Monday, August 13, 2012

RG2011... Daftar Haji Tahun ini 30 Tahun Lagi Tunai Haji

 

Kouta utk menunaikan ibadat haji 26000 sahaja dari 28juta rakyat malaysia iaitu iaitu 0.1% dari rakyat malaysia, pada tahun lepas. Tahun ini 28000 kouta, ikut kapasiti penduduk malaysia. Kouta utk Malaysia 28000 jika ikut 0.1% dr 28juta penduduk malaysia. 

Di sini saya share pengalaman saya selama berurusan dgn pihak LTH dan Embassy Saudi.

Pendaftaran Haji :

1. buka buku akaun RM10 + RM1300 daftar haji. jika daftar tahun 2010/11 tawaran pergi haji tahun 2035-50 ke atas. lebih kurang 25 ke atas. Jika daftar tahun ni... 2050 ke atas.

2. Seeloknya, jika ada anak kita yang baru lahir, baik awal2 daftarkan mereka pergi haji. 
    * Kerana sesiapa daftar tahun 2012, pilihan kouta pergi haji 2050 ke atas. 
    * Sebabnya... Dalam tahun  2012, ramai rakyat malaysia daftar pergi haji. 
    * Contoh : Katakanlah bulan Mac-May 2012 ada 28000 kouta bagi tahun 2050, rakyat negara ini daftar daftar haji pada bulan tersebut. Disebabkan terlampau ramai atau terlebih 28000 kouta, automatik kouta tahun 2050 dah habis dan kouta 2051 dan seterusnya dibuka. Cukup 28k, akan close dan setrusnya. macam tuh lah.

P/S : Sudah ramai saya nasihatkan kepada kawan/keluarga/sedara mara/ahli keluarga kawan2.. Daftar awal, jgn tunggu duit cukup baru nak daftar. Bila kita nasihatkan taknak dengar. Bila duit cukup 10k baru nak pegi daftar, 30 tahun ke atas baru dpt tawaran haji. Pastu mula la bising itu ini. Jgn salahkan TH. Dah kouta banyak tu yg diberikan oleh Kementerian Haji. Mcm saya skrg ni. Daftar may 2011, tawaran 2038 baru dapat pergi, pendaftaran kali kedua.

Nota : Sebelum okt 2010 - sessiapa pernah pergi haji kali pertama, selepas 5th baru boleh daftar haji kali kedua. Selepas okt 2010, giliran pergi haji/daftra haji kali ke2.. 9 tahun sekali.. katalah.. Saya dah pergi haji tahun 2002... selepas 9th.. baru sy blh daftar kali ke2.. iaitu thn 2011.

Kategori pemilihan pergi haji :

1. Pendaftaran awal atau sesiapa yang mendaftar pada tahun 2006 ke bawah. Peluang cerah untuk mendapat STATUS TERPILIH sebab slip pendaftaran mereka tertera, kouta pilihan haji tahun sekian2... contoh mereka daftar 2006, tahun pilihan haji 2011/12/13. 

2. Warga Emas berumur 75th ke atas utk menunaikan ibadat haji dgn ditemani oleh seorg pengiring samada anak/adik jemaah yg muda utk membawa, membantu dan membimbing org tua mereka. Walaupon anak mrk baru je daftar haji tp dapat pergi awal sbbnya mrk pengiring.

3. Suami/isteri dapat tawaran pergi haji. Sebagai Contoh : Si suami dapat tawaran pergi haji, sedangkan isterinya pada tahun tersebut belum layak pergi haji. Si suami boleh buat rayuan kepada LTH bagi pihak isterinya megatakan dia dah dapat tawaran pergi haji, dia ingin membawa isterinya sekali kerana dia mahram kepada isterinya dll. Automatik isterinya layak pergi. Tak kira suami/isteri dapat tawaran terlebih dahulu. pasangannya layak untuk pergi bersama jika belum pernah pergi haji lah.

Jika yg baru daftar haji tp nak pergi haji jawapnya susah nk dpt kouta. kecuali jika ada kekosongan atau pon org dlm. Tp mrk dahulukan siapa daftar awal, ikut umur 75th ke atas, pengiring jemaah. Lain la jika ikut pakej swasta dapatlah pergi awal, ikut Ikut pakej TH Travel anggaran 20k kot atau pengelola jemaah haji (PJH) yg dilantik dan diberi lesen oleh TH. TH TRavel takyah ada lesen sbb anak syarikat LTH...dari 28000 kouta tu, ada peruntukkan utk PJH dan TH Travel. ni setahu sayalah. salu gak turun naik tingkat 30 LTH tu...  

JIka sesiapa yg membuat rayuan utk pergi haji pd tahun ini TH akan balas balik surat tu, rayuan anda akan diproseskan, dimasukkan dlm rekod, jika ada kekosongan akan dimaklumkan nanti. TH takkan bagi terus kouta standby.
 
KOUTA STANDBY - TH akan berikan kouta standby pada jemaah yg layak, maka TH akan bagu surat tawaran standby dan buat urusan kaitan haji spt suntikan, pasport dll. JIka belum lagi dpt Surat Standby dr TH tetapi dapat surat rayuan anda diproses, maka kena tunggulah atau buat rayuan balik.
 
3 Kotegori proses TH dlm sistem :

kategori C - Rayuan
kategori B - Standby
kategori A - Terpilih
 
Tahun 2010 ramai jemaah STANBY tak dapat pergi haji sebab dah tiada KT haji.
 
Tawaran pergi haji ada 3 peringkat :

1. Sebelum puasa atau hari raya puasa
2. Dalam bln Puasa
3. Selepas raya puasa iaitu bln September
 
Wukuf haji pada tahun ini pada 25 Okt 2012 / 9 Zulhijjah 1433H iaitu hari Khamis. 

Fasa 1 - Bertolak ke Tanah Suci
Penerbangan awal : 17/9/2012 - Isnin
Penerbangan akhir : 19/10/2012 - Jumaat

Fasa 2 - Kembali ke Tanah Air
Penerbangan awal : 01/11/2012 - Khamis
Penerbangan akhir : 29/11/2012 - Khamis


From: Mamat Momot <mamat.momot@yahoo.com>
To: "Kelakar@yahoogroups.com" <Kelakar@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, 11 August 2012 6:50 PM
Subject: Re: [kLk] Daftar Haji Tahun ini 30 Tahun Lagi Tunai Haji

 
Kalau nak pergi awal dan ada bajet 20k, manyak penguasaha haji swasta diluar sana dapat direct visa dari Saudi Embassy...layanan serupa malah lebih selesa sbb bayar lebih...


From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Wednesday, 8 August 2012 7:28 PM
Subject: [kLk] Daftar Haji Tahun ini 30 Tahun Lagi Tunai Haji

 

tabung haji, daftar haji, daftar online haji
Ini yang berlaku pada saya, saya baru buat pendaftaran bersama isteri, daftar tahun 2011 dan 2041 baru ada kuota haji. Realiti atau fantasi? . Nasihat saya buka akaun RM2.00 dan bawa duit lebih RM1300.00 terus cakap kat pegawai anda nak daftar tunai haji. Duit RM1300 akan kekal dalam tabung dan pihak Tabung Haji tak benar keluar duit RM1300.00 tu, apabila anda daftar pergi haji.
Eloklah kita yang muda-muda ini daftar awal, kalau dapat boleh tangguh, sekiranya anda belum cukup tabungan atau belum bersedia.
Tabung haji juga menyediakan pendaftaran online untuk sesiapa nak daftar haji.
BAGAIMANA DAFTAR ONLINE
Pendaftaran haji (web) ini membenarkan anda membuat pendaftaran untuk menunaikan haji melalui TH tanpa perlu pergi ke pejabat TH. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membaca dan menerima syarat-syarat pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran secara Online. Setiap pendaftaran haji (web) akan disemak oleh pihak TH bagi memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan anda mempunyai wang simpanan yang cukup. Proses ini juga akan melibatkan anda dihubungi melalui telefon ataupun e-mel. Apabila pihak TH telah berpuas hati dengan maklumat yang diterima, pendaftaran sebenar akan dibuat dan no pendaftaran haji akan dimaklumkan kepada anda.

Pendaftaran Baru (Jemaah M'sia di Malaysia)
Pendaftaran Baru (Jemaah M'sia dari Luar Negara)
Perhatian : Hanya kepada Jemaah Malaysia yang memohon berlepas dari Luar Negara sahaja.
Semak Pendaftaran
Cetak Semula Slip Daftar
 




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment