Sunday, August 5, 2012

RG2011... [HujanEmasX.com] Masjid 1 (Satu) Malaysia?

 

Masjid Satu Malaysia

Berdasarkan konsep satu Malaysia ini, banyak sudah kerajaan buat dan usahakan; ada klinik satu Malaysia, kedai satu Malaysia malah tablet pc satu Malaysia.

Yang tiada lagi mungkin masjid satu Malaysia.

Dengan adanya masjid satu Malaysia mungkin akan pecahkan gap atau dinding yang sentiasa menjadi halangan golongan kaum cina untuk masuk Islam. Masuk Islam sama macam masuk melayu katanya.

Dengan adanya masjid satu Malaysia secara tidak langsung menunjukkan juga bahawa Islam agama berbilang bangsa dan bukan agama milik dan khusus untuk kaum melayu sahaja; agama buat bangsa Malaysia barangkali?

Dengan adanya masjid satu malaysia mungkin kerajaan boleh mulakan inisiatif mengimarahkan masjid 24jam seperti yang dicadangkan oleh Hamka kereta mayat. Insya-Allah dengan inisiatif ini timbul keberkatan dan tertonjol kesungguhan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh seantero dunia.

Bezanya tidak ada apa yang akan jadi murah disini. Cuma masjid ini tidak akan ditutup dan dikunci lepas habis sembahyang fardhu, tapi dibuka 24jam untuk rakyat beribadat tanpa was-was. Ustaz dan imam akan ada shif dan bergilir-gilir untuk serve rakyat supaya segala masalah agama rakyat selesai.

Tapi andaikata jika ini terlaksana mungkin akan ada juga tuntutan untuk tokong satu Malaysia, kuil satu Malaysia, gereja satu Malaysia dan lain-lain hahahaha


Post From: http://www.Hujanemasx.com



--
Dicatat Oleh Imran Malik ke HujanEmasX.com di 8/06/2012 10:22:00 AM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment