Monday, August 13, 2012

RG2011... HATI-HATI dengan simpati kita

 

Niat ikhlas untuk membantu sesama manusia, sifat pemurah dan ringan untuk menolong insan dalam kesusahan sememangnya sebati dengan jiwa kita sebagai rakyat Malaysia. Ini menandakan kita hidup dalam negara yang aman makmur subur sejahtera, dilimpahi rezeki yang Allah beri... 

Namun tanpa kita sedari, sifat pemurah kita menjadikan kita 'target' sindiket yang mengaut keuntungan dengan meraih simpati kita. Hanya bermodalkan pakaian compang camping, atau anak kecil di pangkuan, atau kekurangan upaya yang sedia ada, golongan ini mampu hidup mewah disebalik kekurangan yang ditonjolkan. Sudah ada bukti bahawa mereka mampu meraih pendapatan sehingga ratusan ringgit sehari.. sesuatu yang boleh dianggap mewah.. hanya duduk di tepi jalan... beberapa jam sehari.. berkepuk2 duit satu ringgit dan syiling2 masuk dalam poket. Lagi la bulan Ramadhan.. bulan dimana kita berebut2 membuat kebajikan dan bersedekah adalah salah satu antaranya. semakin mewah rezeki mereka.

Betul kalau difikir, itu REZEKI mereka. tetapi rezeki yang HALAL perlu dicari dan diusahakan.. dan meminta sedekah bukanlah satu darinya. andai pendapatan mencecah ratusan ringgit sehari, mereka bukanlah golongan fakir.. malah tak keterlaluan mereka termasuk golongan berpendapatan sederhana hingga tinggi!... kalau ambil purata satu ratus sehari, 30 hari dah 3000.00.. dah kena bayar cukai!!.. kalau kita yg berpendapatan ttp dikenakan cukai, bagaimana dengan mereka.. mereka tak ada penyata gaji, tak ada akaun bank... tak ada paper trail ttg pendapatan mereka.. layak ke mereka menerima sedekah??

terbaru, cerita dari seorang rakan, di kawasan PUTRAJAYA... ada satu keluarga dengan anak2 kecil yang mengambil kesempatan dengan modus operandi yang hampir sama. cuma mereka tidak mengemis di tempat umum, mereka biasanya akan meletak kereta di tepi jalan dengan lampu kecemasan dihidupkan. menunggu bantuan orang yang boleh menjadi mangsa mereka. Rakan saya berhenti dengan niat memberi pertolongan, maklumlah jam dah hampir ke tengah malam, ada pula kereta rosak, dengan isteri dan anak2 dalam kereta.. hati siapa tak terusik untuk membantu. Bila ditanya, sedara ni menyatakan yang minyak keretanya habis, kononnya ada pemuda bermotosikal datang menawarkan bantuan dan dia dah beri duit untuk beli minyak sebanyak RM50 kepada pemuda tersebut tetapi kelibat pemuda tu langsung tak kembali. Bertambah la simpati dengan cerita sedara ni... rakan tu beri no. hp dan berpesan sekiranya pemuda tadi tidak muncul2, boleh la call untuk bantuan. selang sejam, satu mesej diterima dari sedara tadi meminta belikan teh ais.. terkenangkan isteri dan anak2 yang masih kecil, rakan ni tadi belikan sekali air dengan kuih muih.. sampai di lokasi kereta sedara ni tadi, dihulurnya air dan kuih muih.. kemain berselera anak2 kecil tadi menjamu selera... betapa luruhnya hati seorang manusia melihat insan2 kecil ini kelaparan. 

ditanya sedara ni tadi.. apa ceritanya sampai tersadai di tepi jalan. Diberitahu bahawa mereka sekeluarga datang dari utara tanah air. datang ke putrajaya mencari sepupu yang ambil geran untuk pinjaman along dan sebagainya.. dipendekkan cerita, rakan ni pun hulur bantuan isikan minyak RM 10.00 dan hulur lagi RM90.00 untuk bantu sedara ni balik ke utara. selang beberapa ketika selepas itu, satu sms diterima menyatakan mereka sekeluarga terkandas lagi di Kuala Kangsar, dan meminta tambahan RM40.00 untuk duit tol.. bukan satu sms tapi berderet2 seolah memaksa pula..  

nak dijadikan cerita selang beberapa minggu kemudian, kereta yang sama tersadai di kawasan Putrajaya juga... kali ni rakan tadi berhenti dan bertanya kenapa buat kerja ni.. tiada jawapan diberikan, hanya kelakuan yang menyakitkan hati ditunjukkan. semestinya ada mangsa seterusnya ... persoalannya .. kenapa tergamak ambil kesempatan atas simpati yang diberi dan sanggup beri anak bini makan hasil yang tidak halal??!!.. Wallahu A'lam... tak tahu apa kisah sebenarnya. mungkin ada pihak yang boleh siasat perkara ni.. kalau betul mereka orang susah, ada pihak yang boleh dirujuk meminta bantuan.. namun cerita sebenarnya perlu dikupas terlebih dahulu supaya tidak ada lagi mangsa seterusnya. 

Hati2 dengan simpati kita.. itu pesan saya.

Assalamualaikum...

salam Ramadhan dan Salam Eid Fitr

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment