Sunday, August 12, 2012

RG2011... JJMK WARGAKILANG: Ramadhan 2012

 

Monday, August 6, 2012

JJMK WARGAKILANG: Ramadhan 2012


Saya pernah dengar orang alim kata, di Akhirat nanti waktu manusia semua sedang bersesak-sesak di Yaumul-Mashar menanti Yaumul Hisab - waktu ditimbang dosa dan pahala, waktu tu sesiapa yang lebih timbangan pahalanya walaupun hanya 0.1 gram cuma, nescaya dengan izin Allah SWT masuklah ia ke dalam syurga.

Saya juga pernah dengar orang alim kata, tidak ada sedekah yang pahalanya lebih berat timbangannya melainkan pahala bersedekah di bulan Ramadhan.

Sebab itu, bila rakan-rakan di NGO Wargakilang Zon Utara merancang program jln-jln masuk kampung bagi bantuan kepada fakir miskin di bulan Ramadhan ini, sayalah yang paling excited sekali. Saya berharap tahun ini saya diberi peluang sekali lagi untuk mengutip pahala bersedekah di bulan Ramadhan.

Walaupun agak gerun pada mulanya melihat jumlah peserta melebihi 100 buah kenderaan itu, tapi saya dan urus-setia NGO Wargakilang tawakal saja. Biarlah nak jadi apa pun, yang penting orang-orang miskin dapat bantuan.

Mungkin kerana keikhlasan kami itu agaknya, maka beberapa hari sebelum program berlansung, Tuhan hantar mai satu team Marshal (NEC Crew) dengan lebih kurang 17 buah motorbikes untuk membantu kami. Alhamdulillah perjalanan kami merentas 3 buah kawasan parlimen berbeda di negeri Kedah Darul Aman ini berjalan dengan begitu lancar sekali.


Dalam ratusan yang hadir sewaktu taklimat di perkarangan masjid Lubok Merbau itu, saya tak dapat kenali semua, tetapi sempat saya diperkenalkan kepada beberapa orang sahabat yang datang dari jauh dan dekat, dari berbagai latarbelakang syarikat dan kerjaya. Ada yang mai direct dari Putrajaya, ada yang naik bas mai dari KL sampai di Sungai Petani selepas sahur, ada yang konvoi jauh dari Perlis selepas Subuh dll.


Saya juga dimaklumkan ada yang bekerja sebagai pensyarah di Univ Petronas, juga ada pensyarah dari Politeknik Perlis, ada team Takaful Ikhlas, ada geng-geng ALUMNI Sek Men Sains Perlis siap dengan T-Shirt masing-masing; ada geng kariah Masjid Bertam Kepala Batas dan juga rakan-rakan dari Toyota, Naza, Perodua serta kilang-kilang berbagai nama di sebelah Utara; antaranya Siltera, Intel, Fuji, Celestica, Venture, Seagate, Jabil, Agilent, Osram, Lumileds, Flextronics, Honeywell, Dell dan lain-lain lagi. Meriah sungguh suasana.

Di awal pagi Ramadhan itu kami sempat singgah di Pondok Hj Mat Nahu di Kuala Beris melihat projek baik pulih pondok ini hasil koordinasi oleh pihak Wargakilang.

(Alhamdulillah di awal pagi itu kami semua sempat mendengar sedikit tazkirah oleh Ustaz Kamil, Mudir Pondok berkenaan fadhilat bersedekah)

Dalam perjalanan seterusnya, antara rumah yang kami singgah ialah rumah Pak Mud di Kuala Temin, Sik Kedah. Lihatlah rumah Pak Mud, pandangan dapurnya – sama macam dapur rumah arwah orang tua saya 40 tahun yang silam – tak sangka masih ada lagi orang yang berumah macam ini.


Majlis penyerahan sumbangan kepada Pak Mud dan 5 keluarga yang lain berlansung dalam suasana yang penuh ringkas: Barang-barang sumbangan mengikut no keluarga hanya diletak di atas tanah dan tidak ada khemah tetamu serta bangku kerusi ber-alas kain menanti kami.


(Ringkas dan Simple: Atas Tanah sahaja)


Ada yang mengambil kesempatan berlindung di bawah rumah daripada panas terik mentari.

Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada anak masing-masing telaga/perigi.

Dapur kayu – sudah hampir pupus zaman ini.

Perjalanan kami ini tentunya tidak selancar yang ada tanpa bantuan sekumpulan bekas Tentera Melayu DiRaja, yang secara sukarela menawarkan diri menjaga persimpangan-persimpangan penting untuk mempastikan konvoi tidak berpecah dan tersesat arah.

(Lkpl Faizal, Sjn Radzi, Lkpl Baharudin, Sjn Ahmad, Kpl Rosli, Sjn Yaakob, Kpl Firuss)

Ironiknya, sebahagian daripada mereka ini di zaman askar mereka dulu pernah bertugas di Kuala Temin, kampung Pak Mud ini memerangi pengganas kominis. Sarjan Yaakob drebar kereta perisai, Sarjan Ahmad dan Koperal Rosli dalam pasukan Infantri.

Hebatnya semangat bekas Tentera Melayu diRaja ini, walau pun sudah pencen dari askar dan kini hanya bekerja sebagai driver van kilang atau pun security di kilang-kilang industry, tapi semangat mereka untuk membantu nusa dan bangsa tetap membara dan utuh di dada. Dulunya mereka ke sini untuk mempastikan keamanan, kali ini mereka ke sini membantu kami membawa misi kemanusiaan.

Terima kasih kami ucapkan kepada pakcik-pakcik dan abang-abang kita bekas tentera ini, Kami di NGO WARGAKILANG amat menghargai pengorbanan kalian.

Rumah seterusnya ialah rumah Pak Chin, di kampung Padang Besar, Kuala Ketil Baling Kedah. Kisah Pak Chin ada saya garapkan di link berikut:

http://moniermatdin.blogspot.com/2012/07/tazkirah-menjelang-ramadhan.html

(Gambar Pak Chin dan Isteri)

Daif sungguh rumah Pak Chin, rumahnya agak sempit – ihsan JKKK dengan sewa RM40 sebulan, bersambung dengan Dewan Orang Ramai di bahagian atas dan dipisahkan dengan pagar dawai betul-betul di bawah rumahnya. Tidak ada tempat untuk kami longgokkan barang melainkan di atas tanah (tanpa tikar tanpa lapik) di bawah rumahnya.

Waktu ke sana, Pak Chin tak berapa sihat, sikit-sikit menggesek matanya; dia cakap rasa macam berpinar.
Moga sedikit sumbangan daripada sahabat2 kami ini dapat membantu Pak Chin dan keluarganya menyambut aidilfitri dengan lebih sempurna.

Akhir sekali, kami ke Gunung Bongsu, lebih kurang 2 jam perjalanan dari rumah pak Chin, tapi dipendekkan jaraknya melalui jalan rentas melalui hutan kelapa sawit dari Merbau Pulas terus ke Batu Putih melalui Padang Meha.

Dalam perjalanan, saya lihat salah seorang Marshal kami begitu bersemangat sekali, boleh dia tahan segerombolan KERBAU daripada melintas jalan menghalang konvoi kami. Terima kasih Pian!

Di Gunung Bongsu inilah saya melihat beberapa orang kaum hawa menitis air mata atau pun merah bergenang air mata mereka. Tak dapat mereka bayangkan bagaimanalah agaknya keluarga 5 beranak ini boleh menyambung hidup hari-hari dengan rumah berlantai tanah dan hanya ada pangkin sebagai tempat duduk, makan dan tidur. Tambah sayu lagi bila mana si Ibu yang sedang sarat mengandung hanya menunggu masa untuk melahirkan.

(Tuan rumah berbaju merah, ada penyapu tapi luar dan dalam sama sahaja, kedua-duanya lantai tanah)

Saya tanya si Ayah, tak ada pergi minta bantuan ke mana-mana kah? – dia jawab sudah penat dah, dah berpuluh kali dah dia pi naik turun pi minta bantuan perumahan di pekan KULIM itu, tapi habuk pun tak ada. Saya umumkan kpd semua peserta yang hadir, yg saya tahu ada yang ada link terus ke Jabatan/Agensi yang berkenaan, minta jasabaik kalau boleh tolonglah tolong tengok-tengokkan.

Amat besar pahalanya buat kita semua sekiranya menjelang Aidilfiti ini, keluarga daif ini dapat memiliki sebuah rumah kecil yang agak selesa.


Perjalanan 10 JAM kami ini berakhir di rumah berlantai tanah ini.

Banyak tazkirah hidup yang kami perolehi secara live sepanjang kembara kami kali ini. Mudah-mudahan ianya akan dikira sebagai balasan kebaikan untuk kami semua dan juga kebaikan yang sama kepada rakan-rakan yang mengirim barang serta semua webmaster/blogger/facebook owner yang membantu mem-war warkan aktiviti JJMK Ramadhan WARGAKILANG kali ini. Terima kasih semua.

Kata orang alim, dalam surah Al-Mudathir ayat 42-44, Allah SWT ada berfirman yang antara lain maksudnya
orang-orang yang memberi makan kepada orang-orang miskin akan terhindar daripada memasuki Neraka Saqar. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi sebahagian daripada golongan ini. Amin.

Sekian, moga ada manafaatnya kisah perjalanan kami ini untuk kita semua.

moniermatdin@yahoo.com
6.8.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://facebook/wargakilang

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment