Sunday, August 12, 2012

RG2011... Ada 2 Jenis Supplement Vitamin B Yang Berbahaya

 

Salam alaik,

Atas permintaan seorang sahabat, saya terangkan sedikit berkenaan Vitamin B Complex yang saya perolehi daripada laman web http://www.livestrong.com/article/492861-the-dangers-of-vitamin-b-complex-100-milligrams/ dan beberapa yang lain.

Vitamin B Complex => B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12. 

Setiap Vitamin B ada fungsi tersendiri. Kesemuanya Vitamin B boleh diperolehi dengan amat mudah dari pemakanan ( diet ) harian kita dalam senarai menurut turutan power:
- Kerang / Kupang 
- Daging Lembu 
- Ayam Belanda 
- Tiram 
- Daging Ayam
- Ketam 
- Ikan Salmon, Herring, Trout, Tuna ( Tongkol )
- Cereal Whole Grain
- Kacang Dal ( lentil ) ,  Kekacang, Jagung
- Telor Ayam 
- Tempeh
- Bayam, Broccoli, Semua jenis Kobis, Lobak Merah
- Pucuk Rebong, Bawang Besar, Timun, Terung
- Keledek, Semua Jenis labu

Di sini ialah carta kandungan Mineral dan Vitamin dalam tumbuhan : http://www.healthalternatives2000.com/vegetables-nutrition-chart.html

Tujuan Vitamin B Complex adalah untuk metabolisma cell, membina cell darah merah, pembesaran serta tenaga. 

Kalau kita setiap hari makan mana-mana di atas atau masakan dari campuran bahan di atas, KITA SAMASEKALI TIDAK MEMERLUKAN SUPPLEMENT VITAMIN B COMPLEX. Perlu belajar cara masakan yang sesuai supaya tidak merosakkan kandungan Vitamin B. Kalau sayur, bagus dicelur air panas sekejap aje, atau dikukus atau makan mentah.  

HANYA DENGAN NASIHAT DOKTOR SAHAJA, kita memerlukan supplement tambahan Vitamin B. TANPA NASIHAT DOKTOR, jangan pandai-pandai. Jangan dengar nasihat jurujual SUPPLEMENT atau FARMASI. 

Pil supplement yang paling bahaya sekali ialah yang mengandungi VITAMIN B3 ( Niacin ) dan B6 ( Pyridoxine ). Vitamin B3 dan B6 walaupun terlebih sedikit boleh menyebabkan LOYA, MUNTAH-MUNTAH dan GATAL-GATAL dimuka dan kawasan tengkok. Jika terlebih sangat boleh menyebabkan ULCER PERUT, GOUT, JEJAS PENGLIHATAN dan KEROSAKAN HATI ( LIVER ) serta kerosakan CELL OTAK. Ia boleh menyebabkan cacat kandungan.

Mungkin jurujual akan promosi bahawa Supplement Vitamin B Complex bagus untuk  JERAWAT ORANG MUDA, NYANYOK ORANG TUA, KANAK-KANAK HYPER, SAKIT HAID, TAMBAH NIKMAT ORGASM dan KEHEBATAN BERSUKAN. Ini semua bohong !

Dari semua ujian yang dijalankan oleh saintis tidak dapat membuktikan memakan SUPPLEMENT VITAMIN B COMPLEX memberi sebarang manfaat seperti yang diwar-warkan. Sebaliknya AMAT MEMBAHAYAKAN.

Mungkin pada label makanan siap ada tertulis FORTIFIED dengan B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B5 (panthotenic acid), B7 (biotin) atau B12 (colabamin). Kelima-lima vitamin B ini tidak perlu dirisaukan samasekali jika terdapat dalam produk FORTIFIED.

Manakala yang FORTIFIED dengan B9 (FOLIC ACID) tidak seharusnya melebihi 1mg setiap hari di dalam setiap sukatan yang dicadangkan.  Sangat penting untuk ibu mengandung dan kandungan. Sila dapatkan nasihat doktor dalam hal ini. 

TAPI SILA RISAU kalau ada tertulis FORTIFIED dengan NIACIN ( nama lain bagi B3 ) dan B6. Sila rujuk dan dapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan. Kalau saya, saya tinggalkan terus. Tak mati kalau tak beli makanan proses sebab kita ada makanan natural untuk semua ini. 

Terbaik sekali ialah dapatkan semua Vitamin daripada semua jenis makanan natural kerana ia sesuai untuk manusia. Subhanallahi walhamdulillah. 

Semoga sihat badan, panjang umur dan bertambah-tambah rezeki.

Sekian.
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment