

share kepada rakan-rakan... :)
 

comments:

  1. InsyaAllah, kita sama sama doa diberi kesempatan melalui malam lailatul qadar (:

No comments:

Post a Comment