Wednesday, August 15, 2012

Re: RG2011... Zalora Malaysia - Apa neraka yang telah anda lakukan

 

betul tu...saya dah 2 3 kali beli n dah dpt dah semua cuma ada satu barang je belum sampai lagi because brg tu luar negeri nyer kena tunggu dlm 7 - 14 business day.

2012/8/15 shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
 

tak semuanya ada masalah. namun yg ada masalah lebih banyak dari yang takde masalah dengan zalora ni

2012/8/14 Nina Johari <dhelyma_bhyrue@yahoo.com>
 

fuuhh.. lega... baru plan nak beli something kat Zalora... alhamdulillah....
Thanks for sharing! :) 
 
 
Thank you.
Regards,
@Ninajoharii
 
 
From: Lina Mahmud <nazaf_71@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, August 11, 2012 7:30 AM
Subject: Re: RG2011... Zalora Malaysia - Apa neraka yang telah anda lakukan
 
Terima sharing tetang Zalora. Alhamdullilah, saya belum mula membeli apa dari website ini.

Lagi satu saya nak war warkan, kalau ada yg tahu tentang website 'Lazada Malaysia', try browsing kat situ. Apa yg saya difahamkan, ianya lebih bagus dr Zalora. Pembayaran boleh dilakukan on delivery itself. Makna, item delivered at ur doorstep dan terus buat cash payment kat situ jugak. Malah ada a few items on great deal. TAPI jika ada apa2 informasi atau pengalaman kurang bagus dgn Lazada Malaysia, silalah kongsi di sini. 

TQ :-) 
 

 

Zalora Malaysia - Apa neraka yang telah anda lakukan

Ramai yang menulis blog kerana berkongsi pengalaman masing-masing. Aku juga bila ada yang aku rasa menarik untuk dikongsi, jari jemari tergedik-gedik nak menaip. Kalau datang semangat nak menaip masa tengah mandi, sambil berdiri bawah shower jari jemari di dinding scribble isi-isi penting. Ok. Cukuplah aku cerita sampai situ supaya adegan lain di bilik mandi tidak tercerita. Kahkahkah. Sebenarnya terasa seperti mahu mencarut dari A mula menaip sehingga tamat entri ini. Tapi nanti para pembaca  yang punya blog sudah pasti akan menulis entri pengalaman membaca entri yang paling teruk dan didedikasikan kepada aku. Walaupun aku ada juga gaya-gaya macam gila glamer, tapi itu semua pura-pura sahaja. Dan kalau mahu glamer pun, tak payahlah glamer kerana mencarut. Cukuplah glamer sehingga dapat Anugerah Guru Paling Popular suatu ketika dulu. Ok, yang itu cerita lain kali. Aku adalah antara gadis-gadis yang gemar memakai sneakers apabila keluar berjimba. Sebelum ini aku memakai jenama Mickey Mouse yang aku beli di Suria KLCC beberapa tahun lalu ketika aku belajar di UIA. Gila dah lama sebab aku grad pun tahun 2007. Maka sudah pasti sneakers kesayangan sudah reput tapi sumpah memang banyak jasanya untuk aku. Bulan Mac yang lalu dengan berat hati mungkin akibat pertambahan berat badan sebenarnya, aku melemparkan sneakers tersebut ke dalam tong sampah yang tidak ada lambang recycle. Mula-mula macam nak berkabung kerana sedih meruntun jiwa tapi tak payahlah emo sangat maka aku memulakan aktiviti pencarian sneakers. Aku bukan jenis suka window shopping belek dari satu kedai ke satu kedai. Kalau aku masuk mana-mana kedai, cukup sekadar sekali lalu seperti melakukan ibadah sa'ie cuma aku hanya berjalan dan tidaklah berlari-lari anak. Kalau berkenan, terus tanya size. Dan beli. Tanpa fikir harga. Ok. Tipu saja. Kalau atas 200 ringgit aku tak beli sebab itu mahal kerana jenama, bukan kualiti. Cewah. Padahal takut hujung bulan poket kempis maka tak dapat berjimba tengok wayang secara marathon. Tetapi sungguh hampa kerana tidak ada satu pun yang berkenan di hati. Oh, sungguh memilih aku rupanya. Mula-mula macam nak beli sahaja yang cikai-cikai tapi aku tahu sudahnya kasut tersebut hanya menjadi hiasan di dalam almari kasut dan secara tidak langsung mengundang bebelan Bini Ustaz. Bini Ustaz sudah pasti akan menyokong hujahnya dengan dalil "Kana mubazzirin ikhwanu shayatin" -___- Sungguh mencabar rupanya mencari sneakers yang aku lihat terus jatuh cinta. Sehinggalah akhirnya di suatu pagi Jumaat 13 April ketika aku sedang online aku terperasan iklan Zalora Malaysia. Sungguh banyak promosi tentang Zalora sehingga di blog Hanis Zalikha ada voucher RM30 dan aku pun kerana punya banyak masa lapang mula menggodeh-godeh website tersebut...dan bermulalah episod neraka bersama Zalora. 
Merata-rata ada iklan bajet macam bagus sangat padahal...
Kan dah pangkah tanda aku benci menyampah tak hengat
Sejam jugak aku melihat-lihat sneakers yang ada akhirnya aku memilih kasut brand Anna Field. Aku bukanlah reti sangat bab-bab jenama ni tapi sungguhlah aku telah jatuh cinta pandang pertama dan harganya aku rasa tak perlulah sehingga aku nak tunggu gaji bagai. Aku pun tanpa berlengah terus membuat bayaran kerana sungguh teruja.
Aku baru print screen jam 8.32 malam yang lalu
Lama juga aku tunggu 16 haribulan baru reply kata dah process aku punya item. Dan aku mula menanam harapan tanpa sedar mereka hanya menanam tebu di pinggir bibir. Syaiton sungguh!
Setiap kali balik sekolah Bini Ustaz akan aku cari dan tanya dah sampai ke belum kasut aku. Dalam mimpi pun aku dah terbayang kasut tersebut. Sungguh jatuh cinta. Bila keluar tengok wayang di Gurney Plaza, berusaha menahan nafsu dari masuk ke kedai kasut kerana bimbang gagal menahan iman yang tidak dapat diwarisi maka membeli sepasang sneakers yang lain. Sungguh tidak rela berpaling tadah. Tapi punya aku tunggu dan tunggu haram tak sampai pun dan pada perkiraan aku macam dah lebih 14 hari. Dengan menggunakan handphone aku yang cikai tapi kredit banyak nak arwah (iklan mintak sponsor handphone) terus aku call dia punya customer service yang bajet macam sopan panggil aku ma'am. Dia suruh aku tunggu sampai 4 Mei. Ya, 4 Mei hadirin sekalian. Dan dari neraka paras satu, rupanya episod neraka ini akan terus ke paras ketiga. Sehingga 5 Mei aku tunggu pun tak sampai-sampai juga. Durjanalah engkau Zalora mencabul kepercayaan aku. Dan masih menggunakan handphone cikai (murid-murid, sila kumpul duit secara berjemaah dan bagi hadiah sempena hari guru. Belated tak usah kira, yang penting tecer suka) aku call sekali lagi customer service dan kali ni katanya item aku all the way from Europe maka ambil masa.
DAH KALAU AMBIL MASA YANG PANJANG DUK JANJI 7-14 HARI BEKERJA TU BUAT APA HAH BANGANG???
Berbekalkan iman tak dapat diwarisi yang ada, aku sabar lagi. Kata-kata di atas hanya terbuku di dalam hati walaupun rasa macam dah nak bagi buku lima kat minah customer service tu. Dan akhirnya, terburailah tahap marah aku dan terus aku melampiaskan rasa marah aku di Facebooknya. Pada 9 Mei, customer servicenya dengan muka tembok haram tak tau malu call aku di petang hari selepas aku balik sekolah. Guess what? Tak payah nak guess guess sangatlah, ayuh mencarut pada mereka kerana setelah simpan duit aku dekat sebulan dan dapat untung dua tiga sen dia kata item yang aku order OUT OF STOCK. Tapi hari ni aku print screen gambar kasut tu kenapa ada lagi size 4 padahal kata dan habis. Ni nak dajalkan siapa lagi Zalora???? Sungguh bangang dan durjana dirimu Zalora! Sekarang ni isu nak refund pula. Sila baca email dari mereka yang sungguh terserlah bodoh dan bangangnya.
Dan bila aku klik dekat attachment tu, ini yang keluar.
Berdegar-degar konon siap dengan attchment bagai padahal tu transaction yang aku bayar masa aku beli kasut tu. Tengok tarikhlah BANGANG.Sekarang ni sungguh aku rasa nak ke consumer tribunal. Aku dah consult dengan pegawai SKMM suruh pantau Zalora yang aku rasa banyak sungguh unsur-unsur penipuan.
Jadinya motif aku buat entri ni selain melampiaskan marah yang ada aku harap mereka yang baca JANGAN BELI APA PUN DARI ZALORA.Aku tak adanya nak nasihat suruh berhati-hati kalau nak beli dengan Zalora. Dengan yang lain, ya, sila berhati-hati. Tapi kalau dengan Zalora, TAK PAYAH BELI LANGSUNG.
JANGAN BELI APA-APA DARI ZALORA.
JANGAN!
p.s. Sila share entri ini supaya tidak ada yang tertipu dengan dakyah mereka




--
More story log on to
http://www.bazookapenaka.com





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment