Thursday, August 9, 2012

Re: RG2011... Fw: Saman Trafik RM2,000




adoi le....awat le tiang kemera tinggi tuh jek?....takot esok lusa mamat besi dan peminat kemera pi curi jek bebende tuh....




From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, August 8, 2012 12:07 AM
Subject: RG2011... Fw: Saman Trafik RM2,000

 

 

Janji Masyuk Ditepati!! Saman Trafik RM2,000

mafiaboss2u.blogspot.
MAFIABOSS
 

KUALA LUMPUR 7 Ogos: Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

"Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Menurut Yusmadi, beliau sememangnya sangsi dengan sistem tersebut. Apatah lagi setelah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Katanya, kadar saman yang tinggi dan jumlah sasaran kutipan yang besar memperlihatkan niat kerajaan untuk mencari keuntungan berbanding mendidik pemandu.

"Saya menggesa supaya pemantauan dijalankan dengan lebih mantap untuk mendidik pengguna, bukan sekadar mengenakan saman sahaja.

"Kerajaan juga harus lihat tugas menjaga keselamatan ini sebagai tanggungjawab mereka dan bukan sebagai peluang untuk kutip dana," katanya lagi.

Yusmadi ketika perbahasan, mencabar Ahli Parlimen BN menandatangani 'akujanji' untuk menarik balik pindaan jika kadar kemalangan tidak berkurangan. Bagaimanapun tiada Ahli Parlimen BN yang berani menyahut cabarannya.

Sebelum ini, Bendahari Agung KEADILAN, William Leong mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.

Beliau memetik laporan akhbar The Edge, bahawa dua syarikat itu mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun.

Oleh Aedi Asri
 
 

RM2,000 menanti rakyat,. Hadiah dr K'jaan BN sempena raya???

azmieyusoff.blogspot.
 
Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. "Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak," katanya ketika dihubungi. 

Menurut Yusmadi, beliau sememangnya sangsi dengan sistem tersebut. Apatah lagi setelah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan. 

Katanya, kadar saman yang tinggi dan jumlah sasaran kutipan yang besar memperlihatkan niat kerajaan untuk mencari keuntungan berbanding mendidik pemandu. "Saya menggesa supaya pemantauan dijalankan dengan lebih mantap untuk mendidik pengguna, bukan sekadar mengenakan saman sahaja. "Kerajaan juga harus lihat tugas menjaga keselamatan ini sebagai tanggungjawab mereka dan bukan sebagai peluang untuk kutip dana," katanya lagi

Yusmadi ketika perbahasan, mencabar Ahli Parlimen BN menandatangani 'akujanji' untuk menarik balik pindaan jika kadar kemalangan tidak berkurangan. Bagaimanapun tiada Ahli Parlimen BN yang berani menyahut cabarannya

Sebelum ini, Bendahari Agung KEADILAN, William Leong mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd. Beliau memetik laporan akhbar The Edge, bahawa dua syarikat itu mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun. Keadilandaily.com
 
 

Kerajaan kaut duit saman trafik untuk dana pilihan raya?

hanyzan30.blogspot.
Mohd Hanyzan Al Muari  

KUALA LUMPUR 7 Ogos: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin mempersoal tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai cubaan untuk membantu kerajaan menjana dana pilihan raya.
 
AES yang mula dilaksanakan pada bulan Ogos ini disifatkan sebagai membebankan rakyat apatah lagi dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam sidang Parlimen lepas yang menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.
 
"Pindaan undang-undang yang semakin ketat membebankan rakyat, ditambah pula jika hanya melibatkan kesalahan trafik yang kecil. Jika dulu harga saman boleh dirunding mengikut budi bicara majistret tetapi sekarang hakim sendiri terpaksa mengikut peruntukan yang telah ditetapkan," jelas Shamsul yang juga merupakan peguam.
 
Tidak cukup dengan kadar saman yang tinggi, Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam turut mencadangkan agar saman dibayar serta merta di lokasi kejadian.
 
"Ini menimbulkan persoalan adakah rakyat akan terus dizalimi? Adakah JPJ bertindak begitu untuk menjana pendapatan negara.
 
"Apatah lagi dalam situasi pilihan raya yang semakin hampir, adakah kutipan saman itu sebenarnya untuk membantu kerajaan Umno menjana dana pilihan raya?" soal Shamsul lagi.
 
Shamsul turut mempertikai tindakan kerajaan yang cuba mengaburi pandangan rakyat dengan memberi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi dalam masa sama turut menekan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi.
 
"Kerajaan bagi gula-gula pilihan raya tak seberapa, lepas itu menekan rakyat dengan pelbagai helah untuk mendapat pulangan balik bantuan yang diberikan, contohnya beri RM500 lepas itu kenakan saman RM2,000," jelas beliau.
 
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga ada umumkan jika mereka menang PRU-13, cukai barang dan perkhidmatan akan dikenakan. Sebab itu, janji Pakatan Rakyat jika menang, semua undang-undang ini akan dikaji dan diteliti, supaya dapat diubah agar tidak membebankan rakyat lagi," katanya.-Kd


No comments:

Post a Comment