Assalamualaikum para pembaca semua. Esok hari Jumaat, penghulu segala hari. Kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan selawat ke atas nabi SAW, khususnya pada hari Jumaat ini.
Jadi, marilah kita berselawat bersama-sama.
Pada hari Jumaat begini, biasanya saya akan kongsikan artikel mengenai agama. Tapi hari ni, saya tak sempat nak mencari bahan.
Kebetulan kawan saya (Saudara Faizal) ada forward '1 kisah untuk pengajaran' semalam. Jadi, saya kongsikan kisah tersebut tu jer lah yer.
Begini ceritanya….
Seorang Ayah menelefon anaknya yang berada di London :
"Nak, Abah tak nak rosakkan mood kau hari ini..tapi abah terpaksa juga beritahu yang mak dan abah hendak bercerai..setelah 35 tahun perkahwinan. Keputusan ini amat berat sekali."
"Abah..!!apa yang abah cakapkan ni..!!??", Jerit anaknya.
"Kami dah bosan hidup berdua, abah sudah bosan tgk muka mak kau,mak pun da bosan tgk muka abah..kami pun sudah boring bercakap…" keluh si ayah.
"Engkau tolong call kakak dekat australia dan tolong beritahu pasal benda ni.." , sambung si ayah.
Dengan keadaan cuak, Si adik menelefon kakaknya yang berada di Australia;
"Apa..!!! Mak ngan abah nak bercerai..??? Jangan harap mereka nak cerai..aku akan settlekan masalah ni..!!", Bising si kakak pada si adik.
Si Kakak dengan segera menelefon ayah mereka di Selangor, Malaysia dan memarahinya.
"Abah dgn mak takkan bercerai, Jangan lakukan apa-apa pun perkara sehingga saya balik sana. Saya akan ajak adik balik sekali dan esok juga kami akan sampai KL."
"Ingat..!!jangan buat apa2 keputusan sebelum saya balik…PAHAM..!??" , sambung si kakak dan menghempas ganggang.
Si Ayah meletakkan telefon dan kembali ke isterinya sambil tersenyum dan berkata ;
"Wokeh beres…Anak2 kita akan balik beraya tahun ni…esok depa sampai. Dan duit tiket pun kita tak perlu risau…" (^_^)
"Eh bang, takper ker kita buat camtu pada anak-anak. Tak marah ker diorang nanti?", luah isterinya yang penuh kebimbangan.
"Alahhh takper, BOHONG SUNAT! sekali sekala…huhu".
- Pengajaran
Sesibuk mana pun kita sebagai anak, jangan lupa untuk menziarahi kedua ibu bapa kita.
Anda pula, ada apa-apa pengajaran yang anda dapat selepas membaca cerita ini??
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment