Thursday, August 2, 2012

RG2011... Facebook tempat intip bekas kekasih

 

so kepada sesapa yg pernah putus cinta jaga2 lah..

anda sedang di awasi didunia maya...huhuhuhu



Facebook tempat intip bekas kekasih


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
OTTAWA: Kira-kira sembilan daripada 10 pengguna Facebook menggunakan kemudahan rangkaian sosial itu untuk mengintip aktiviti bekas kekasih masing-masing.
Tesis sarjana seorang mahasiswa Universiti Ontario Barat menunjukkan, 88 peratus pengguna Facebook memeriksa halaman bekas kekasih mereka untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Kajian mendapati, ramai pengguna Facebook mendaftar masuk ke laman sosial popular itu menggunakan akaun rakan mereka bagi memudahkan aktiviti mengintip dilakukan.

Sesetengah mereka juga memadamkan gambar yang boleh mengingatkan kepada detik bercinta.
Sebahagian pengguna Facebook pula membaca kembali catatan yang dimuatkan dalam akaun bekas kekasih masing-masing.

Selain itu, ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk merosakkan hubungan bekas kekasih dengan orang lain. Penulis tesis itu, Veronika Lukacs, berkata dia membuat analisis mengenai Facebook kerana ia memberi kesan sosial yang serius. Kata Veronika, 25. hampir setiap pengguna Facebook melakukan aktiviti mengintip bekas kekasih itu. "Kajian sama menunjukkan, 48 peratus pengguna Facebook terus bersahabat dengan bekas kekasih mereka, manakala 74 peratus pula cuba mengetahui setiap perkembangan buah hati bekas kekasih mereka," katanya. - DM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment