Monday, August 6, 2012

Re: RG2011... Fw: Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie...

Menuntut ilmu agama lebih penting daripada ilmu dunia semata2. Ini dak!!...anak tak p tusyen, pukul. Anak tak p mengaji tak pukul pulak. Ini contoh aje tak tujukan pada sesiapa pun.

--- On Mon, 6/8/12, Mann Trex <manntrexe@yahoo.com> wrote:

From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Fw: Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie...
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Monday, 6 August, 2012, 2:55 PM

Salam alaik,

Mentaliti sempit zaman tok kadok iaitu, "Kerja Tetap & Berpencen" masih lagi menguasai pemikiran sebahagian Umat Melayu. 

Seolah-olah Degree & Diploma hanya untuk mendapatkan pekerjaan, bukan untuk mencapai wawasan dalam hidup yang lebih tinggi lagi.

Jika bekerja itu dengan tujuan untuk mendapatkan pengalaman di dalam bidang yang diminati, saya ucapkan SYABAS dan TAHNIAH !

Kemudian bergeraklah dan berhijrahlah untuk mendapatkan pengalaman yang lebih luas di dalam dan di luar negara. 

Cukup 10 - 15 tahun pengalaman seluruhnya, mulakan bisnes atau tawarkan khidmat professional di pasaran.

Takut kepada risiko? Tak salah jika merasai takut. Ia adalah natural. Samada takut itu ringan atau kuat.

Jika pengalaman semasa bekerja adalah pengalaman berkualiti, takut kepada risiko menjadi ringan.

Kita sendiri yang menentukan pengalaman itu berkualiti ataupun pengalaman yang cetek.

Pengalaman berkualiti termasuklah menjalin hubungan yang baik dengan majikan, membina rangkaian pasaran serta memperbaiki ketrampilan diri. 

Ketrampilan diri => kemahiran komunikasi pertuturan, penulisan dan persembahan, pemakaian, peradaban serta penambahan ilmu di dalam bidang yang diceburi.

Terpulang kepada pendirian kita sendiri. 

Jumlah manusia yang mempunyai asset lebihan RM3.2juta :
-> America : 3 juta orang
-> Singapore : 1 juta orang
-> Switzerland : 1 juta orang
-> China : 600,000 orang
-> India : 250,000 orang
-> Brazil : 200,000 orang

Malaysia?

-------------------------------------------------------------------------------------

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.--------------------- http://www.pengasih.org 

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


From: Hilmi_Budiman <hillmayms@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, August 4, 2012 2:30 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie...

 
tapi heran kena riena ni marahkan anak2 dia bila anak2 dia xmau p sekolah. atau ni ni memang tak nak anak dia belajar kot..sbb apa yg kita tau menuntut ilmu adalah fardhu kifayah

2012/8/3 Mohd Fazila <mfazila@gmail.com>
 
kerajaan gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang berkelayakan, itu sahaja point aku...you fail my goverment...you fail....

2012/8/2 saadah mastura <saamasz84@yahoo.com>
boleh la nk dpt kan pengalaman kerja sementara. tapi sampai bila..tapi apa guna belaja tinggi, ilmu banyak tapi byr mahal2 tapi hasilnya sama. biarlah setiap orang mempunyai peluang masing. maksud saya. org yg tahap spm bersaing sesama mereka. kasihanlah pada mereka. pasti interviewer boleh pilih kasih ambil yg ada dgree. tujuan menuntut ilmu tinggi2 ada supaya generasi berkembang dgn pelbagai bidang. supaya masyarakat n bangsa jadi maju.
 
saya sgt terkesan dgn artikel ini kerana saya berkelulusan master, jawatan berdasarkn dgree itu sudah kira bersyukur. tapi jwatan dgree itu hanya pada kertas..in reality membuat kerja separuh kerani. sia-sia lah ilmu dan boleh jadi lupa mcm amri ckp. sia-sia lah kepakaran yg cuba dibentuk dan di asah oleh pensyarah selama ini..saya percaya ramai lg kwn2 spt saya..wallahu'alam rezeki ada di mana2.

From: s mohdhamri <mohdhamri@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 6 July 2012 8:56 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie...

MENUNTUT ILMU BUKAN UNTUK MENDAPATKAN PEKERJAAN SEMATA-MATA.. IA ADALAH FADHU KHIFAYAH...
KALAU TAK BELAJAR... LAGI LAA TERUK... KERANA ADA YG MEMILIKI IJAZAH PUN TAKDE ILMU, BILA KITA TANYA DAN RUJUK UNTUK DPTKAN MAKLUMAT...  SELALU DIJAWABNYA  " DAH LUPA LAA BANG!"....

TAKPE... PEGI BELAJAR.... REZEKI ADA DIMANA-MANA...  JANGAN DENGAR CKP RIENA...
 
MOHD HAMRI BIN SUPAR
Hp : 0135300900
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 4 July 2012, 23:45
Subject: RG2011... Fw: Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie...

 

 

Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie .. tak perlu pinjam PTPTN ... belajar tinggi2 tapi keJe level SPM ...

Posted by Kedah Lanie
 
 
Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM

Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
  
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.
Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
  
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
  
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
    
- Bernama
 







--
Regards,

Mohd Fazila Ahmad





No comments:

Post a Comment